Tuesday, July 23, 2019

Menu Makan Malam | Sardin, Ikan Bilis & Timun

assalamualaikum 😊

hu hu hu jam dah pun kul 12:21 pagi.
mata ni hah da ngantuk, tapi batuk terok nih!
sampai terasa nak terkucil tiap kali batuk πŸ˜“πŸ˜“πŸ˜ž. aduhai... stress!
adakah esok nak kena gi klinik semula???
aduhai...

hmmmmm kongsi lah pe yg saya masak tadi utk dinner.
sampai rumah lebih kurang jam 5:30 ptg.
dalam kereta siap-siap dah bagi arahan kat anak-anak berdua tu.

"kak Syuhada, sampai rumah nanti awak solat Asar dulu. then terus tolong ibu angkat baju kat ampai. settle tu, tolong ibu siram pokok kat laman ye."

"Ijat. sampai rumah terus gi kencing dulu tau. lepas tu tolong kak Syuhada siram pokok. boleh?"

diorang ye kan aje arahan saya.
mana kan boleh ingkar... hi hi hi hi πŸ˜€...
saya pulak nak terus memasak. Asar pun lom solat lagi 😩  πŸ˜Ÿ.

da tau dah pe nak dibuat.
masuk jer rumah, terus saya meluru ke dapur. keluar kan pe patut...
few minutes lepas tu, mr.asben pun sampai dgn motor legend nyer.
and, dia pantau lah anak-anak di laman 😊. bantu saya jugak angkat baju di ampai .πŸ’œπŸ’œπŸ’œ

Menu Makan Malam | Sardin, Ikan Bilis & Timun
sardin goreng jer uolls...
nak di highlight kan bahawasanya cili padi tu adalah cili padi dari laman saya tau 😍.
da tanam, nak masak, petik jer dari pokok brape yg perlu. i like!

Menu Makan Malam | Sardin, Ikan Bilis & Timun
sambal goreng ikan bilis.
hu hu hu mesti ada yg kata, "ya Allah πŸ˜³ 😳 😳, byk nyer minyak!!!".
saya sejenis yg tak boleh guna minyak sikit bila buat sambal. dan saya tak pernah recycle minyak. a big NO lah... minyak baru.
kalau tak nampak minyak terbit dgn cantik, sambal warna merah menyala, saya rasa sambal saya tak menjadik.
moreover, saya memang akan masak lama dgn api yg perlahan agar sambal ni tahan for 2-3 hari.
nak kena bebetul masak. sekian tips utk masak sambal πŸ˜‰.

Menu Makan Malam | Sardin, Ikan Bilis & Timun
ulam timun jepun jer...

another tips, ikan bilis utk sambal tu, saya goreng guna air fryer.
suhu 180 dan masa ialah 15 minit. rangup cantik!
then, terus masukkan dlm sambal.

selesai masak lebih kurang jam 6:20 ptg.
alhamdulillah.
syukur atas nikmat masa dan ruang boleh masak utk famili.
usaha utk masak tiap hari, if takde pe aral melintang.
tiba time tak sempat or tak brape rajin, beli aje kat kedai hi hi hi hi...

πŸ˜‰πŸ˜‰πŸ˜‰

31 comments:

  1. Aida. Pergi klinik ya. Cek up lagi. Seksa tau kalau batuk sampai terkucil. Nak solat lagi :(

    Pergi ya.

    Sedap tu menu sardin. Makan ulam timun pula. Ruby suka jugak. Hee.

    Terima kasih ya sudi like post Ruby di fb siang tadi.

    #takecare

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes. tghari skit nanti nak ke klinik.
      beli ubat batuk. time solat memang kena hati2!
      time tu la yg paling stress, kan aduhai.

      Delete
  2. Bangga tengok isteri dan ibu yang bekerja. Balik keja. Masak dan mengemas. Semoga Allah merahmati segala keja yang Aida buat ya. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la, ruby.
      mengharapkan semua yg Aida buat ni membuahkan pahala.
      memang ikhlas.
      selain dari jimat, air tgn kita tu yg penting, kan.

      Delete
  3. Sha doakan semoga Aida diberi kesembuhan.. aamiin..
    sedapnya lauk walaupun simple je..
    seronok bila berbudi dengan tanah kan Aida.. Nak masak, petik je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la cita2 aida, sha.
      nak mencari anak pokok bendi jer ni.
      lom berjumpa.

      Delete
  4. Sedapnya lauk Ni mmg sedap.. mama pun Kalau masak guna byk minyak

    ReplyDelete
  5. Batuk2 tak elok tau makanan berminyak. Saya tau Aida share dan saje up terbangun. Cuma, saya imagine yang Aida terasa nak makan sambal ni kan sambil batuk2. Boleh plak bayangkan. Haha sedap tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes. aida faham concern nhazla :) tq so much.
      aida x makan sambal bersama minyak nyer.
      amik secebis. selebihnya makan sardin :) dgn timun.
      rumah aida ni, x bersambal, kurang laju makan masing2.

      Delete
  6. Kak memang suka makan ikan sardin tapi family kurang suka kecuali masak kari. Ikan sardin akan menjadi produk makanan harus dalam simpanan sebab bila nak cepat dan malas ke pasar ambi je tin sardin dan masak haha...teringat masa kat luar negara sardin lah yang paking sedap dimakan dgn terutama bila susah nak cari kedai makanan halal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wajib ada setin kat rumah aida, kak.
      lauk di saat keputusan brg basah :)
      sedap gak tu masak kari. aida biasa goreng gini dgn halia & asam jawa..
      ataupun buat sambal sardin.

      Delete
  7. Sambal umis memang kena minyak membanjiri baru nampak cantik. Kalau tak cukup minyak rasa tak menjadi je sambal tu. Hahaha

    ReplyDelete
  8. Semoga cepat sihat ya. Kalau lapar kena masak gak. hehe. Terima kasih share gambar untuk Naim terliur hehe. (melawak ja ) :)

    ReplyDelete
  9. Sedapnye menu. Favourite tu sardin. Ikan bilis lagila sedap makan rangup-rangup. Mudahkan ada air fryer ni. Marina takde lagi air fryer..hihi

    ReplyDelete
  10. cepat sihat ya.. Sedapnye menu. Ikan bilis favourite, sardin n timun kombinasi best

    ReplyDelete
  11. sis kalau makan sardin memang suka berulamkan timun..makan ngan nasi panas2 ..nikmat sungguh kannn

    ReplyDelete
  12. siapa yang suke dengan menu sardin kan, makan plak dengan nasi panas-panas siap plak telur dadar ermm memang sangat-sangat awesome lah

    ReplyDelete
  13. sedap sgt nih... sempat lg masak sampai banyak lauk nih.... rajin2

    ReplyDelete
  14. Menu simple camni memang sedap makan! Pulak2 nasi panas2, perghh mertua lalu belakang pun tak nampak

    ReplyDelete
  15. Alamak, maknanya sambal tumis Atul tu sikit minyaklah, jenuh nak tunggu pecah minyak. tak puas hati juga bila tak berminyak. hehe Jadi, lepas ni nak masak sambal kena letak lebih minyak.

    Lauk sadin, makan dengan nasi hangat-hangat tak sedar bertambah nasi. hehe

    Cepat sembuh ya Aida.

    ReplyDelete
  16. menu simple ni tapi kalu makan time hujan fuh sedap sampaj habis nasi satu pinggan. Suka sambal ikan bilik tu, sedap tengok.. harap-harap Aida cepat sembuh ya.. get well soon!

    ReplyDelete
  17. Saya kan sebenarnya kan, tak reti masak sardin. Huhuu. Saya tak suka sangat makan sardin ni sebab bau dia kuat sangat. Bila dah kawen ni, baru tahun ni saya masak sardin sebab ada stok sardin dalma tin dekat rumah. First time masak, memang tak sedap. Makan tak sampai seketul sorang pun pastu buang je sebab tak sedap. Second time masak baru lah habis. Itu pun extra yang tak habis, buat roti sardin

    ReplyDelete
  18. ah I like your simple yet comfort food dinner. I love to eat sardin too. best pair with roti kan hahaha. time to get myself some too

    ReplyDelete
  19. sedapnya! lauk simple macam ni pun sebenarnya dah mencukupi. haha saya lagi suka lauk yg macam ni drpd makan makanan fast food & sebagainya. :) terima kasih share ya

    ReplyDelete
  20. Perghhh sedap betul tengok sambal sardine n ikan bilis tu. Kalau makan gan nasi lemak ni sure tak bangun bangun ni..sb kekenyangan makan banyak..hahaha.
    Apa2 pun moga cpt sihat ya. Jaga makan tu :)

    ReplyDelete
  21. sis sndiri pun dok demam selsema.. musim skrg ni.. kena banyak minum air banyak-banyak.. by the way menu yg di masak tu adalah menu yg sama time sis betul2 nk cepat n x larat.. sbagai contoh baru sampai dr kampung so wat sardin telur dadar je la jawabnya.. paling penting sedap makan n kenyang.. moga cepat baik ye.. take care

    ReplyDelete
  22. Mmg best biarpun lauk tu simple. Pembuka selera bila tengok sambal. Janji masak sendiri memang puas hati. Biarpun sederhana sahaja laik pauk nya

    ReplyDelete
  23. makan macam ni pun dah sedap ye kak..allahu..menambah la kan..hehehe..lagi sardin tu..kalau dibuat sambal aummm

    ReplyDelete
  24. sardin tu mkn ngan nasi panas2...ltk kicap ada plak telur dadar2 yummmyyy

    ReplyDelete
  25. Rabia first time makan sardin tau . Tu pun kwn satu kolej yg masak sardin tu utk rabia

    ReplyDelete
  26. A wife who cooks even after working is a very great wife and mother. Salute. :)

    ReplyDelete

Blogging...
Blogwalking...
Thank You For Coming :)

Followers AdianiezDotCom | Thank you so much. Please leave a comment, I will follow u back.