assalamualaikum 😊

Happiness Comes In Waves | 15 Tahun 11 Bulan

sementara kerja belum menerjah pintu, boleh la blogging.
lom lagi ada dateline.
lom lagi ada meeting berderet-deret.
kelak nanti dah gitu, bakal sepi lah laman ni kot 😅.

23 Julai 2019.
genap dah usia perkahwinan saya 15 tahun 11 bulan.
anniversary nyer next month - 16 tahun 😲. alhamdulillah...
dikurniakan 3 org anak yg sihat sempurna akal & fizikal.
kecukupan segalanya di dunia ni - hati senang.

happiness comes in waves... 100% betul.
terkenangkan fenomena tsunami. ombak yg dtg setinggi bangunan 3 tingkat!
sekali dia membelasah bumi, habis segalanya disedut diambil...
muka bumi menjadi rata... sepi... sunyi... kosong...
kemudian, dipulihkan semula. melengkapkan apa yg harus dilengkapkan...

gembira...
tetiba sedih.
bahagia...
tetiba sepi.
indah...
tetiba kecewa.
standard lah kan. kaya atau miskin, alam perkahwinan memang gitu. duit takkan meletakkan bahagia melekat kekal di situ.
diuji dgn mcm2 perkara.
tapi at the end, kembali happy. tak la selesai mana pun masalah / ujian tu...
tapi dilupakan tanpa diselesaikan 😄. life goes on.
lebih byk perkara penting yg perlu kita handle sebagai org dewasa, sebagai ibu / ayah.

Happiness Comes In Waves | 15 Tahun 11 Bulan
gambar candid raya terbaik 😆😆😆.

takde tips pun! ha ha ha ha...
lalui jer hari-hari tu dgn biasa-biasa je, jgn fikir byk2. apa yg dtg tu, kita redah.
tak boleh tidak, kan. tak boleh elak.
tu yg ada org, menangguhkan perkahwinan. "tidak sekarang, nanti..."
"bila?"
"ntah... in shaa Allah..."
ada la tu yg difikirkan. ada la tu yg diinginkan terlebih dahulu. ada la tu yg nak diselesaikan dahulu.
"takut dgn alam perkahwinan?"
tak lah pada saya. "kenapa nak takut? berkahwin tu sunnah rasulullah..."
cuma kesediaan tu belum ada. bertangguh bukan membawa maksud tidak mahu 😉.

Happiness Comes In Waves | 15 Tahun 11 Bulan

pada saya, berkahwin ni sesuatu yg melengkapkan kita.
ada pasangan. ada zuriat. 
menjauhi maksiat semestinya...
lain-lain hikmah tu, along the way, kita cari la slowly.

😌😌😌