Monday, February 25, 2019

Membawang !

assalamualaikum 😌
isnin muncul lagi. alhamdulillah...
diberikan sehari lagi menikmati kehidupan.
lewat ptg baru dpt update blog.
azan asar pun tgh berkumandang ni hah...
masih belum hujan di Melaka 😔😓 panas terik! Allahu Akbar.
awal pagi tadi, before ke skola, hidung Izzat berdarah. moga ok ok jer la dia di skola hari ni.
moga tak demam or apa-apa, kan...
nak share la citer.
Jumaat ptg yg lepas, satu kerja saya yg selesai ialah membawang!
bawang merah 2kg.
bwg putih 400g.

Membawang !
meleleh la jugak air mata di akhir-akhir keje 😢...

Membawang !
da siap kisar kasar-kasar.
tanpa air. tanpa minyak. bawang semata-mata 👍.

dikupas. dibersihkan. dihiris kasar. dikisar.
ni bakal memudahkan kerja masak-memasak saya utk tempoh 2-3 minggu.
bukan nak kata rajin masak 😅😅😅. kalau penyakit M.A.L.A.S tu dtg, hmmm beli luar jugak.
memandangkan masih lom bekerja, wajiblah memasak, kan utk keluarga.
lagipun jimat byk bila masak dan makan kat rumah ni.

ciliboh memang da standby tak kurang 2kg dlm freezer.
saya tak kisar sendiri.
order dari ofismet mr.asben. tak larat la nak menggunting cili kering.
alang-alang dah ada org yg menjual, elok plak tu, kita beli lah kan.
pagi tadi pun dah kirim another 3kg. alhamdulillah...

bawang merah.
bawang putih.
ciliboh.
3 bahan yg very the important bagi saya.
ada 3 bahan ni, byk lauk boleh dimasak. 
selain dari tu, yg wajib juga ada kat rak brg kering adalah santan kotak.
paling kurang, wajib ada 2 kotak jugak.

saya tak nak spend masa byk di dapur.
saya prefer spend masa byk makan-makan dgn anak-anak, berbual, dok tgk tv kat ruang tamu.
ni lebih penting bagi saya.

👌

16 comments:

  1. rajin la akak..saya time masak tu la baru membawang..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni bukan rajin ni, ciknor.
      akak cukup malas bila nak masak, nak kena kupas bwg, tau.
      hiris la, tumbuk la. melambatkan!
      buat gini, penat nyer sekali :) hi hi hi hi...

      Delete
  2. SA plak x suka blend..biasa bawang x kisah masak apa SA akan racik atau tumbuk..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada juga masakan aida yg hiris & tumbuk, SA.
      but mostly, akan guna yg blend ni.
      abah aida, dia tak suka bwk blend.
      nak ditumbuk or dihiris. abah kata, lain sedap nyer! org tua, kan :)

      Delete
  3. Ada masakan PC kisar ramuannya.Ada sesetengahnya hiris harus atau tumbuk.Tapi yang kisar PC pun buat macam ni..kisar buat stok.Nak masak tinggal ceduk je.Lagi-lagi kalau ada tetamu mengejut..sangat membantu dan kurangkan tergesa-gesa didapur.

    ReplyDelete
  4. tu dia.. membawang sampai berkilo-kilo

    ReplyDelete
  5. Yang paling sedih membawang merah
    Tak sah kalau tak nangis

    ReplyDelete
  6. tu dia..stok 2 3 minggu terus. kalau barang dah ready semua cepat je keje2 memasak.

    ReplyDelete
  7. aida macam mak kita la...suka kisar banyak2 letak dalam peti ais..kalo kita balik kampung nak masak, sungguh2 dia suruh pakai bawang n cili kisar dia...hahahah

    ReplyDelete
  8. hah senang dh siap kisar ni ye..nk masak tumis je

    ReplyDelete
  9. banyak membawang tu, memang memudahkan kerja kalau dah siap semua tu kan.

    ReplyDelete
  10. Rabia parte paling malas nak kupas bawang. Pedih mata tau

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu yg peruntukkan satu masa, mengupas nyer.
      sekali jalan pedih dan sedih :)
      then berminggu tak melayan pedih dan sedih tu, rabia hi hi hi hi...

      Delete
  11. Mudah kalau buat macam nie.. tinggal cedok dan tumis je.. tak payah nak mengupas, memblender or menumbuk lagi dah..

    ReplyDelete

Blogging...
Blogwalking...
Thank You For Coming :)

WAJIB MILIKI, KLIK SEKARANG UTK PILIH & BELI | SAYA KONSULTAN NARINAR MALAYSIA


Followers AdianiezDotCom | Thank you so much. Please leave a comment, I will follow u back.