Monday, August 06, 2018

Day Hike | Ekspedisi Warga ILP Bukti Katil Menaiki Gunung Yong Belar

assalamualaikum 😌
salam sejahtera. selamat pagi semua...
no no no no to monday blues tau πŸ˜€ hi hi hi...

selamat sudah ekspedisi my πŸ’™ πŸ’™ πŸ’™ πŸ’™ mr.asben ke Gunung Yong Belar.
salah satu daripada "G7" di semenanjung.
menurut my mr.asben, "G7" ni adalah 7 gunung tertinggi di Semenanjung Malaysia.
6 daripadanya terletak di Banjaran Titiwangsa kecuali G1 (Gunung Tahan).
pendaki yg menganggap mendaki ni lebih dari hobi, mesti la mendaki G7. tu tanda pendaki sejati.
ada juga blogger yg menulis, jgn mengaku pendaki lah kalau belum abis G7 πŸ˜…πŸ˜„πŸ˜„.

ok, skit lebih kurang perjalanan pendakian day hike mereka naik turun G3 ni :
9.00 mlm (Jumaat) : dia dan team gerak bersama naik van 18 seater dari Bkt Katil.
4.00 pagi (Sabtu) : tiba di Masjid Lojing, Kelantan utk berehat dan bersiap sedia...
5.30 pagi : naik powil (kenderaan pacuan 4 roda) ke Pintu Rimba (sepatutnya powil ni sampai di Masjid Lojing jam 4.30 pagi, terlewat 1 jam!)
6.30 pagi : tiba di Pintu Rimba. solat subuh.
7.00 pagi : mula mendaki...
8.30 pagi : tiba di Kem Tudung Periuk. sarapan pagi.
9.15 pagi : mula kan pendakian semula ke Kem Kasut.
11.30 pagi : tiba di Kem Kasut. berehat. kumpul tenaga utk naik ke puncak.
1.30 ptg : πŸ’ͺ tiba ke puncak Gunung Yong Belar. di atas tu la mr.asben & friends lunch.
2.15 ptg : bergerak turun πŸ‘Œ.
5.30 ptg : tiba di Kem Tudung Periuk. solat. makan. rehat...
7.00 ptg : bergerak turun ke Pintu Rimba.
9.00 mlm : selamat tiba di Pintu Rimba 😌😌😌 alhamdulillah.
4.00 pagi (Ahad) lebih kurang, selamat my mr.asben sampai rumah.
so, layan gambar dulu ye...

Dayhike | Ekspedisi Warga ILP Bukti Katil Menaiki Gunung Yong Belar

Dayhike | Ekspedisi Warga ILP Bukti Katil Menaiki Gunung Yong Belar
sejam jugak diorang berdiri atas powil ni. tak dpt nak imagine πŸ˜†

Dayhike | Ekspedisi Warga ILP Bukti Katil Menaiki Gunung Yong Belar

sedikit maklumat tentang Gunung Yong Belar yg saya dpt dari en.google πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡.

Dayhike | Ekspedisi Warga ILP Bukti Katil Menaiki Gunung Yong Belar

Dayhike | Ekspedisi Warga ILP Bukti Katil Menaiki Gunung Yong Belar

Dayhike | Ekspedisi Warga ILP Bukti Katil Menaiki Gunung Yong Belar

Dayhike | Ekspedisi Warga ILP Bukti Katil Menaiki Gunung Yong Belar

Day Hike | Ekspedisi Warga ILP Bukti Katil Menaiki Gunung Yong Belar

Day Hike | Ekspedisi Warga ILP Bukti Katil Menaiki Gunung Yong Belar

Day Hike | Ekspedisi Warga ILP Bukti Katil Menaiki Gunung Yong Belar

Day Hike | Ekspedisi Warga ILP Bukti Katil Menaiki Gunung Yong Belar

bila mendaki dan masuk hutan ni, ia adalah masa kita bermesra dgn alam.
menghargai alam sekitar... melihat apa yg tak pernah kita lihat di bawah.
line phone takde.
apatah lagi internet. back to nature 😍.

Dayhike | Ekspedisi Warga ILP Bukti Katil Menaiki Gunung Yong Belar

Dayhike | Ekspedisi Warga ILP Bukti Katil Menaiki Gunung Yong Belar

Dayhike | Ekspedisi Warga ILP Bukti Katil Menaiki Gunung Yong Belar

Dayhike | Ekspedisi Warga ILP Bukti Katil Menaiki Gunung Yong Belar
happy semuanya sukses jejak puncak G3 Gunung Yong Belar.

Day Hike | Ekspedisi Warga ILP Bukti Katil Menaiki Gunung Yong Belar
dari puncak 😍

alhamdulillah my mr.asben selamat pergi, naik dan turun G3 dan balik rumah.
seharian la interviu dia in order utk publish kan entry G7 ni πŸ˜…. suka dgr cerita. tapi jgn harap la saya nak ikut ha ha ha...
stok makanan & minuman yg dibekalkan habis. tak dijangka yg G3 ni amat mencabar.
agar sukar pendakian ni terutama dari Kem Kasut naik ke puncak. meniti akar pokok. mengelak pasir jerlus. jejak berlumpur.
saya baca-baca dlm blog-blog lain pun, G7 di semenanjung ni are not sebab diorang tinggi je, tapi sebab nak naik tu tak mudah. kalau tak bebetul cukup tenaga dan kekuatan, tak dpt complete misi.

mereka day hike. so naik turun dlm sehari. tu la cabarannya.
mostly, akan stay 1 mlm kata nyer... camping di kem tudung periuk or kem kasut.
the next morning, naik ke puncak.

happy for him and his team.
next ntah bila dan gunung apa bakal diorang daki. saya tukang support tang belakang aje.
jaga anak-anak. tak la ikut. naik bukit beruang pun separuh nyawa, inikan plak nak daki gunung.
oh tidak lah πŸ˜†.

πŸ‘Œ  πŸ˜Š

32 comments:

  1. hah ingt td ikut sama hiking hehe..apa2pn tahniah utk husband aida

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ha ha ha tak la, amy :)
      tak brape fit lah. seksa nanti mr.asben nak kena dukung turun ke bawah ha ha ha ha ha...

      Delete
  2. seronoknya hiking, teringin sangat tapi belum ada rezeki.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang seronok. tapi tu la, kena fit.
      gunung kan. bukan mudah...

      Delete
  3. wah.. syoknya ada aktiviti yang disukai yea.. hiking ni bagus untuk bagi stamina pada badan kan.. TB tak pernah lagi panjat bukit.. huhu.. tapi berjalan naik bukti pernah lah.. hahaha.. itu pun semput la jugak.. wakaka

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan :) ha ha ha ha
      bukit pun kita da semput.
      gunung? aida x la ready lagi.
      sedar diri :) hi hi

      Delete
  4. fuhhhh power la husband kak aida, dari gelap ke gelap! Gambar alam dia ambil pun cantik. Boleh rasa level sejuk dia tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. gambar tu tak semua dia amik, farhanna.
      pinjam gallery team dia jugak.

      Delete
  5. Bestnya kalau dapat peluang join ekspedisi panjat gunung ni..lama dah tak buat..dan sekarnag dah kurang fit..hahaha..seronok rakamkan keindahan alam kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. SA pun kaki hiking lah dulu ekk.
      bagus hiking ni. fit. sihat. cergas.
      yes. bab keindahan alam tu no 1. best giler tgk gambar diorang.

      Delete
  6. Fuhhh tinggi tu. Bukan semua org boleh mendaki. Perlu stamina yang baik. Hati pun kena kental.

    ReplyDelete
  7. weii rajin nya dia naik gunung. Gigih betul, kolin pernah sekali masa kat taman negara tu pun dah pancit giler. Tahniah!

    ReplyDelete
  8. wow MasyaAllah Yong Belar okay! :D

    Next trip bleh gunung tahan ni. amek day trip :)

    ReplyDelete
  9. I suka hiking dulu. But since dah ada bad knee ni...lupakan saja la. Hebat sapa boleh still daki gunung at age 40s. Mesti gi training tiap hari ni.

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah... Tahniah. .!!
    Bukan mudah tuk sampai ke puncak. Satu kejayaan buat diri sendiri tuuu, kalau Nina entah ler... Semput kot. HAhaa

    ReplyDelete
  11. Woww hiking gunung. Kinah ni tak pernah lagi ada pengalaman hiking gunung setakat naik bukit je. Itupun dah rasa separuh nyawa. Tahniahlah kepada team suami kak berjaya habiskan misi ni

    ReplyDelete
  12. Power ni. Kalau saya memang semput dah. Tapi tempat dia agak scary kalau tengok pada gambar jalan naik ke atas tu. Bila dah naik atas tu, baru nampak cantik

    ReplyDelete
  13. Ada kawan yang suka hiking and I have to admit, kagum sangat dgn dia.. huhu..

    ReplyDelete
  14. Zaman muda2 dulu bolehlah buat aktiviti macam ni..sekarang ni memang dah tak daya. Tengok orang buat jeles je lah..hehehe

    ReplyDelete
  15. I have always been so afraid of hiking Because im always afraid its gonna be so tough that I might fall and get injured. I need to break that fear and try hiking once. This looks fun.

    ReplyDelete
  16. Rawlins kagum dengan rakan-rakan yang hikers nie. Rawlins takde kekuatan mahupun keinginan untuk aktiviti lasak sebegini. Hehe. Paling-paling pun Broga je.

    ReplyDelete
  17. Wah tahniah sebab berjaya hiking gunung hingga aras yg ditarget... Dah lama juga wawa tak hiking .. Rasa rindu pula bile tgk gmbr org2 hiking ni..

    ReplyDelete
  18. Bgusnya rajin hiking..suami saya hiking penang hill ja prtang2 utk bersenam..semnggu 2 atau 3 x utk keep fit..bini dia pergi zumba ja lahπŸ˜‚

    ReplyDelete
  19. kita hiking masa zaman U jer.. best dpt tgk pemandangan dr puncak bukit dan gunung..

    ReplyDelete
  20. Seronoknya dapat pegi hiking tapi keadaan fizikal tak mengizinkan..

    ReplyDelete
  21. Rajinnya sis mendaki gunung dan tempat tinggi ni. Hati hati ya, sebab masuk kawasan hutan memang perlu banyak persediaan

    ReplyDelete
  22. Hiking ni bukan calang-calang hobi dan bukan semua orang mampu jadi hikers ni .Semangat kena kuat & hati kena kental. Lia hikinh biasa2 je xde lah tggi .Ada juga kawan yg hard-core hiking ni .

    ReplyDelete
  23. Ibu tak rajin nak mendaki gunung dan bukit. rasa nak tercabut lutut, tapi bagus lah dapat keluar peluh kan

    ReplyDelete
  24. Bestnya dapat hiking ke G7. Saya satu pum belum pernah. Suk juga hiking, tapi dulu sempat naik Tabur, Saga,Broga, Berkelah. Tu je, haha

    ReplyDelete
  25. Fuh seronoknya! Rindu mendaki, tapi lutut ni tak kuat dah. Kalau naik dia ok, bila turun saya memang paling lambat dan sakit kaki. Wuwuwuwuw.

    ReplyDelete

Blogging...
Blogwalking...
Thank You For Coming :)