Friday, February 22, 2019

Bola Jaring & Burnt Cheesecake

assalamualaikum 😊😊😊
jam di laptop tepat kul 12.26 pagi.
Syuhada & Izzat dah tidur sejak dari sebelum jam 11 mlm tadi.
mr.asben not in. 
balik ke rumah emak nyer, ada medical check up ptg tadi di Seremban.
mata saya masih lom ngantuk.
sambil tonton Astro Warna, jari jemari ni laju menari-nari atas keyboard ni.
blogwalking...
blogwalking...

up satu entry lah tgh mlm ni.
entry kisah 21.2.2019, dah pun bergelar semlm skang ni kan.
tajuk tu saya dpt inspirasi dari citer 'Gol & Gincu' 😄😄😄.

Bola Jaring & Burnt Cheesecake
burnt cheesecake RM8 per slice.
beli la 2 slices, hadiah buat Syuhada yg da seharian berjemur bwh panas matahari 😃.

Bola Jaring & Burnt Cheesecake
nikmat yg mana yg saya nak dustakan bila dpt makan burnt cheesecake yg sgt sedap ni?
Allahu Akbar.
alhamdulillah...

seingat saya, lebih dari 3 minggu (termasuklah sepanjang cuti CNY hari tu), Syuhada berlatih bola jaring.
semua utk hari ni - perlawanan bola jaring peringkat kawasan Ayer Keroh.
itu yg kulit muka dari coklat terang dah bertukar menjadi coklat gelap. 
itulah simbolik nyer saya belikan Syuhada 👆👆👆 burnt cheesecake di atas 😍😍😃.
kek cheese hangus tapi bila makan, ya Allah, sedapnya hingga speechless!
"kulit Adik terbakar kan sebab berlatih tiap ptg tanpa henti berminggu-minggu, tapi pengalaman yg Adik dpt is sgt berharga. pahit! tapi manis bila dikenang-kenang semula nanti...".

Bola Jaring & Burnt Cheesecake

Bola Jaring & Burnt Cheesecake

Bola Jaring & Burnt Cheesecake

Bola Jaring & Burnt Cheesecake

Bola Jaring & Burnt Cheesecake

Bola Jaring & Burnt Cheesecake
i 💜 u, adik syg...

seharian juga la saya teman Syuhada.
support dia. 
support team sekolah.
dari awal-awal Syuhada nakkan saya dtg utk support dia.
dia tahu, si Ibu ni pantang lah anak-anak ada event, confirm akan dtg and join to support.

cuma, hari ni saya balik rumah dgn ada terkilan di sudut hati.
Syuhada tak berpeluang main bola jaring hari ni.
dia di posisi simpanan 😌. 
ada la cikgu informed saya, bila sedar kehadiran saya di sebelah Syuhada di tepi padang, bahawa Syuhada kurang nak melompat.
yes la, matlamat utama kita dtg semestinya nak tgk anak kita bermain, kan...
pernah la saya lihat dia berlatih sekali, dari jauh.
knowing the fact that anak-anak saya sejenis yg tak boleh tgk kehadiran ibu ayah nyer.
surely diorang otomatik akan jadi keras kejung, nothing can be done, kelu nak berkata-kata.
sebab tu saya mengelak diri dari attend time dia berlatih.
meletakkan sepenuh kepercayaan kpd cikgu yg melatih.
posisi Syuhada is GK (Goal Keeper).
Syuhada maybe kurang agresif as a GK kot. maka, diletakkan sebagai simpanan.
takde masalah bagi saya, ok je.
cuma tang tak dpt tgk dia bermain langsung, even a game, yg buat saya sedikit terkilan 😅.
what is the point of saya dtg, kan? ha ha ha ha ha... dah la cuaca panas yg amat!!!
but tu la, too late. dah ada pun di tepi padang, baru tahu hakikat tu 😄😄 ha ha ha ha...
ada 5 org simpanan. all of them tak main pun hari ni. 
at first saya takde terasa terkilan tu.
until saya terdengar borak-borak Syuhada dgn sorang kawan nya di posisi simpanan juga, "kita tak main ye hari ni?".
adalah diorang berborak pastu, saya kurang dgr kerana sengaja tak nak dgr.
adakah diorang jelas yg diorang sebenarnya hanya pemain simpanan? 😀
jelas sekali, diorang tak tahu. termasuk Syuhada.
membawa erti yg di dlm hati masing-masing, "nak main, tapi bila ye?".
masa tu la saya terus sentap dlm hati mengenangkan anak-anak ni hu hu hu hu.
because saya percaya, latihan diorang akan complete bila main di gelanggang sebenar.
then, diorang akan tahu stress nyer berbeza.
berbeza dgn latihan sehari-hari.
berbeza dgn friendly matches yg dah disertai before tu.
now, ia berakhir dgn hanya 'simpanan'. rugi sikit lah di situ, tak dpt bermain.
ni pendapat peribadi saya la, utk anak saya dan anak-anak yg lain.
kerana ni la satu-satunya gelanggang pertandingan sebenar mereka. pertama & terakhir di peringkat skola rendah.

kepada Syuhada, anak ibu yg cantik dan becok 😊.
penyertaan Syuhada hari ni amat buat Ibu bangga.
at least something for you, meskipun ia tak hit the climax.
Adik da dpt byk ilmu.
semangat setia kawan.
bekerjasama.
penat... tapi sabar dan terus berlatih setiap hari.
Ibu tahu, Adik suka gi latihan, kan. ia adalah masa Adik dpt jumpa kawan-kawan.
so, Adik da dpt peluang Adik, harap Adik ingat kenangan manis ni selamanya.
di sekolah menengah, if ada peluang, join jugak walaupun masih di posisi simpanan ye.
Ibu restu 👍. Ibu akan bekalkan krim sunblock yg terbaik di dunia 😀😀😀.
lepas ni back to reality la.
sepatutnya dari semlm hingga esok, Syuhada ada Ujian Lisan Al-Quran.
camne la esok anakanda ku sorang. tak sempat nak belajar pe pun.
next week plak, ada exam bertulis di skola pagi & skola agama.
hmmmm camne la nanti result nyer.
2-3 minggu ni memang berlatih bola jaring saje. saya tak push langsung dia buat ulangkaji.
penat sungguh dia, tiap hari berlatih hingga jam 6 ptg.
inilah rasa terkilan tahap 2 dtg dlm hati saya.
spent so much time but tak perform pun di hari sebenar 😔 😔 😔 😓.

aaaarrghhh! takde semangat kesukanan langsung ekk saya ni 😅😅😅.
ha ha ha ha... 
ok bye.
💙💙💙

17 comments:

  1. Burn cheese cake xpernh try tp ada la tgk kwn share.. Wah main bola jaring syuhada .. Dlu kita pn suka bola jaring..jd shooter GS OR GA ... Aktif juga la . Ms kj dlu pn join under company juga main

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni first time aida merasa burnt cheesecake tu, amy.
      sedap nyer lah :)
      cheesy!!! memang patutlah harganya mahal. puas makan nyer.

      Delete
  2. semoga Syuhada Berjaya mewakili pasukan bola jaring sekolahnya sbg pemain utama..good luck!

    ReplyDelete
  3. baru nk tanya resepi tu cheesecake tuh... nampak org dok tayang mcm best je nk try bt sndiri... tp entah bila

    pasal main bola jaring n jd pemain simpanan tu mmg alahai, sedih betul kalau tak dpt join lawan sekali pun
    teringat zmn2 sekolah rendah dulu2, tahun mula2 latih je duk la tgk2 je org lawan tp bila dpt join main sekali alangkah indahnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. aida memang x pandai buat kek, dana.
      apatah lagi cheesecake :) hi hi hi hi...

      Delete
  4. Goodluck to adik syuhada, moga aktif sampai ke sekolah menengah 💪😍

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. wah.
      aida dulu setakat main suka2 jer time skola menengah.
      ketinggian takde, so, biasa jadi wing jer la :)

      Delete
  6. Yaya baca pun tumpang rasa terkilan. Insya Allah next time ada peluang masuk padang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan... sgt terkilan. kesian tgk anak...
      tapi tu la, adat la kan. ikut tafsiran coach memasing.
      kita ibu ni, dok diam-diam kat tepi.

      Delete
  7. aduhai...kejam betul gambar burnt cheesecake tu..da banyak kali tengok da ni merata2...kene buat ke ape ni? ahhaha

    dulu main bola jaring juga zaman sekolah menengah, jadi GS..bole la lawan Syuhada kalo jumpa...ekekekeke

    ReplyDelete
  8. Nampak sedap burn cheese cake tu

    Takpelah dah terpilih wakil sekolah itupun dah terbaik.
    Keep it up dont give up. Masih banyak masa lagi untuk Syuhada bermain bola jaring tu.

    ReplyDelete
  9. Teringin nak cuba burnt cheesecake tu.. nampak menarik..
    buat Syuhada semoga satu hari nanti semua usaha Syuhada akan berbaloi.. aamiin..
    sebagai ibu rasa terkilan tu pasti ada..

    ReplyDelete

Blogging...
Blogwalking...
Thank You For Coming :)