Thursday, August 30, 2018

Jalur Gemilang | Sayangi Malaysiaku

assalamualaikum 😊😊
hari yg gembira.
esok kita merdeka. 31 ogos bulan 8 tahun 2018.

semlm... pagi hingga ke mlm menjahit selempang dan songkok Izzat. tiada mesin jahit, maka jahit tgn ajer lah 😅. org tgn keras dipaksanya menjahit, hadoi lah...
da siap, bila fitting kat Izzat, ada yg tak sesuai. ubah di tgh mlm 😁.
hari ni ada aktiviti di PASTI sempena hari merdeka.
anak-anak digalakkan berpakaian merdeka. tak kisah la camne pun.
terpulang pd kreativiti ibu ayah.
and saya. last last minit dimaklumkan, tak sempat la nak upah org jahitkan sepasang baju utk Izzat.
sib baik ada baju melayu warna putih bersih.
saya ragamkan lah sebegini simple 👇👇

Jalur Gemilang | Sayangi Malaysiaku
utk tenaga kena la minum susu Isomil Plus dulu.
if not, tak nak amik gambo 😂.

Jalur Gemilang | Sayangi Malaysiaku
gambar ijat pakaian merdeka. simple yg amat hi hi hi...
dpt ibu yg tak pandai menjahit, kat rumah takde mesin jahit plak tu... hadoilah!

walaupun simple, excited Izzat nak memakainya. dari semlm dia kata, "tak sabarnya nak pakai baju bendera".
kebetulan, anak-anak 6 thn hari ni, setiap org dikehendaki baca sajak.
hmmmmm sambil-sambil menjahit mlm tadi, train Izzat baca sajak la.
janji baca, dik. takde gaya pun takpe 😄.

yg penting 👇👇

Jalur Gemilang | Sayangi Malaysiaku
cuti !!!

dan esok ptg, saya da ada plan terbaik... in shaa Allah 😀 👍.
suka la jugak nak inform, dari awal bulan Ogos ari tu, saya dah pun mengibarkan jalur gemilang di pagar rumah 👇👇

Jalur Gemilang | Sayangi Malaysiaku
gambar pagar 3 bendera yg kecik ajer la. sebab rumah nyer pun kecik 😅.
yg penting, semangat Sayangi Malaysiaku itu besar!

terlanjur tu, saya nak copy and paste fakta yg saya dpt dari fb.
fakta tentang jalur gemilang. kita memang panggil bendera Malaysia as jalur gemilang.

pada kemerdekaan ke-40 di tahun 1997, bendera Malaysia kita dinamakan Jalur Gemilang.
ilham utk menamakan bendera Malaysia ni diusulkan oleh Datuk Hashim Mat Dris. selepas itu dicadangkan kepada Perdana Menteri ke-4, Tun Dr. Mahathir pada 11.7.1995.
maka, selepas proses pemilihan demi pemilihan, pada 31.8.1997, Tun Dr. Mahathir telah mengistiharkan nama bendera Malaysia iaitu Jalur Gemilang di Dataran Merdeka.
JALUR - bendera kita ada 14 jalur merah dan putih.
GEMILANG - membawa maksud bercahaya, terang-benderang dan cemerlang.
                                                                                                     Sumber Nama Jalur Gemilang

Fakta Jalur Gemilang | Sayangi Malaysiaku

Jalur Gemilang | Sayangi Malaysiaku
ni pun saya jumpa di fb. maklumat yg sungguh penting.
mudah nak mencari if lah anak-anak memerlukan info ni kelak 😉.

tak sabar nak tunggu cikgu Izzat send gambar anak-anak merdeka di PASTI Pintar Soleh.
anak-anak gembira dan faham erti kemerdekaan.
dari kecik lah kita nak kena terapkan semangat merdeka pada diorang ni.
now, maybe diorang tak brape faham kenapa kena sambut dan pakai pakaian melambangkan hari merdeka.
but, slowly la kita-kita, org dewasa, explain dan explain dan explain.
agar slowly informasi tu masuk dlm minda mereka. setiap tahun, setiap kali tu lah kita memeriahkan hari merdeka bersama mereka.
pupuk semangat Sayangi Malaysia sejak dari kecil 😊😊😍.

last but not least, Selamat Hari Merdeka buat semua readers Blog Adianiez.
merdekakan diri kita sendiri dari tawanan unsur-unsur negatif.
dari diri kita, then barulah kita merdekakan org / keadaan yg lain-lain. kekal positif dan bertenaga.
in shaa Allah.

43 comments:

  1. Selamat menyambut Hari Kebangsaan ke-61 Izzat..handsome la anak soleh ni...

    ReplyDelete
  2. harini tgk rmi ank2 yg kt tadika berpakaian tema merdeka..semangat masing2 kn...wah 1st time tgk logo & tema merdeka tu..tq for sharing

    ReplyDelete
  3. kreatif juga ibunya menjahit dan memadankan dengan baju melayu. Syabas ibu dan have fun izzat di sekolah. Anak kita gilirannya petang kang pulak di sekolah agama. Neves gak ni hehehe

    ReplyDelete
  4. Comelnya Izat... semangat nak sambut merdeka..

    ReplyDelete
  5. seronok tgk ramai budak2 pakai baju patriotik arini.. hehe

    ReplyDelete
  6. comelnya izzat pakai baju bendera! Lawaknya logo tahun 2012 tu hahaha

    ReplyDelete
  7. rajin maknya, jahit tangan lagi ya, seronoknya anak tu, kat skola sure happy

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takde mesin, gitu la jadik nyer... Seharian bergelumang dgn alatan menjahit ha ha...

      Delete
  8. hari kames ritu lalu sek rendah alaaaahai comel2 haaa nampak lintas jalan =D

    ReplyDelete
  9. Comel. .. Ringkas tp menarik. Btw, Salam Merdeka...

    Aida terpilih menang top commentator Ogos. Nanti wasap cikla ye.. Tahniah!

    http://ciklapunyabelog.blogspot.com/2018/09/pemenang-top-commentator-ogos-2018.html?m=1

    ReplyDelete
  10. Merdeka! Wahh kreatif lah kak jahit bendera macam tu. Kira okaylah. Yang penting semangat merdeka tu kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu aje yg terfikir, fiza. Lst minit kan...

      Delete
  11. semangat izat. hehe

    Terima kasih kerana selalu terjah & komen blog ejulz ^_^

    http://ejulz.blogspot.com/2018/09/senarai-pengomen-tegar-ogos-2018.html

    ReplyDelete
  12. Semangatnya nak sambut Merdeka.. Salam Kemerdekaan bwat kat Aida & sekeluarga :D

    ReplyDelete
  13. wahhhh.. cantiknya...

    pssttt... Salam... Terima kasih kerana sudi join Segmen Nak URL Blog #35 Mialiana.com

    Senarai peserta ada di http://www.mialiana.com/2018/07/senarai-url-blog-35.html

    Maaf sangat-sangat. Mia baru sempat nak blogwalking dan pemenang akan diumumkan pada hari ini juga.

    Semoga berjaya (^_^)

    ReplyDelete
  14. hensemnya izzat..seronok tengok anak2 sambut merdeka di sekolah kan, pakaian pun macam2 ragam nak pulak yang perempuan, kreatif mak masing2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Anak2 happy, tu yg penting. Naikkan semangat diorang dari kecik.

      Delete
  15. Not bad jugalah tu Aida menjahit sendiri kalau Mrs. A tak tahu jadi apa hehehee...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ha ha tak la menjahit sgt, mrs.A. trying hard utk tak hancurkn bendera tu ha ha ha... Nk nampakkan bendera, barulah betul rasa merdeka kan.

      Delete
  16. Amboi, kacak bergaya anak bujang yang seorang ini!

    ReplyDelete
  17. Bersemangat Adik! Jiwa Malaysia. Bagus di pupuk semangat patriotik dari kecil lagi. Seronok tengok.

    ReplyDelete
  18. Good to see this theme, he is so cute. The handmade is very nice, me too don't have sewing machine at home.

    ReplyDelete
  19. seronok tengok anka-anak kecil sekarang ni bersemangat je nak pakai baju jalur gemilang kan.. ada semangat patriotik di jiwa tu.. bagusss

    ReplyDelete
  20. kemain semangat lagi ek, baju tuh jahit sendiri ke

    ReplyDelete
  21. Itu pun dah kreatif tu kak. Comel tengok izzat pakai set baju melayu berhiaskan bendera Malaysia. Dari kecik2 bagus dah terapkan macam ni sbb nnti dah besar dh ad semngat patriotik dalam diri.hehehe

    ReplyDelete
  22. Hehe.. Takpe tak pandai menjahit, yang penting effort. :D Comel je Izzat pakai baju tu. Semoga Malaysia menjadi lebih baik, untuk masa depan anak2 kecil seperti Izzat.

    ReplyDelete
  23. Wah.. bagus dan kreatifnya! Memang nampak ciri-ciri patriotik tu. Pakaian simple tapi awesome!

    ReplyDelete
  24. wahh cantiknya baju ... sangat kreatif dan semangat kemerdekaan. tgok budak2 zaman skrg macam2 aktiviti utk hari kemerdekaan kan.... kita dulu so so je sambut..hahaha... bgusla terapkan bdk2 skrg mcmni supaya xlupa negara sendiri..

    ReplyDelete
  25. Semangat betul dia.. kelakar la minum susu pakai botol lagi erkkk? Hihihi
    Biara terap semangat sayang negara dari kecil semoga dah besar dia igt semua

    ReplyDelete
  26. Sungguh bersemangat..bagus-bagus..jiwa Malaysia kena ada, anak2 bila pakai baju bendera Malaysia ni lagi lah mereka bersemangat. Mak pun rajin dan kreatif sungguh

    ReplyDelete
  27. haha, comel jek model tu. Siap kena upah minum susu Isomil Plus dulu baru nak bergambar.. hehe. Bagus la program sekolah macam ni, dapat terapkan semangat patriotik pada kanak-kanak. Kalau tak, nanti mereka just tau hari cuti je..

    ReplyDelete
  28. Anak anak kita memang wajar di semai dengan semangat cintakan negara. bukan senang kita nak mengecapi kemerdekaan dulu

    ReplyDelete
  29. Hihi.. Janji ibu kreatif kan izzat..
    kalau saya la nanti agknya macam mana la kan kalau kena buat gini..
    mau seram sejuk jugak rasanya.. hehe

    ReplyDelete
  30. wah rajinnya ibu buat sesuatu sempena dengan hari kebangsaan..kita tangan keras sealu jeles tengok org pandai menjahit ni...macam-macam blh jimat hehehe

    ReplyDelete
  31. Comelnya boy...
    Semangat patriotic patut dipupuk semasa zaman kanak-kanak.
    Thumb up for mommy and daddy too, sangat kreative.

    ReplyDelete
  32. Kreatif, pndai pulak menjahit tu. Nampak kemas jerk, kalau saya tu tak tahulah jadi ape

    ReplyDelete
  33. wow, I like the malaysia logos theme for each year! my girls learnt Sejahtera Malaysia and Tanggal 31. Going to let her learn Jalur gemilang song, hahaa

    ReplyDelete
  34. Ok tu dah cantik tu. Meriah betul sambutan merdeka sekarang kan. Banyak sekolah buat macam ni.

    ReplyDelete

Blogging...
Blogwalking...
Thank You For Coming :)