Thursday, July 04, 2019

Door To Door Ebit Lew | Beranikah Anda?

assalamualaikum 😊

alhamdulillah. Melaka 2-3 hari ni, hujan renyai-renyai.
sejuk!
nyaman...
indah.

dlm pada memandang kosong kat luar tingkap tu hah, tetiba terkenangkan ulangan program Door To Door Ebit Lew yg baru saya tonton pepagi tadi.

Door To Door Ebit Lew | Beranikah Anda?

ustaz Ebit mendekati satu grup - golongan yg menjalankan hubungan sejenis dlm satu pusat karaoke di KL.
before ustaz Ebit masuk ke pusat karaoke tu, ada dia kata yg dia agak gabra 😅.
yes. bersongkok & berjubah, tetiba ketuk pintu salah satu bilik di pusat karaoke. ko ghase???
takut ke tak takut?
we can never know what type of person yg ada dlm tu, kan... aduhai.

beranikah anda nak ketuk pintu tetiba gitu, kan?
namun, tu la namanya berdakwah. tak kira tempat. 
dan cara ustaz Ebit mendekati golongan tersebut, amat baik. gaya bahasa yg amat lembut.
bukan cara ustaz-ustaz. tapi masukkan diri dlm keadaan mereka.
menasihati tidak sgt menggunakan terma-terma agama. namun, menggunakan bahasa mereka.

bukan mudah kita nak buat org mengaku perkara paling buruk yg telah mereka lakukan.
bukan mudah kita nak korek rahsia org lain tanpa kenal sape mereka.
namun, program Door To Door Ebit Lew ni amat santai. mereka bercerita, ustaz nasihat, gelak ketawa dan akhirnya muhasabah diri.

ustaz Ebit mendekati mat-mat motor, mak nyah, remaja yg melepak...
satu usaha dakwah yg amat bagus. golongan yg benar-benar memerlukan nasihat dan pertolongan.
jgn berfikir bahawa berdakwah hanya bila diorang masuk ke masjid atau tempat-tempat ceramah.
bila ia dilakukan dgn paksaan, keikhlasan tu takde. masuk telinga kanan, keluar telinga kanan.
rugi!!!
dekati mereka di tempat mereka.
dalami hati mereka di suasana mereka.

👍👍👍

perkara sebegini amat bagus diikuti oleh semua org.
berdakwah ni tak semestinya dlm konteks agama, tapi dlm semua lapisan kehidupan.
antaranya, di antara bos dan anak buah di pejabat.
anak buah bermasalah, pertamanya bos perlu tahu apa masalah dia. jgn terus dimarahi, jgn terus diberikan surat tunjuk sebab atau digantung kerja. ni contoh jer lah 😅.
berkomunikasi.
interaksi.
yg pasti dgn cara yg sgt efektif utk menyelesaikan masalah 😊😊😊.

tahniah ustaz Ebit Lew dan team Astro Oasis.
program ni harus diteruskan selamanya. berdakwah tanpa sempadan!

satu nasihat ustaz Ebit yg saya nak share di sini...
"apapun kita buat. siapapun kita. solat! jgn tak solat! itu tiang hidup kita sbg org Islam. itu akan hindar kita dari terus buat jahat. dan, lepas solat, jgn lupa doa. doa. doa."

👌

6 comments:

  1. Syaza suka sangat Ustaz Ebit Lew. Lemah lembut, asyik senyum je :)

    ReplyDelete
  2. Yup.. solat tu sangat penting.. biar terpaksa, kena juga buat..

    ReplyDelete
  3. yelah dulu kita muda-muda lain selalu lalai, tapi ni dah meningkat usia rasa dah ke arah tu lebih. yg penting jaga solat dulu. tq sama2 mengingati ;)

    ReplyDelete
  4. Suka gak tengok rancangan ustaz ni

    ReplyDelete

Blogging...
Blogwalking...
Thank You For Coming :)

WAJIB MILIKI, KLIK SEKARANG UTK PILIH & BELI | SAYA KONSULTAN NARINAR MALAYSIA


Followers AdianiezDotCom | Thank you so much. Please leave a comment, I will follow u back.