Thursday, October 25, 2018

Teknologi Maklumat & Komunikasi Darjah 5 | Mencari Maklumat Dengan Enjin Gelintar

assalamualaikum 😊
selamat pagi semua.
hari ni, saya nak share sesuatu ilmu baru yg saya dpt dari anak-anak.
minggu ni, Syuhada exam PKSR 2 (part 1). 
maka, seperti biasa saya akan ulangkaji bersama Syuhada setiap subjek page by page.
proses belajar bersama, style berdialog dan berbincang...
saya dapati cara ni berkesan la utk anakanda kedua saya ni, Syuhada. 

utk subjek TMK.
saya selak-selak la buku teks skola. terus saya kata kat Syuhada, "aah, simple jer ni, adik. boleh score A lah". Syuhada just tersenyum simpul tanpa kata-kata.
yes korang. nampak simple. nampak mcm mudah je bila kita tgk tajuk-tajuk besarnya.
hmmm bila kita baca page by page, tak la semudah yg saya sangka.

why? because got few words yg buat saya speechless. those words in Bahasa Melayu.
in which, saya rasa sgt beri ilmu baru pada saya. selama ni saya tahu ia dlm English.
then, got few tips yg selama ni saya tak tahu 😅.
korang mungkin tahu la kot. saya ni hah baru jer dpt ilmu baru. nampak simple, but so meaningful.
ulangkaji dgn Syuhada jadi menarik because on the spot terus saya apply 👇👇 kat phone.
apakah yg nak dimaksudkan dlm buku teks tu, Syuhada jelas bila saya buat benda tu kat phone.
and this akan beri manfaat pada dia jugak in the future.

Teknologi Maklumat & Komunikasi Darjah 5 | Mencari Maklumat Dengan Enjin Gelintar

enjin gelintar = (enjin carian) sebuah dapatan kembali maklumat direka untuk membantu mencari maklumat yang tersimpan dalam sistem komputer. enjin carian membantu untuk memendekkan waktu untk mencari maklumat dan jumlah maklumat yang perlu dirujuk, semacam teknik lain untuk mengurus penyaratan maklumat.
                                                                                                                 (sumber : Wikipedia)

contohnya is obvious lah is cik Google.
then, terdapat pula 3 jenis carian agar carian kita tu lebih tepat dan cepat:
  1. pencarian Boolean - penggunaan "AND" dan "OR"
  2. pencarian berfrasa - penggunaan tanda petik (" ")
  3. pencarian berasaskan simbol - penggunaan simbol asterik (*)


Teknologi Maklumat & Komunikasi Darjah 5 | Mencari Maklumat Dengan Enjin Gelintar

korang cuba try guna 👆👆 and korang akan dpt tahu betapa lebih mudahnya carian kita nanti.
and this is so helpful utk saya yg sedang buat assignments now.
takde la carian saya tu jadik begitu random.
more specific and more accurate. paling penting, lebih cepat! 👍
and this is sgt bagus bagi anak-anak. amazing! 😍
because, kak Nurin da start guna carian di internet dlm pelajaran dia di skola.
weekends, always dia akan inform saya utk cari itu dan ini utk complete kan homeworks dia.
di skola pun, mereka bebas utk ke makmal komputer menggunakan kemudahan carian internet.

sesungguhnya, kita belajar dari anak-anak.
kita tambah ilmu dari kotak ilmu mereka. ilmu tu kan berkembang dari sehari ke sehari.
tak semua yg kita dah tahu akan selamanya begitu. ia berubah. ia menjadi lebih baik.
ia menjadikan saya sgt berminat utk baca buku TMK Syuhada secara detail tau 😆 hi hi hi hi...
and, seperti biasa, semoga sharing saya ni beri manfaat kpd korang ye.
sharing is caring, kan...

28 comments:

  1. baru tau pasal ni, selama ni kalau nak search apa apa sha taip je ikut apa sha nak, kadang tak naik pun haha

    ReplyDelete
  2. Wow.. Maklumat baru.. tq Aida kongsikan info ini..

    ReplyDelete
  3. alahai ssh jgk bahasa sekarang..:)

    ReplyDelete
  4. Good sharing.. cheery pun baru taw nih hehe

    ReplyDelete
  5. Aisehhh baru cheq tahu nih hihihi....good sharing. Macam ni rupanya silibus subjek IT bebudak darjah 5 sekarang ni ya, menarik ni 😁

    Cheq mai sini membalas kunjungan dan follow #1084 😄

    ReplyDelete
  6. thanks for sharing..baru tau ilmu internet ni...mcm menarik buku teks TMK tu..

    ReplyDelete
  7. Wah!!!! Bagusnya Aida.... sebenarnya mmg bagus mcm tu kan. Anak anak pun sure rasa seronok belajar mama ada....
    Ha a budak budak sekarang punya term ni mmg bikin mak mak pusing kan hahaha

    ReplyDelete
  8. Kadang2 kita yg belajar sesuatu dari anak2, hehe. by the way, silibus sekarang memang dah banyak beza eh dengan zaman kita dulu2?

    ReplyDelete
  9. Makin maju dan canggih corak pembelajaran sekarang. Rawlins pun banyak belajar dari anak-anak saudara - kekadang rasa macam kita pula yang ketinggalan hehe

    ReplyDelete
  10. wahh good sharing.airah pun baru tahu pasal benda ni

    ReplyDelete
  11. Thanks for sharing this, looks interesting for primary kids, it's good to start them from young.

    ReplyDelete
  12. dulu ms mengajar subjek IS..memang tekankan pencarian bolean mmg sangt membantu utk mereka yg mencari bahan dijadikan rujukan

    ReplyDelete
  13. Betul.. bila ada anak automatik kita perlu belajar semula dan mcm pergi skolah semula. Semua perkara kita perlu tahu demi anak2..

    ReplyDelete
  14. Wahh.. bagusnya.. terima kasih atas perkongsian.. leh la AM apply utk anak2 masa ulangkaji bersama diaorg nnti..

    ReplyDelete
  15. Btul tu kak. Kdng kita ni kena belajar dari anak anak juga kan. Satu maklumat baru yang kita dapat. Kadang rasa macam wow.. Selalu main bedal je. Hehe

    ReplyDelete
  16. Selalukan panggil enjin carian. Baru tahu juga dipanggil enjin gelentar. ayat baru juga lia pelajari.

    ReplyDelete
  17. Wahhhh..dasyat..baru tau about enjin gelintar..selama ni tau enjin carian ja...huhuhu..banyak bahasa melayu yg dah kaput saya ni...thanks akak for d sharing

    ReplyDelete
  18. kadang2 ilmu tanpa mengira umur.kdg anak tahu apa kita xtahu.dan kdg kita tahu apa anak xtahu mcm tu la

    ReplyDelete
  19. Kalau dalam bahasa Inggeris dah lama tahu ni...tapi kalau dalam BM carian gelintar tu..1st time in my life =)

    ReplyDelete
  20. Haa...skrg dah byk perubahan kdg2 kita sendiri confius adakah bahasa yg mereka bljr btl atau salah

    ReplyDelete
  21. kak aida.. kalau syaza pun pening tu first time dengar enjin gelintar hihi

    lucu pulak..

    dasyat nya subjek ni..

    macam belajar C++ plak huu

    goodluck syuhada! You can do it.. untung dapat ibu bleh ajar anak ni taw :)

    ReplyDelete
  22. Dunia saing Teknolongi memang saling berkait rapat..kena tahu IT..serch

    ReplyDelete
  23. wow tingginya bahasa dia! Baru tahu makna enjin gelintar tu enjin carian. Good luck syuhada!

    ReplyDelete
  24. Nice info. First time saya tahu pasal ni. betullah orang kata, ilmu boleh dapat kat mana-mana. Haa, dalam buku teks anak pun boleh dapat ilmu baru. Terbaik

    ReplyDelete
  25. Tq for sharing ... linda pun baru tau bab ni, pelajaran skg x sama mcm kita belajar dulu...

    ReplyDelete
  26. Wah, ilmu baru untuk zumal juga ni

    ReplyDelete

Blogging...
Blogwalking...
Thank You For Coming :)