Friday, August 24, 2018

Review Wayang | Hantu Kak Limah

assalamualaikum 😌
ptg Jumaat ni baru la dpt on laptop, mau update blog.
meskipun dari selasa hingga semlm (khamis) meninggalkan rumah (balik beraya Qurban), laptop ada aje dibawa bersama...
tapi, memang xde mood nak amik dan on 😅.
balik rumah Emak Abah, memasak dgn mak dan kakak.
balik rumah Mami (emak mertua), makan-makan tanpa henti dan dok lepak dgn famili. kebetulan abg-abg ipar semua balik rumah Mami. meriah! best!
nak share juga la, yg kami sekeluarga dah pun layan Hantu Kak Limah (HKL).
kami la di antara yg menyumbang ke arah 20 juta HKL nih... bangga la jugak hi hi hi 😄.

Review Wayang | Hantu Kak Limah
tak sharp gambo ni 😅.
Ijat bergerak time nak snap! hi hi hi hi...
dia seram nak bergambo dgn hantu!

Review Wayang | Hantu Kak Limah

Review Wayang | Hantu Kak Limah

ni la first filem arahan Mamat Khalid yg kami masuk panggung menontonnya.
ntah kenapa, rasa sgt berminat ajak mr.asben & anak-anak gi layan.
ni setelah tonton filem-filem Mamt Khalid yg sebelum-sebelumnya...

citer Mamat Khalid ni memang tak logik mana pon. lawak nyer pon, bagi saya, boleh laaaa...
kalau nak bagi rating, saya boleh kasik 6/10 utk lawak dlm citer ni.
tapi... lawak itu yg buat filem ni sukses. kerana gabungan lawak-lawak itu menjadikan jalan ceritanya interesting.
hmmmmm, yes. keaslian citer Mamat Khalid ni ada 'sesuatu' yg tersendiri.

HKL ni pon, bagi saya, saya tak la gelak hingga pecah perut pon.
tapi Ijat dia gelak sampai nak semput!!! 😂😂😂
rasanya gelak Ijat yg paling kuat dlm panggung. bersungguh betul dia gelak.
da nama nyer utk tontonan seisi keluarga kan. itu la yg menjadikan citer Mamat Khalid ni sukses.

Kak Limah kawin dgn Khuda.
Khuda yg telah berkahwin dgn Noraini (org bunian).
Noraini marah. menjelma sebagai hantu menyerupai Kak Limah.
Kak Limah terkejut tgk hantu tu dan mati keras kat kebun 😂.
hantu tu lah yg mengacau Kampung Pisang. Hantu Kak Limah.

simple.
jalan cerita yg menjadikan simple ni sesuatu yg menarik dan menggeletek hati kita semua yg menontonnya.
saya paling suka bila mana Mamat Khalid mengangkat balik lagu-lagu lama dlm citer dia.
dari Zombi Kampung Pisang dulu, lagu-lagu lama rock kapak jadi latar lagu citer. best!
kami-kami er 90-an nih, memang sesuai lah dgn lagu semua tu kan. terbaik 👍.

bagi saya, menonton citer ni lebih membuat saya senyum berbanding dgn tonton citer Shamsul Yusof.
tiada sgt watak tayang hensem.
tiada pun watak menggoda.
tiada barisan pelakon yg 'trending'.
tidak ramai pelawak yg berlakon.
takde pun pelakon 'keras kejung' ketika menuturkan dialog 😀.
naskhah beginilah yg harus kita support. agar ia dpt dimajukan. identiti kita. cara kita.

orait. itu aje la review ringkas saya.
dari kaca mata saya yg power nyer mcm dah up nih 😎.

👌

7 comments:

  1. tak tengok lagi citer ni, lahai

    ReplyDelete
  2. belum berkesempatan nak tgk.. tgk tayangan perdana pun dh nmpak best

    ReplyDelete
  3. hebat cite ni dh 35juta xsilap kutipannya...tk tgk lg..tgu kuar kt android box nanti bole tgk

    ReplyDelete
  4. Kikikiki.. Pada Sha cerita ini sangat best.. Memang buah tangan yang ohsem dari Mamat Khalid..

    ReplyDelete
  5. best kan kak aida?! Sakit perut gelak tengok movie ni

    ReplyDelete
  6. baca review semua cakap best cerita ni, amboi ijat tu suka sangat dia ye tengok movie ni, maknanya movie ni senang anak2 nak faham kan, saya nak bawa anak2 tengok tapi yg sulung tu dia penakut sikit tengok citer2 hanu nih

    ReplyDelete

Blogging...
Blogwalking...
Thank You For Coming :)