assalamualaikum 😉

apa khabar? pagi selasa yg sgt sejuk di Bukit Katil.
bagi org yg elergi hidung sgt kronik mcm saya, bersin dan bersin dan bersin di pagi hari... sebab sejuk! 😁 hu hu hu sob sob sob...
hari ni Syuhada plak beraya di sekolah pagi.
saya bekalkan Syuhada 2 pek drummet ayam utk dikongsi dgn kawan-kawan. in shaa Allah 😍.

hari ni nak bebel skit la. berkaitan dgn anak perempuan yg bernikah di usia 11 thn. dikatakan bercinta dgn suaminya, 41 thn, sejak umur 7 thn.
aduhai 😖😖😖.
anak perempuan tu adalah drpd keluarga yg susah. and further stories about things yg buat dia dikahwinkan boleh la korang baca sendiri ye. dah viral pun seantero Malaya...
ada la saya kesian pd anak perempuan tu.
kerana desakan hidup. kesusahan... aduhai... moga hidup anak perempuan tu terbela dan menjadi sgt baik. in shaa Allah.

Ilmu Tentang Peranan Gender Amat Penting Pada Kanak-Kanak
anak-anak saya umur 11 thn dan 13 thn.
semoga perjalanan kehidupan diorang sempurna seperti anak-anak normal yg lain.
di dalam lindungan Allah sentiasa. aminnn...

nak share la dari sudut pandangan saya sendiri...
setelah dilahirkan, seorang kanak-kanak secara lahiriahnya diberikan jantina berdasarkan biologi fizikal sama ada perempuan atau lelaki. kanak-kanak ni mungkin memikirkan jantina ni hanya sebagai salah satu ciri peribadi, tak lebih daripada tu. 
mereka akan dari sehari ke sehari meneroka peranan jantina dan akan slowly tahu apakah yang dimaksudkan dengan 'lelaki' atau 'perempuan'. 
yg pasti, diorang mula belajar tentang peranan jantina dari norma keluarga dan latar belakang budaya. suka la saya nak katakan bahawa persekitaran pembelajaran awal yang sihat dan komprehensif adalah sangat penting untuk kanak-kanak. 
sgt penting untuk mengajar kanak-kanak ni bahasa sosialisasi dan tingkah laku kanak-kanak yang akan membantu mereka dalam memahami siapa mereka selari dengan budaya dan agama. 

isu perlindungan dan pemerkasaan kanak-kanak perempuan terhadap keganasan seksual yang berasaskan gender di Malaysia memang sgt dititikberatkan oleh kerajaan. 
jika diorang ni tidak dididik, diorang akan tidak sihat. jika diorang tidak diperkasakan dengan ilmu yang mantap, kanak-kanak perempuan ni akan menderita. 
diskriminasi terhadap gender mesti berhenti serta-merta! 
ia dapat menghasilkan manfaat kepada wanita dan kanak-kanak di mana, ianya akan memberikan kesan yang positif terhadap kesihatan dan pembangunan masyarakat di mana-mana sahaja.

dlm kes viral tu, apa yg saya hairankan... camne anak perempuan tu telah mula bercinta di usia 7 thn?
benarkah? atau saje-saje dijadikan cerita oleh org dewasa di sekelilingnya?!
kita semua, sebagai ibu bapa, faham kot resmi anak di usia 7 thn. apa aje yg boleh dia buat? apa aje yg boleh dia faham?
dlm situasi apakah yg dikatakan dia bercinta dan dia tahu ke apa itu 'cinta' dan 'seks'?
adakah ibu bapanya tahu akan situasi 'percintaan' anak kecil mereka tu?
hu hu hu hu 😒 saya amat takut membayangkan situasi anak perempuan itu sebenarnya.

anak merupakan anugerah paling berharga dalam dunia ini bagi pasangan ibu bapa. ia lebih mengembirakan bila keajaiban terjadi apabila sepasang bayi kembar dilahirkan 😍. alhamdulillah...
anak itu amanah Allah SWT kepada ibu bapanya. tiada harta yang paling berharga di dunia melainkan seorang anak yang diamanahkan sebagai penyambung keturunan. 
bayi kecil ini ibarat kain putih dan suci dan menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk mencorak anak tersebut agar menjadi seorang insan yang beriman dan bertaqwa. 
anak-anak perlu dididik dan dipelihara sebaik mungkin bagi menjadikan mereka permata yang berkilau. 
perkara paling asas dalam kehidupan generasi ini ialah adalah memberikan pendidikan awal kanak-kanak yang sempurna
jika penerapannya adalah betul, maka generasi kanak-kanak yang lahir pasti akan lebih berkualiti pada masa hadapan. oleh itu, perlu diketahui bahawa individu seperti ibu bapa dan pendidik bertanggungjawab ke atas proses tumbesaran dan perkembangan kanak-kanak. 

pemikiran kreatif dalam kalangan kanak-kanak bergantung kepada pengalaman dan proses pendidikan yang diterima sejak awal usia mereka. 
pendidikan adalah satu istilah yang memberikan makna yang sangat luas kepada perkembangan manusia. 
pendidikan awal kanak-kanak adalah asas membina sebuah negara yang berjaya. 
ia juga sangat penting dalam perkembangan anak-anak dan menentukan arah kehidupan kanak-kanak di masa depan. 

Ilmu Tentang Peranan Gender Amat Penting Pada Kanak-Kanak

menurut perspektif Islam, pendidikan awal bermula dari masa kanak-kanak masih dalam rahim ibu hingga umur 6 tahun. secara umum, ia boleh dibahagikan kepada dua tahap, iaitu peringkat kelahiran dan peringkat selepas kelahiran. 
selepas tahap kelahiran dibahagikan kepada dua tahap lagi, dari kelahiran hingga 3 tahun dan dari 4 tahun hingga 6 tahun. 
kerajaan Malaysia memberikan penekanan yang kuat terhadap penjagaan dan pendidikan awal kanak-kanak dan telah merumuskan Dasar Kebangsaan untuk Pendidikan Awal Kanak-kanak. 
semua ibu bapa dan guru harus sedar betapa pentingnya keperluan batin kanak-kanak dalam pendidikan awal semasa peringkat prasekolah. 

peranan gender adalah norma dan tingkah laku sosial yang sesuai dalam situasi sosial untuk orang yang berbeza jantina. takrif peranan ini akan mulai jelas pada kanak-kanak pada usia 4 tahun dan penting untuk perkembangan sosial mereka. 
di peringkat awal, sekitar umur 2 tahun, kanak-kanak akan mula menyedari perbezaan fizikal antara lelaki dan perempuan. kebanyakan kanak-kanak dengan mudah boleh melabelkan diri mereka sama ada mereka lelaki atau perempuan. 
then, pada usia menjelang 4 tahun, kebanyakan kanak-kanak telah dapat mengenal pasti identiti gender mereka. kanak-kanak ni belajar perilaku dan peranan gender melalui "apa yang budak lelaki itu buat" atau "apa yang dilakukan oleh budak perempuan". 
di usia menjelang 4 tahun juga, kanak-kanak boleh membezakan mainan yang biasa digunakan oleh lelaki atau perempuan. mereka mula bermain dengan jantina mereka sendiri dalam aktiviti yang dikenal pasti dengan jantina itu. 
sebagai contoh, seorang gadis boleh bermain dengan anak patung dan bermain dengan gembira di dalam rumah. sebaliknya, budak lelaki akan bermain permainan yang lebih aktif di luar rumah dan menikmati mainan tenteranya, mainan blok dan trak mainan. 

rumah adalah persekitaran pembelajaran semulajadi yang baik dan dekat dengan kanak-kanak. mereka akan berasa lebih selesa dan selamat dengan persekitaran rumah masing-masing. setiap keluarga mempunyai budaya dan gaya hidup yang berbeza. 
oleh itu, pendidikan awal kanak-kanak mesti berkait dengan institusi kekeluargaan bagi menentukan apa yang anak patut diajar. keluarga dilihat sebagai ejen kepada penguat tingkahlaku kanak-kanak. ia akan melibatkan seluruh ahli keluarga dalam proses pengajaran dan pembelajaran. 
di samping itu rasional penglibatan ibubapa dalam pendidikan awal kanak-kanak adalah untuk memberi kemahiran kepada mereka untuk menguruskan kanak-kanak tersebut. 

Ilmu Tentang Peranan Gender Amat Penting Pada Kanak-Kanak

kanak-kanak memerlukan persekitaran yang selamat untuk meneroka peranan gender diorang. ia penting untuk semua kanak-kanak berasa baik tentang siapa mereka dan apa yang boleh mereka lakukan tanpa apa-apa batasan. 
kadang-kadang orang dewasa secara sengaja mengharapkan dan menggalakkan tingkah laku dan sifat tertentu berdasarkan jantina kanak-kanak. 
seharusnya kita boleh memupuk jati diri kanak-kanak tanpa merujuk kepada jantina dengan memberikan maklum balas yang positif berdasarkan kemahiran dan kualiti unik mereka.

antara faktor-faktor berlakunya penderaan terhadap kanak-kanak secara mental atau fizikal adalah berpunca daripada perpecahan keluarga, tekanan hidup, ekonomi tidak kukuh, tekanan perasaan, kemiskinan yang melampau, penyalahgunaan dadah termasuk kegagalan ibu bapa menangani kanak-kanak dengan baik. 
dalam perkembangan berkaitan, Islam mempunyai cara untuk menangani masalah tersebut dengan baik antaranya memberikan kasih sayang sepenuhnya kepada anak-anak walau bagaimana keadaan mereka sekalipun. 
anak-anak adalah amanah Allah yang wajib dijaga kebajikan mereka termasuk diberikan pendidikan yang sempurna.
sebenarnya melalui anak-anak, ibu bapa boleh mencari keredaan Allah, lebih-lebih lagi jika mereka berjaya melahirkan anak-anak yang soleh. 

bila dah berkahwin, kita nakkan anak.
dikatakan anak tu penyeri hidup pasangan suami isteri tu.
maka, dah beranak mestilah tahu cara apa dan bagaimana nak membela dan mendidik anak.
jgn kita jadikan anak itu sebagai beban atau alasan utk apa-apa masalah kita.
kalau tanya saya, tentang kes viral tu... tak patutlah dibiarkan anak perempuan tu di usia muda bercinta dan dikahwinkan, meskipun empunya badan bersetuju.
ambil kira tahap kematangan pemikiran dan tubuh badan anak itu. adakah dia benar-benar faham apakah yang bakal dilalui?
dikatakan juga bahawa anak itu hanya akan tinggal bersama suami 5 tahun lagi, di usia 16 thn.
jika begitu, kenapa harus dinikahkan sekarang?
jika benar, suaminya tetap boleh membantu keluarga itu tanpa bernikah dgn anak perempuan 11 thn itu.
hmmmmm 😟 kalau terus hidup dgn alasan, memang la takkan jumpa cara yg rasional.
ada byk cara lain yg boleh ibu bapa fikirkan utk keluar dari kemiskinan dan penderitaan hidup.
jgn dirosakkan masa depan anak perempuan tu.
bina masa depannya dgn ilmu. dgn ilmu, in shaa Allah anak perempuan tu dpt merubah keseluruhan masa depan seisi keluarga.
kini, anak perempuan itu telah terikat. kebebasannya secara otomatik telah disekat!

apapun, saya mendoakan agar anak perempuan itu berjaya merubah nasib dirinya.
semoga suaminya itu benar-benar dpt memperbaiki taraf hidup keluarga mertuanya.
kiranya itu yg bakal berlaku, kita doakan bersama-sama, alhamdulillah...
benarlah keputusan yg dibuat oleh ibu bapa anak perempuan itu.

😌😌😌