Monday, February 04, 2019

Perempuan | Pat Pat Siku Lipat, Ini Ada 4 Nasihat

assalamualaikum 😊😊😊

hari ni hari yg busy. rumah penuh dgn famili. 2 mlm stay sini.
adik-beradik dari KL turun Melaka bercuti. Tahan Melawat Melaka 2019 kan.
sarapan pagi ni --> nasi lemak, sambal ikan bilis, telur dadar, timun.
tghari ni lunch besar kat Asam Pedas Pak Man. ptg nanti minum ptg, kuih nyer beli jer kot 😃.

short update la pagi ni.
sharing semoga bermanfaat.


**** **** **** ****


PERTAMA
Perempuan | Pat Pat Siku Lipat, Ini Ada 4 Nasihat

perempuan wajib belajar utk sygkan diri sendiri. belajar utk dahulukan diri sendiri. 
tanpa mengenepikan perkara asas seperti tanggungjawab terhadap suami, anak dan ibubapa.
bila sendiri bahagia, confirm kita boleh kembangkan aura positif tu di sekeliling kita. confirm kita boleh berfikir, bekerja dan bertindak dgn betul.
perempuan zaman sekarang sesungguhnya tidak boleh buang masa ke atas sesiapa yg tak menghargai kita dan yg tak layak menerima kasih sayang serta simpati dari kita.

utamakan diri kita. utamakan org-org yg sayangkan kita. curahkan kasih sayang pada sesiapa yg patut menerimanya. jgn membazir!
sampai bila kita asyik nak melayan org-org yg suka buat kita sakit jiwa, kan? tinggalkan, lepaskan, buang!
kita mesti melangkah ke hadapan. jgn sibuk nak toleh belakang!
yg lepas, jgn dikenang. mulakan semua fresh.

KEDUA
Perempuan | Pat Pat Siku Lipat, Ini Ada 4 Nasihat

'NO' is a complete sentence. ini semua kena faham.
tidak perlu dihuraikan.
perempuan mesti katakan 'tidak' kepada sesiapa saje sekiranya ia diperlukan dalam apa jua keadaan yg bersesuaian.
setiap keputusan yang kita buat, tidak memerlukan keizinan atau pengesahan org lain (terkecuali para isteri, dlm hal tertentu keizinan suami adalah wajib ye).
kita adalah diri kita. apa jadi, semua di atas bahu kita.
"a shoulder to cry on" konon. takde makna nyerrrr...
yakin dan berpegang teguh kepada prinsip diri sendiri. wajib tahu apa yg kita nak.
jgn sesekali katakan 'ya' di mulut sedangkan di dalam hati meronta-ronta menjerit 'tidak'.
kita kena telus dgn diri kita sendiri.
jgn simpan dlm hati. luahkan. then, buat pe patut.

KETIGA
Perempuan | Pat Pat Siku Lipat, Ini Ada 4 Nasihat

luangkan masa utk membaca. luaskan pengetahuan. jiwai watak yg berbeza. dgn membaca, yg jauh pun menjadi dekat. yg kabur boleh menjadi jelas.
ni la azam 2019 saya (tapi lom bermula 😆). membaca buku non-fiction. not so on novel, tak berminat.
nanti saya update. hunting for books dulu!!!
luangkan masa utk travel. buka mata, minda dan hati melihat tempat org, keadaan org, budaya org dan mcm2 lagi. jauh perjalanan, luas pandangan.

terutama bila kita dah berumur 40 ke atas. dah mula perlu adakan masa utk diri sendiri.
2 perkara ni adalah yg paling tepat bila dikaitkan dgn 'me-time'.
selain daripada melengkapkan bekalan utk akhirat, travel is something tak boleh diketepikan.
tidak lagi bersibuk-sibukan bekerja demi duit dan kekayaan semata-mata.
jiwa pun mesti kaya dan gembira 😏.
travel dgn suami & anak-anak tu adalah keutamaan la. 
then, buat plan dgn adik-beradik, kawan-kawan perempuan yg havoc... or berjalan sorang diri utk shopping, masuk kedai buku,...
tak semestinya jauh. spend 2-3 jam kat ikea pun dah kira perfect ber 'me-time' hi hi hi hi...

KEEMPAT
Perempuan | Pat Pat Siku Lipat, Ini Ada 4 Nasihat

selalu dgr kan, kehidupan ni umpama roda. berpusing. ada kala kita di atas, ada kala kita di bawah.
membawa makna, kita takkan selalu senang dan gembira.
akan tiba masa kita akan susah, sedih, kecewa...
sesungguhnya Allah tu Maha Penyayang dan Maha Adil. hanya akan menguji hambaNya sesuai dgn kemampuan.
bila kita di atas, beringat sentiasa. bersederhana. bersedekah. rendah diri. jgn terlalu mendongak ke langit hingga lupa bumi yg dipijak!
bila kita diuji, kekal positif dan berusaha meletakkan kembali diri kita di tahap yg selesa. jgn putus asa. berdoa dan tawakal kpd Allah.
kita sebagai seorang perempuan, tempatnya di dapur juga. betapa besarnya pangkat kita, tempat kita tetap di sisi suami, membantu dan menyokongnya.
yg keras, kita lembutkan.
yg keruh, kita jernihkan.
yg samar, kita jelaskan.
perempuan ni sebenarnya lebih kuat dari lelaki dari segi dalamannya.
sebab tu la, melahirkan itu adalah tugas perempuan, kan. sakit yg paling sakit.
maka, di kala suka dan duka, ada hikmahnya dan kita lalui dgn penuh rasa tawadhuk.


**** **** **** ****


😔😔😔
👉 byk melihat keadaan di mana perempuan menjadi mangsa keadaan.
mendgr kawan-kawan peguam sharie berkongsi tentang kes-kes mahkamah yg mereka bawa, Allahu Akbar! kita takkan sangka perkara sedemikian berlaku di dunia yg serba moden ni.
👉 sgt sedikit kesan kepada lelaki.
pernah dgr kan, lelaki ni tak luak pun kalau berlaku apa-apa.
perempuan yg byk merana dan menanggung malu selamanya.
👉 kita belajar dari pengalaman.
kita belajar dari kesilapan
samada terjadi kpd kita sendiri mahupun org lain. jadikan pengajaran.

😌

39 comments:

  1. seronoknya dapat berkumpul adik beradik, makan ramai-ramai, meriah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes. betul.
      sgt suka bila dpt berkumpul adik-beradik :)

      Delete
  2. Wanita..hargai semuanya.Bermula dengan diri sendiri.Sayangi.Syukuri.Paling penting berhati-hati.
    Terima kasih perkongsian.
    Selamat berkumpul bersama-sama keluarga.

    ReplyDelete
  3. W'salam adianiez Aida,
    Nice sharing.. Malangnya sebagai perempuan LZ dah membazir semua itu.. Selama ini selalu berkorban untuk orang lain hingga umur late 30 baru sedar bahawa pengorbanan selama ini sia-sia.. Now I'm happy dengan setiap tindakan yang diambil.. Exactly seperti apa yang dikongsikan di sini.. Ternyata banyak persamaan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan malang, LZ.
      setiap satu berlaku, ada hikmahnya.
      jadikan yg lepas sebagai kekuatan di masa depan.
      yg pahit tu, lama2 dikenang pasti akan manis akhirnya...

      Delete
  4. good sharing...betul sesangat...sayangi diri sendiri dulu, baru lepas tu kita boleh sebarkan aura positif utk org2 sekeliling kita...

    ReplyDelete
  5. thanks kak aida untuk 4 nasihat ni, berguna sangat! Tak ada yang boleh bantu kita selain dari diri kita sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sgt betul tu, farhana.
      kita mesti kuat kan hati kita dulu.
      perbaiki diri. bantu diri sendiri.
      then, pasti ok.

      Delete
  6. Semuanya sy setuju.. kita pempuan kena jd selfish jugak utk diri sendiri

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita positif, baru boleh sebar aura positif ke persekitaran.

      Delete
  7. Perkongsian yang bagus Aida.. Sha mula belajar yang pertama dan yang kedua tu.. Rasa hidup lebih bahagia dan tenang bila kita tahu bila nak cakap Tidak dan bila kita mula meluahkan apa yang kita rasa.. Bukannya memendam rasa selalu.. Yang ketiga tu memang dah buat lama.. Sentiasa usaha untuk ada me time dengan membaca.. Dah jadi minat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memendam ni tak elok, Sha.
      sakit hati. dendam berpanjangan.
      ada kala, fitnah pun berleluasa dek krn salah sangka yg dipendam.
      luahkan lebih baik.
      at least kita bakal dpt info yg betul.
      hati pun legaaaaaa...

      Delete
  8. eeyh betul tu..!! we have to love n appreciate diri kita sendiri dulu. kalau kita x buat.. macam mana ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan?
      sayang diri.
      baru la dpt sayang org lain dgn lebih baik.

      Delete
  9. Wanita memang sangat istimewa... Memang perlu dijaga setiap dirinya dan keluarganya. Alhamdulillah... Semoga kita sama-sama menjadi wanita yang solehah dan baik segalanya

    ReplyDelete
  10. wah kemain siap berpantun. padu entry ni banyak unsur nasihat . tq for sharing

    ReplyDelete
  11. Wanita ni walaupun nampak rumit, complicated orang kata, tapi ianya juga seorang yang kuat dari luar dan dalaman.
    Apa pun, kita sebagai wanita, perlu hargai setiap inci yang ada ada diri kita.

    ReplyDelete
  12. cukup deep entri ni, dah macam pakar motavasi online gituh. semoga kita dapat apply sama-sama tak kisah wanita atau lelaki. masing-masing kan saling memerlukan

    ReplyDelete
  13. Good sharing Aida..bukan sennag nak jadi wanita kan..wanita sentiasa diuji dengan tanggungjawab besar..jadi perempuan x boleh lembik...kena kuat untuk diri sendiri dan keluarga..

    ReplyDelete
  14. agree on what you mentioned here. Life has up and down just last week I lost two people 1 is classmate 1 is uncle. both has passed away so suddenly. I can never forget them..
    being woman is not easy but most important love yourseld.

    ReplyDelete
  15. nice sharing. setuju sangat dengan semua yang dinyatakan. perempuan ni susah sikit. jenis yang suka simpan sendiri asalkan tak kecikkan hati orang. penat tapi masih mampu buat itu ini.

    ReplyDelete
  16. hi sis..setuju dengan kata-kata sis..hanya wanita akan memahami wanita,good job sis,teruskan dengan share benda dan kata2 yang baik-baik.

    ReplyDelete
  17. Thank you for sharing these inspirational quotes. I believe we need to be positive and be happy . try to keep ourselves positive will help in many ways in our life.

    ReplyDelete
  18. walaupun saya lelaki saya setuju. eh hehehe. apapon terima kasih atas perkongsian.

    ReplyDelete
  19. Very useful information. Thanks for sharing. Yes, self love should be our priority.

    ReplyDelete
  20. hmmmm...lifw full ups and down..selalu kita berada dalam situasi ni...tapi as perempuan walaupun dia ada macam mood toink sikit tapi dia jenis yang tak putus asa...dan cepat juga bangkit

    ReplyDelete
  21. Betul sis. Saya setuju point yang kena sayang diri sendiri. Walaup apa pun yang kita buat, make sure kita happy.

    ReplyDelete
  22. memnag sanagt berguna 4 nasihat ni kak..kadang-kadang kiat lupa apa yang berlaku di sekeliling kita

    ReplyDelete
  23. Wahhh, berkumpul adik beradik memang syok! Kitorang selalu berkumpul time musim perayaan aje la.

    ReplyDelete
  24. Bak kata orang putih 'You can never truly love anyone else unless you love yourself first' and 'when you are down, the only way is to go up'. Good quotes and sharings.

    ReplyDelete
  25. Pepagi baca madah indah dan pembakar semangat cenggini, rasa bertenaga nak jalankan aktiviti harian.. AM sangat setuju dgn setiap huraian awak nie

    ReplyDelete
  26. seronok dapat berkumpul ramai2 dengan keluarga.

    Kena sayang diri sendiri dulu baru kita boleh sayangkan orang lain, macammana nita nak sayangkan orang lain kalau diri sendiri pun kita tak sayangkan

    ReplyDelete
  27. Women empowerment! Entri yang bagus utk saling mengingati. Bagus.

    ReplyDelete
  28. Mmg byk cabaran sbg seorg wanita dan mama ni. Empowerment and support women always!

    ReplyDelete
  29. How true.. nasihat yg baik to for sharing

    ReplyDelete

Blogging...
Blogwalking...
Thank You For Coming :)

WAJIB MILIKI, KLIK SEKARANG UTK PILIH & BELI | SAYA KONSULTAN NARINAR MALAYSIA


Followers AdianiezDotCom | Thank you so much. Please leave a comment, I will follow u back.