Friday, February 15, 2019

Bermalam Di Hotel Seri Malaysia & Bersiar-siar di Waterfront Kuala Terengganu

assalamualaikum 😊
pagi Jumaat sudah. alhamdulillah.
hari terakhir cuti semester. tak sabar nak mulakan final semester next week.
in shaa Allah.
result dah cek. da pun submit ke JPA awal2 pagi tadi.
now, kena fikir, timbang-timbang, apa subjek nak amik for this new & final semester.
dlm fikiran nak register for International Economics Law.
itu aje yg tinggal yg berkaitrapat dgn kerja. lecturer pun ok 😉.
dgn hati yg senang, maka mari la update blog dgn kisah throwback.
sambungan dari entri Kelantan ni. baru teringat lom lagi continue.

bangun pagi, selepas breakfast, Izzat & Syuhada spent time di swimming pool.
since takde apa nak dikejarkan, kami decide utk check out tghari je.
biasanya, kami check out pagi-pagi after breakfast, sebab nak jalan jauh balik ke Melka, kan.
utk makan tghari, kami dah aim dah nak lunch di Nasi Ulam Cikgu, Kota Bharu.
takkan ada tempat lain pilihan di hati. hanya di nasi ulam ni lah...
kerana keaslian suasana Kelantan nyer, then bersebelahan dgn tempat jualbeli souvenir, lovely!

Nasi Ulam Cikgu, Kota Bharu, Kelantan
ikan keli goreng garing & ulam timun.

Nasi Ulam Cikgu, Kota Bharu, Kelantan
ulam petola comel.

Nasi Ulam Cikgu, Kota Bharu, Kelantan
seriously, yg ni la heroin of the day.
budu tempoyak. dgn cili padi... Allahu Akbar, sedapnya 😋.

semua tu dgn nasi putih sorang sepinggan. Allahu Akbar, nikmatnya... alhamdulillah.
tak payah amik lauk-pauk lain dah. hanya dgn itu saje, licin pinggan kami-kami.
di Melaka, ada dah jugak dihidangkan budu. berbarislah bersama-sama cencaluk, kicap cili padi dan cencaluk.
namun, kalau tiba di Kelantan, wajib wajib wajib wajib pekena budu di tempat asalnya 😅.

settle lunch, hujan pun turun mencura-curah! lebat yg amat lebat!
end of the year, pantai timur dan hujan lebat memang takkan boleh dipisahkan.
but, itu bukan masalah besar pun. kami ok ok jer... 
the aim is not the destination, kan. the journey yg lebih penting bersama keluarga 😍😎.
ke terengganu kami ptg 1.12.2018 tu. hotel dah reserved. dinner nanti ke rumah pakcik di Cabang Tiga, K.Terengganu.
memang tujuan asal singgah sini utk ziarah pakcik (adik ipar emak) yg kena stroke lebih kurang sebulan sebelumnya.
alang-alang mr.asben ada tugasan di Kelantan, dpt la luangkan masa ziarah kan. alhamdulillah...
lebih kurang jam 4 ptg baru selamat tiba di Hotel Seri Malaysia, Kuala Terengganu.
hujan sepanjang jalan dari Kota Bharu ke Kuala Terengganu. tabah jer la 😅.
kami releks menikmati hujan di pantai timur. takde terlibat dlm apa2 kesesakan lalu lintas ataupun banjir kilat, tu pun dah alhamdulillah.

Bermalam Di Hotel Seri Malaysia & Bersiar-siar di Waterfront Kuala Terengganu
bilik ni jer yg available 😓.
reserve a week before, haruslah bilik yg lebih besar dah fully booked kan.
but ok je. kami bw tilam angin queen size. muat jer kat hujung nun 👍.

Bermalam Di Hotel Seri Malaysia & Bersiar-siar di Waterfront Kuala Terengganu
ok 👌 alhamdulillah.
tempat kami tumpang tidur 1 mlm. selesa jer anak-anak.
 settle solat jama' & qasar, tak lengah2 lagi saya ajak mr.asben & anak-anak berjalan ke Pasar Payang.
hujan pun masa tu berhenti dah.
dari hotel ni ke Pasar Payang dekat jer. kami jalan kaki.
saya memang tau dah area ni.
dulu kala, tahun 2015, berkursus selama seminggu di sini.
dah boleh bwk family berjalan lah kiranya hi hi hi hi...

Bermalam Di Hotel Seri Malaysia & Bersiar-siar di Waterfront Kuala Terengganu
wajib bergambar sini la...
tanda tempat = kami da sampai sini 😄.

Bermalam Di Hotel Seri Malaysia & Bersiar-siar di Waterfront Kuala Terengganu

Bermalam Di Hotel Seri Malaysia & Bersiar-siar di Waterfront Kuala Terengganu
aduhai... sib baik la penyu batu tau, anak-anak.
if not, bakal disaman dek pencinta haiwan 😆.

Bermalam Di Hotel Seri Malaysia & Bersiar-siar di Waterfront Kuala Terengganu

Bermalam Di Hotel Seri Malaysia & Bersiar-siar di Waterfront Kuala Terengganu
boy bertuah ni boleh pulak merajuk 😒.
takde la mood dia nak bergambar sgt...

Bermalam Di Hotel Seri Malaysia & Bersiar-siar di Waterfront Kuala Terengganu

Bermalam Di Hotel Seri Malaysia & Bersiar-siar di Waterfront Kuala Terengganu

Bermalam Di Hotel Seri Malaysia & Bersiar-siar di Waterfront Kuala Terengganu

kami ronda-ronda jugak Pasar Payang.
mostly kedai-kedai da tutup pun time tu. menghampiri jam 6 ptg dah pun.
sempat la beli keropok utk di bw balik Melaka. beli juga nenas madu yg cute. kecik2 jer.
then, kami santai-santai kejap di Waterfront Kuala Terengganu, di belakang Pasar Payang.
angin pun bertiup sepoi-sepoi bahasa ptg tu.
sejuk jer... nyaman!

Bermalam Di Hotel Seri Malaysia & Bersiar-siar di Waterfront Kuala Terengganu

Bermalam Di Hotel Seri Malaysia & Bersiar-siar di Waterfront Kuala Terengganu

Bermalam Di Hotel Seri Malaysia & Bersiar-siar di Waterfront Kuala Terengganu

Bermalam Di Hotel Seri Malaysia & Bersiar-siar di Waterfront Kuala Terengganu

Bermalam Di Hotel Seri Malaysia & Bersiar-siar di Waterfront Kuala Terengganu

tragis nyer ptg tu, sedang kami bergelak ketawa, berehat di atas jejambat tu... 
dgn tiba-tiba, hujan lebat turun!!! bukan sikit-sikit air hujannya, sgt lebat.
berlari-larian lah kami 5 sekeluarga dan pengunjung-pengunjung yg lain tau 😆😆😆.
selamatkan phone dulu masuk dlm handbag masing-masing.
sambil memerhatikan anak-anak, saya pun mencari port sesuai utk kami berteduh.
dari situ nak ke hotel, agak jauh jugak la. kalau lari pun, confirm kami basah lencun!!! 😆😆😅
berteduh la kami di satu kedai.
Izzat punyer la excited dpt main hujan tau. bergelak ketawa dia sekuat-kuatnya.
tak dpt nak snap gambar masa ni. phone da selamat masuk dlm handbag. malas dah nak kuarkan.
hampir 20 minit jugak la kami kesejukan di tepi kedai hu hu hu hu...
hujan reda skit, kami bergerak laju-laju.  selaju-lajunya menuju ke arah hotel.
what a great evening! satu lagi memori kelakar nan indah tercipta dlm keluarga saya.
lencun di Kuala Terengganu ha ha ha ah ha...

dipendekkan cerita, esok paginya, kami berlima sarapan di hotel je.
lepas subuh terus kejutkan Izzat. bersiap ke cafe hotel. masih lagi hujan pagi tu, tapi renyai-renyai je.

Bermalam Di Hotel Seri Malaysia & Bersiar-siar di Waterfront Kuala Terengganu
sarapan di sini sungguh simple, tapi sedap. alhamdulillah...
rasa Terengganu yg terbaik.

Bermalam Di Hotel Seri Malaysia & Bersiar-siar di Waterfront Kuala Terengganu

Bermalam Di Hotel Seri Malaysia & Bersiar-siar di Waterfront Kuala Terengganu

Bermalam Di Hotel Seri Malaysia & Bersiar-siar di Waterfront Kuala Terengganu

Bermalam Di Hotel Seri Malaysia & Bersiar-siar di Waterfront Kuala Terengganu

Bermalam Di Hotel Seri Malaysia & Bersiar-siar di Waterfront Kuala Terengganu

Bermalam Di Hotel Seri Malaysia & Bersiar-siar di Waterfront Kuala Terengganu

ibu ayah sedang menikmati sarapan, anak-anak bertiga ni dok bergambar di tepi cafe.
kebetulan di tepi sungai Kuala Terengganu, kan.
anak-anak saya memang over-excited di mana pun diorang berada. itu yg membuatkan saya rasa berbaloi bwk diorang berjalan-jalan ke mana pun.

very short vacation kali ni.
2 mlm di 2 negeri. jalan sana sikit. jalan sini sikit 😊.
makan. makan. makan. dan makan sepanjang jalan 👍😋.
kami check out awal, before noon. nak ke Losong. nak ke Masjid Kristal.
👌😍

37 comments:

  1. Sempat merajuk ye Izzat..alololo.
    Biar singkat percutian tapi penuh dengan pengisian dan rasa kegembiraan.Alhamdulillah.Nanti jadi kenang-kenangan.Dah beberapa kali juga PC dan En Suami merancang nak ke Terengganu.Bila sampai Pahang je terus sangkut kat rumah adik.Penyudahnya tak jagi ke Terengganu.Allahu.Allah belum izin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia da kepenatan tu, PC.
      ibu plak asyik la nak amik gambo :) ha ha ha ha...

      Delete
  2. Tak dapat jumpa akak. Next time ada jodoh kita berjumpa juga ye.

    ReplyDelete
  3. Rabia tidur hotel seri indah beach resort batu buruk . Next time kak tidurlah kat situ. Makanan nya best and dapat tgk pantai

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak ke pantai sebenarnya, Rabia.
      considering musim hujan, confirm la anak2 x dpt nak spend time byk di pantai, kan.
      itu yg pilih stay di bandar.
      lagipun dekat dgn rumah pakcik.

      Delete
  4. bestnya.... emak ngn anak dh sama saiz je lbh kurang
    syok jgk jln2 je kt psr payang n sekitarnya... tp yelah ujung2 tahun terengganu mmg terkenal ngn musim hujan nya

    ReplyDelete
  5. aduhai.... meliur tgk budu tempoyak tu ah.

    ReplyDelete
  6. seronoknya bercuti bersama keluarga.

    ReplyDelete
  7. Wahhh Hotel Seri Malaysia memang unik dengan kabinet dan dekorasi bilik sama mcm tu. hehehe. Jalan-jalan di Terengganu memang best. Makanan terutamanya saya paling suka. Nasi berlauk siang-siang tu wajib makan. Jangan la tertinggal. Hahaha

    ReplyDelete
  8. Pernah makan jugak kat nasi ulam cikgu tu. Dah lama dah....tak ingat pergi bila. Pasar Payang tu saya suka gi cuci mata kat batik2 yang dijual. Rambang mata haih....

    ReplyDelete
  9. Berjalan sakan laa korang..hujan ke banjir ke redah jer...tapi Murni serius terliur nasi ulam cikgu tu..walaupon asal kelantan tapi belom pernah cuba..sebab kalau balik mak & mil dah siapkan makan sedap2..takde nak makan kat luarnya

    ReplyDelete
  10. Wah bestnya jalan2 sekitar Terengganu. Lama dh tak kesana . Hotel Seri Malaysia pun not bad. Cantik juga. Tak pernah lagi menginap disana. Boleh try nnti. hehehe

    ReplyDelete
  11. I lama tak pergi Terengganu ni. Menarik ni kalau boleh re visit. Satu je I nak komen ..yang ulam petola tu. Serious first time I tengok org buat petola sebagai ulam =. Selalu masak sup sayur. Nak try la

    ReplyDelete
  12. Best kak dapat berjalan ke tempat orang.
    Kita belum sampai ke pantai timur lagi.
    Sedapnya kalau dapat kopok leko sana.
    Terasa ikan dia kan..

    ReplyDelete
  13. Allah, kalau sebut budu,letak sepiring kering..letak lagi, kering haha. Macam hirup je haha. Kenyek lada banyak2, perah limau perrg

    ReplyDelete
  14. Teringinnya saya nk explore kelantan. Walaupun anak jati kelantan tak pernah berpeluang nk explore negeri sendiri

    ReplyDelete
  15. Tengok pasar payang ni teringat masa sis ke sana dulu ikut trip Genting. Sibuk beli belah lupa nak bergambar gambar kat sana..hehehe. Tapi syiok jugak membeli kat pasar sana..nanti teringin nak gi lagi

    ReplyDelete
  16. best juga hotel dia ye..dekat dengan pantai ye..nanti ade rezeki boleh datang sini..harga ok tak kak..

    ReplyDelete
  17. Kak min pun baru je jugak menginap kat seri malaysia KT 2 bln lepas. Kak min suka sebab hotelnya terletak btl2 tengah bandar so senang je nak jaln kaki ke mana2

    ReplyDelete
  18. ishhkkk kalau bab makan-makan ni mmg sentiasa sedap je..liez g terengganu mmg keje makan je la kejenya. non stop makan sebab food sedap-sedap sangat. selera pun lain macam

    ReplyDelete
  19. Bestnya dapat berjalan jalan dengan keluarga kan. Hotel tersebut memang nampak sangat selesa dan spacious kan. Lain kali bolehlah cuba menginap kat sini. 😁

    ReplyDelete
  20. Seronok dapat ke tempat orang.
    Lagi best kalau pandai selok belok disana.. Tak risau sesat.
    Blh jimat masa nak ke tempat2 yang best disana kan.

    ReplyDelete
  21. Best yer jalan2 kelantan terengganu. Walau musim hujan, mujur ada juga masa hujan berhenti dapatlah berjalan dan menikmati angin pantai di Kuala Terengganu.

    ReplyDelete
  22. Seronok bawa anak jalan-jalan masa musim cuti sekolah. Nanti deorang dah besar sambung study dah tak merasa macam ni. Kejap je da besar deorang kan.

    ReplyDelete
  23. bestnya pantai timur hujan, kat tempat lain kepanasan. Amboi akak punya nak kata wajib makan budu sampai ulang 4 kali. Hihihi

    ReplyDelete
  24. Nasi Ulam Cikgu tu! Sedapnya makan keli kat situ - situ je tempat yang Rawlins berani makan keli. Tempat lain memang tak sentuh. Hehe

    ReplyDelete
  25. Yes kalau kita ker Kuala Terengganu memang hotel Sri Malaysia ni jadi pilihan kerana tempat yang strategik dah juga sangat dekat tepi laut. Nak akses semua tempat mudah dan harga sangat berpatutan.

    ReplyDelete
  26. tak pernah lagi jalan betul2 area terengganu ni..pernah pergi pantai dia aje...dengan bandar kemaman singgah kejap dari pahang masa tu..

    ReplyDelete
  27. Pernah stay seri Malaysia KT ni, tapi long long time ago haha. Tapi memang dekat dgn pasar payang tu, walking distance je.

    Seronok kan kat East Coast ni, food semua superb

    ReplyDelete
  28. Wah seronok tgk family Aida having great time. Luas juga bilik hotel Dan terasa lapar plak tgk ikan Goreng garing tu

    ReplyDelete
  29. Sejuk hati Aida puji-puji kampung Yaya. Hahaha.

    ReplyDelete
  30. Ok.. I like d idea tilam angin tu.. Nanti boleh beli gak 1 spare habuan g mana2 kan. Spare ha dlm keta tu.. .tw kak for sharing d idea

    ReplyDelete
  31. kita ni bercuti kemana-mana pun takpe kan yang penting anak2 happy. kenangan sangat tu sekeluarga dibasahi hujan

    ReplyDelete
  32. nasi ulam cikgu mmg sedap....rindunya hehe....xpernh stay mana2 lg hotel seri msia ni...sronok cuti2 jln2 pantai timur

    ReplyDelete

Blogging...
Blogwalking...
Thank You For Coming :)