Tuesday, January 29, 2019

Hakikat Perkahwinan | Perlukah Berkahwin?

assalamualaikum 😉

pagi ni nak borak santai-santai. pasal perkataan 'perkahwinan'...
hah??!! santai ker tu? 😳
ha ha ha ha 😄 yes lah. baca dan fikirkan santai-santai dlm minda. 
bagi yg dah berkahwin dan juga yg belum.
ni pun adalah versi pemberian nafas semula kpd entry kedua saya dlm blog ni dulu kala bertarikh 20.4.2009.
#10yearsChallenge kata nyer kan 😄.


💟💟💟   💟💟💟   💟💟💟


Berkahwin ni terjadi atas byk sebab / alasan. Berkahwin adalah realiti yg mesti dihadapi secara matang. Bukan satu perjudian antara 'bersama' atau 'bersendirian' adalah lebih baik?
Apakah itu sebenarnya hakikat perkahwinan?

❤ jika ianya adalah tentang seks, maka, pasangan itu akan bertengkar sekiranya hubungan kelamin tidak mencapai tahap kepuasan yg diingini!

❤ jika ianya adalah tentang harta, maka, pasangan itu pasti akan bercerai jika tidak lagi kaya raya.

❤ jika hakikatnya adalah tentang kecantikan rupa paras, maka, pasangan itu akan tidak bahagia apabila kulit muka mula berkedut atau rambut mulai beruban.

❤ jika hakikatnya pula adalah tentang zuriat, maka, pasangan itu akan mencari alasan untuk mencari yang lain sekiranya gagal mendapatkan anak.

❤ jika ianya adalah tentang keperibadian, maka, pasangan itu pasti akan marah sekiranya pasangannya berubah sikap!

❤ jika hakikatnya adalah tentang cinta, maka, ketahuilah bahawa hati manusia itu tidak tetap dan mudah terpikat kepada yang lain...

namun... ia ikatan perkahwinan itu dibina kerana Allah, sesungguhnya ia akan kekal hingga ke akhir hayat.
Allah itu Maha Besar.
Allah itu Kekal.
Allah mencintai hambaNya melebihi seorang ibu menyayangi anaknya.
maka, selagi kita berpegang teguh kepada ajaran Islam, rumahtangga pasti akan terbela dan bahagia hingga ke Jannah.


💟💟💟         💟💟💟         💟💟💟


ada kaitan dgn entri yg lepas, sesungguhnya suami & isteri saling melengkapi.
kebanyakannya, kelemahan byk pada si isteri 😌. maka, isteri kena la 'berguru'kan suami.
wanita dicipta dari tulang rusuk kiri lelaki.
tulang rusuk yg bengkok. kiranya kasar, akan patah la ia.
kiranya terlalu lembut, ia akan terus bengkok. maka, bersesuaianlah wahai suami 😌.

kena cukup ilmu bila buat keputusan nak kahwin.
sesungguhnya wanita yg baik adalah utk lelaki yg baik, dan sebaliknya. in shaa Allah...
kiranya jodoh belum tiba, jgn susah hati. jodoh pasti bertemu. antara cepat dan lambat je.
😊

berkahwin itu rezeki.
hidup sendiri tu pun rezeki.
mempunyai anak itu rezeki. ada yg kata, anak itu dugaan, kan? pernah dgr tak?
hidup berdua pun rezeki. dpt lebih mengenali satu sama lain.
nikmat yg berbeza dlm keadaan yg berbeza.
kena bersyukur dlm pe jua kedudukan kita.

11 comments:

  1. Perkongsian yang menarik Aida.. Perkahwinan itu rezeki..

    ReplyDelete
  2. terima kasih atas perkongsian ye Aida

    ReplyDelete
  3. Berkahwin kerana Allah in shaa Allah akan kekal ke jannah. Aamiin.. ..

    ReplyDelete
  4. Perkahwinan itu juga rezeki..di dalamnya terkandung ibadah,tuntutan dan sunnah.

    ReplyDelete
  5. berkahwin itu perlu - ikut Sunnah Rasulullah. Tapi apa-apa pun bergantung pada izin dan Jodoh dari Allah swt

    ReplyDelete
  6. yaya suka ayat yang last.. kena bersyukur dlm pe jua kedudukan kita.
    rezeki semua org tak sama.. ada yg belum sampai rezeki jodoh, rezekinya mungkin dalam bentuk yang lain.

    ReplyDelete
  7. doakan semoga rabia dapat jodoh dgn org yg beriman

    ReplyDelete

Blogging...
Blogwalking...
Thank You For Coming :)