Saturday, July 13, 2019

Taman @ Kebun Mini Di Tepi Rumah | Izzat Rajin Menyiram Pokok Di Laman

assalamualaikum.
salam sejahtera...
selamatlah utk kita semua menjalani hari ini 😍.
berjaya dgn apa jua yg diusahakan.

dah pun separuh hari di hari Sabtu yg ceria.
pagi-pagi ni kak Nurin bertuisyen dan Syuhada ada skola tambahan UPSR.
ibu & Izzat di rumah saje.
done masak tumis berempah ayam. masukkan kubis dlm tu sekali.
ada juga masak sayur campur.
cukuplah utk kami berlima hingga ke dinner 😃.

satu lagi kegembiraan saya di rumah baru ni, cita-cita tercapai, adalah dpt mewujudkan satu taman @ kebun mini di tepi rumah.
ruang tanah di tepi rumah kami tak begitu luas, tak dpt lah nak menanam pokok mangga ke, pokok jambu air ke, apatah lagi pokok manggis atau rambutan.
tidak sesuai. hanya ada lebar 14' x panjang 70'. tu pun termasuk beranda rumah di tepi tu kan.

laman tepi di sebelah belakang sudah saya simenkan sepenuhnya.
sekarang jadi ruang menyidai baju.
sudah ada perancangan utk ruang tu. bajet sedang dijana utk merealisasikannya 😎.
in shaa Allah.

da apply dgn mr.asben agar berikan ruang sejemput di tepi beranda rumah utk saya bercucuk tanam (gitewwww!). application diluluskan!
perancangannya, bila buka je sliding door, nampaklah pokok-pokok hijau dan bunga-bunga penyeri mata.
thinking of nak beli pokok kenanga. biar harum semerbak 😍.

Hobi Baru Izzat | Menyiram Pokok Di Laman

Hobi Baru Izzat | Menyiram Pokok Di Laman

Hobi Baru Izzat | Menyiram Pokok Di Laman

pantanglah tgk saya memegang bekas penyiram pokok tu.
dia nak jugak. so, saya akan beri peluang kat Izzat. boleh la menjadi pembantu 😄.
siap-siap Izzat akan bagi report, "ibu, pokok ni da tambah bunga""ibu, pokok ni da beranak", "ibu, pokok ni da tinggi"...
😆😆😆

setakat hari ni, semua pokok hidup segar.
disiram setiap hari.
dibubuh baja sebaiknya ikut sukatan dan waktu yg disarankan.
ada pokok berbunga dan juga pokok sayur / makanan.
baru nak mencuba menanam-nanam. tiada pengalaman. ntah kan tangan panas ke tangan sejuk 😄.
now, hunting for pokok bendi dan ulam raja.
masih belum jumpa di few nursery berdekatan. nanti nak kena spend masa ke pasar besar Melaka tu.
pasti ada.
tanam yg biasa guna di dapur.
tanam yg memang utk makan fresh.
as for serai, daun bawang dan daun sup, akan try tunaskan dulu di dapur.
3 ni pun penting, kan. pewangi makanan dan penyedap rasa 😍.

Hobi Baru Izzat | Menyiram Pokok Di Laman
sedikit ruang tanah di bahagian hadapan. bersebelahan garaj kereta.
kosong. dibersihkan dari semasa ke semasa.
sudah ada perancangan masa depan 👌.

menjadi pekerjaan sampingan la saya mencabut rumput-rumput liar.
sikit-sikit melayan rumput. bersihkan. agar tak semak!!!
menjadi senaman juga tau. boleh la keluarkan peluh... 😄
doakan misi taman @ kebun mini saya sukses ye, kawan-kawan.
jgn lah hangat-hangat tahi ayam kan 😆 ha ha ha ha ha...

👋

26 comments:

  1. wah..bestnya kalau rumah ada tanah..sikit pun jadi lah

    ReplyDelete
  2. Best rumah kalau ada ruang halaman untuk bercucuk tanam.

    ReplyDelete
  3. Buat taman mini, ada kolam ikan koi, ada air terjun pasti best

    ReplyDelete
  4. Teruja Izzat ye..memang best bila tengok tanaman kita mengeluarkan hasil..walau sekuntum bunga..itu pun dah bahagia sangat.

    ReplyDelete
  5. waa bagusnya rajin nk bercucuk tanam kat halaman luar tuu hehe, mesti cantik hasilnya tu nnt. Pandai dan bagus ank bujang tu, rajin dia nk tlg mak dia hehe.

    ReplyDelete
  6. Bestnya! Menjadi satu impian cx juga ntk ada kebun sendiri. Tak kisag mini ka apa ka. Nak juga ada. Benda² asas mcm daun kunyit, halia, ulam². Sennag nak masak, petik je. Then suka tnm pokok yg ada hasil. Hehhe pandai dan rajin izzat tolong berkebun. Good boy

    ReplyDelete
  7. Alahai rajinnya Izzat! Bagus juga ada taman tu selain hobi, boleh ajar anak untuk berbakti kepada tanah juga. Good idea sebenarnya ada taman tak kisahlah kecil sekalipun. Rasa tenang je bila tengok bunga-bunga dan daun-daun hijau ni. Orang kata, therapeutic! Hihi.

    ReplyDelete
  8. Cantik and kemasnya taman tu. Julia punya tanah yg sekangkang kera kat belakang rumah tu, adoi.. semak selalu. penat nak tebas.

    ReplyDelete
  9. bestnya boleh bercucuk tanam. Iza pun teringin nak tanam pokok bunga cantik-cantik dekat rumah. tapi kawasan rumah iza tak ada tanah. semua simen. tanam dalam pasu je la nampak gayanya.

    ReplyDelete
  10. Bestnyaaa ada tanah besar tepi rumah. Seronok camni kan? Aktiviti pun terisi dengan family. Hehe

    ReplyDelete
  11. Kemasnya kebun mini Aida! Bila tengok camni, Nad pulak yang teringin nak ada kebun mini haha. Tapi takut hangat-hangat tahi ayam jela. Nanti la tunggu dah pindah ke rumah yang lebih proper baru bercucuk tanam sikit heheh.

    ReplyDelete
  12. Seronok tgk hasil tanaman sendiri Kan. Mama pun sejenis tgn panas sebab tu tanam polo yg tahan lasak je

    ReplyDelete
  13. bagus ni. aktiviti yang sangat bagus. bukan sahaja keluarkan peluh, tapi juga mencantikkan rumah. Nanti dah berbunga, akan rasa penat lelah sangat berbaloi

    ReplyDelete
  14. wah bagus betul. paling tidak ada benda yang boleh dibuat untuk isi masa lapang kan.

    ReplyDelete
  15. Seronoknya dapat pembantu kecil ni! Mouse mommy pun suka berkebun terutamanya herbal. Yang suka sekarang ialah pokok bunga telang, buat makan atau minum pun sedap dan berkhasiat. Sis blh cuba tanam jugak.

    ReplyDelete
  16. Bagusnya dia, tolong siram pokok tepi rumah. Bukan semua budak macam ni. Baguslah ajar dari kecil.

    ReplyDelete
  17. Cantiknya pagar rumah, kalau kebun mini dah lengkap mesti lagi cantik kan? I pun ada buat jugak kecil-kecil macam ni, tapi tak banyak lagi pokok. Anak pun dah pandai nak tolong-tolong siramkan. Lama-lama rasa seronok pulak berkebun ni.

    ReplyDelete
  18. Bestnya la bercucuk tanam gini. Ajak anak2 sekal tu bagus sebab ajar dia agar berbakti pada bumi.
    Rawlins terbukti tangan panas so nak jaga kaktus pun mati hahaha.

    ReplyDelete
  19. awww comel je izzat siram pokok bunga akak! Dah la cantik, geram je tengok. Bagus untuk development skills dia jugak kan kak.

    ReplyDelete
  20. Cantiknya kawasan tanaman Aida.. InsyaAllah pasti menjadi..

    ReplyDelete
  21. Rajinnya buat kebun mini seronok klu tanaman menjadi kak dulu rajin tanam bunga tp sejak dah xda ruang nk ltk bunga

    ReplyDelete
  22. insya allah...once dah start berkebun nnt, tgk pokok dah berbunga banyak...dah mula ralit... berbudi pada tanah kan... ;-)

    ReplyDelete

Blogging...
Blogwalking...
Thank You For Coming :)