assalamualaikum 😊
bersiaran di mlm Isnin. esok da start keje.
anak-anak skola.
Syuhada akan bermula peperiksaan percubaan UPSR esok.
tu hah dia sedang membaca santai buku kompilasi karangan BM.

siang tadi, alhamdulillah, dimurahkan rezeki, dpt lah kami sekeluarga makan durian.
sebelum ni saya da makan, mr.asben da makan, tapi tanpa anak-anak.
hmmmm sgt tak best bila mana kami makan sedap, diorang tak dpt merasa.
sgt tak best!
diorang bukan la pemakan durian sgt pun sebenarnya. tapi, hati saya tak keruan jugak.
saya cadangkan, before hantar kak Nurin balik asrama, singgah la jap makan durian 😀.
tq mr.asben yg meluluskan cadangan saya.

gerai kampung je.
di jalan dari Bkt Katil nak ke Tehel.
kami pun tak mencari durian yg berjenama 😅. durian kampung pun kami on jer.

Makan Durian Musang Queen | Sedap & Murah
hmmmm bergambar bukan main happy.
tapi seulas pun Izzat tak makan. dia tak nak merasa pun.

Makan Durian Musang Queen | Sedap & Murah
ni durian cincin nama diberi.
kami beli 2 biji. rupa tak brape nak anggun, comot aje kan rupa paras isinya.
tapi sgt sedap 👍. rasa sgt la tak mengecewakan. byk plak tu, kecil-kecil. puas makan.

Makan Durian Musang Queen | Sedap & Murah
hah ni la dia durian musang queen.
beli 2 biji juga. kecil-kecil jer buah nyer tapi isi 👍👍👍😋😋😋.
isi nyer tebal. biji nyer kesep-kesep. puas makan. kenyang!!!
sehinggakan kak Nurin & Syuhada surrender - tak nak lagi dah 😅😅😅.

Makan Durian Musang Queen | Sedap & Murah
ni musang queen tapi kekuningan isinya light skit.
tapi ketebalan isi dan kekesepan biji masih sama. terbaik 😋.

pelbagai dah nama durian. hari ni kami makan durian cincin & musang queen.
durian pun ada king nyer, queen nyer 😂😂😂.
tak tanya plak kenapa nama gitu. kami ngap jer lah. yg pasti durian is rasa durian.
jgn durian rasa epal dah ler kan...

😍 puas hati.
4 biji durian yg sedap dan 3 gelas air kelapa yg sungguh menyamankan = RM63.
nikmat pe lagi yg nak kami dustakan 😌😌😌.
kalau ada rezeki, next Sunday pun kami nak lepak makan durian sini lagi. berbaloi!
keluar dari gerai tu dgn senyuman yg amat lebar.

😉