Tuesday, July 31, 2018

Bila Ibu Jadi Ustazah UPKK | Seolah-olah Ke Kelas Agama

assalamualaikum...

salam dihulur di ptg Selasa.
pagi tadi tekak tak sedap. menjelang ptg ni, alhamdulillah ok skit.
da 1.5 liter air diteguk dari pagi. moga tak la mudarat.... aminnnn.

nak la share citer or pengalaman ajar anak.
ni dah masuk round kedua saya face-to-face dgn anak utk UPKK.
yg sebelum ni, kak Nurin (2016). now, Syuhada, in shaa Allah exam on 1.10.2018 nanti.
exactly 2 bulan lagi. aduhai... rama-rama dlm perut Ibu, anak oii 😅.

saya seorang ibu yg takkan pernah melepaskan anak-anak.
baik dari segi belajar ataupun social life mereka. setakat hari ni, saya adalah ibu yg sgt amik peduli hal anak. will never let them walk alone... chewah!
tapi, bukan saya aje, most of ibu-ibu zaman skang adalah mcm saya. anak exam, anak releks, ibu yg over seram!
almaklum la. anak-anak saya bukanlah dilahirkan genius. tak payah belajar byk2, terus dpt A+++++.
anak-anak yg biasa, normal, sederhana, byk main, byk akal, prefer tgk tv dari baca buku, suka berangan dlm kelas, sambil lewa...
mereka perlu kerja keras utk dpt A+++++. utk menjadi yg terbaik di kalangan yg terbaik.
itulah anak-anak saya. 
mereka memang sentiasa happy, tak kisah la esok lusa nak exam ke, nak hape ke... 
gelak ketawa... berborak. baring-baring atas katil. dok lepak dpn tv.
sehinggalah ngauman si ibu ni kedengaran di segenap sudut rumah, then diorang mula la kelam-kabut 😒.
saya ni mcm alarm clock utk mereka. hadoi lah...

maka, start dari Julai ni, saya dah pun mengadap Syuhada day and night.
tgk keje skola pagi dia. homeworks. itu yg utama. UPKK tak membuatkan hal pelajaran skola pagi diremeh-temehkan.
then, starts with ulangkaji utk UPKK.
and start Julai jugak, no more membaca. dah setengah tahun kot membaca. Julai saya da start dgn latihtubi contoh-contoh soalan.
cek jawapan bersama dia. mana-mana yg salah, time tu juak suruh dia cari jawapan.
setiap soalan yg saya cek, dia ada di sebelah utk saya terangkan semula, walaupun jawapan tu betul.

Bila Ibu Jadi Ustazah UPKK | Seolah-olah Ke Kelas Agama
peperiksaan percubaan kali pertama, esok last paper. in shaa Allah...

Bila Ibu Jadi Ustazah UPKK | Seolah-olah Ke Kelas Agama
now sedang buat buku-buku ni. set yg kedua.
set buku-buku yg pertama da habis, sebelum peperiksaan percubaan kali pertama.

setiap sabtu, Syuhada terikat dgn kelas tambahan di skola agama.
sabtu jugak, ujian pchi, hafazan & amali solat diadakan. so memang wajib hadir lah. ujian ni mewakili 2A daripada 8A UPKK.
dlm masa yg sama, masih ada sessi ulangkaji bagi murid yg bukan giliran ujian.

Bila Ibu Jadi Ustazah UPKK | Seolah-olah Ke Kelas Agama

Syuhada juga ada mengikuti kelas tuisyen sekali seminggu dgn Ustaz skola agama.
ini memang dari kak Nurin dulu. lebih intensif. more to membuat soalan-soalan peperiksaan yg lepas-lepas.
sebab tu lah, weekend saya terkorban.
no holidays.
no balik kampung.
no enjoy.
berkorban demi anak-anak selagi boleh la.

tak boleh nak serah tugas kpd Ustaz & Ustazah aje. kita kat rumah pun still kena tgk kan anak ni.
agar minda diorang tu kekal di dalam linkungan belajar.
bak kata pakar motivasi, saya pernah dgr kat radio, cannot recall sape la.
personal touch dari ibu ayah lagi ajaib berbanding cikgu-cikgu di skola.
cikgu dah tanam di sekolah. kita di rumah just siram aje agar 'tanaman' tu kekal segar bugar. sesekali, kita bubuh 'baja' yang berkualiti 😅.

bila ajar anak-anak topik UPKK ni. ia merangkumi subjek Bahasa Arab, Adab, Aqidah, Ibadah, Sirah dan Jawi.
nak ajar dia, kita ni kena la study dulu. refresh minda tua kita ni dgn fakta agama.
seolah-olah, saya ni masuk ke kelas agama kat surau. aduhai...secara tak langsung, saya ulangkaji ilmu agama saya ni dari hari ke hari.
terutama bila subjek Sirah. Allahu Akbar, saya dpt rewind balik sirah Nabi Muhammad s.a w.
ada fakta yg saya sendiri tak tahu, ketahui dgn cara baca balik subjek Sirah anak-anak ni la.
dgn Syuhada ni agak ok la, sebab saya boleh recall back whatever saya ajar kak Nurin 2 thn lepas.

Bahasa Arab. aduhai. susah!
nasib baik lah saya ni lepasan UIA. sememangnya di UIA wajib habiskan 6 level Bahasa Arab.
boleh la skit-skit. saya boleh faham la kehendak soalan. byk perkataan yg saya faham.
terutama bila bab grammar kan, fi'il madhi, fi'il mudhori', isim... huh 😅 berpeluh dahi!!!

bila tang tulisan Jawi, saya salute lah anak-anak zaman sekarang. mereka sgt beruntung.
tulis jawi tanpa salah ejaan.
saya sendiri ada tersekat-sekat membaca jawi. skit lah. sempat lah Syuhada gelakkan saya 😅. kurang asam gelugur punyer anak hi hi hi hi...
Syuhada boleh tulis dan baca jawi perfectly 👍👍👍.
jgn suruh ibu yg menulis jawi ye, most of the spelling memang salah nanti 😆.

tu la kan. ilmu ni tiada sempadan. kita cari dia, berjumpalah.
tak dicari, depan mata pun takkan dpt!
kita akan tahu, betapa ceteknya ilmu kita ni. ku sangka ku da penuh ilmu di dada.
rupanya, yg penuh dulu tu, dah kosong semula! kena rewind and refresh. terutama bab agama, kan.

😌😌😌
panjang da entri ni hi hi hi hi... tak sedar jam da kul 4:05 ptg.
nak gi amik syuhada dari skola. ari ni ada koku hingga jam 4.00 ptg.
bye korang.

3 comments:

  1. samala ngan anak saya yang sulung ... UPKK jugak tahun ni. Seriaunya Allah je yang tau. Dalam banyak-banyak subjek B.Arab paling kita takleh ajar anak sebab tak tahu hehe.

    Moga anak-anak kita semua mencapai kejayaan dalam UPKK tahun ini insyaAllah :)All the best to them !

    ReplyDelete
  2. Saya dulu belajar Arab setakat di matrik sahaja, Aida. Kawan-kawan sambung beberapa level lagi, tak silap saya utk proceed ambil Syariah, saya awal2 angkat bendera putih. Bab fi’il2 tu memang rasa rumit sangat masa tu. Sekaranglah baru bersungguh nak belajar balik.

    Anyway, seronok tengok Aida ulang kaji sekali dengan anakanda. All the best to both of you.

    ReplyDelete

Blogging...
Blogwalking...
Thank You For Coming :)