Friday, August 16, 2019

Blogger Challenge No 15 | Five things you hope to have in your future

assalamualaikum 😊

kita ni sentiasa byk kehendak, kemahuan, keperluan dari semasa ke semasa.
semua akan tertakluk kepada masa dan waktu, kecukupan kewangan dan kestabilan pekerjaan.
secara asasnya, no money no talk kan.
pe yg nak diimpikan sekiranya hidup tak stabil.

as at now, boleh dikatakan perjalanan hidup saya adalah ok 👌 perfect.
  1. kereta milik saya ✔
  2. kereta milik mr.asben ✔
  3. rumah milik mr.asben ✔
  4. rumah milik saya ✔
  5. makan cukup ✔
  6. pakai cukup ✔
  7. savings pendidikan anak2 & savings hari tua ✔ (boleh la dikatakan on track)
  8. nak jalan-jalan cari makan. nak holiday ✔ (anytime)
  9. kami sekeluarga 👉 sihat walafiat ✔ sempurna akal ✔ sempurna fizikal ✔

moga Allah buka pintu rezeki kami seluas-luasnya, kurniakan rezeki yg halal dan berkat. nikmat beragama, kesihatan dan akal yg sempurna sentiasa. jauh dari malapetaka, kemalangan dan segala penyakit. aminnn...

but, utk menjawab challenge ni, ni lah dia 5 perkara tu :

1. anak-anak saya dapat grad Universiti dgn cemerlang, Anugerah Dekan di peringkat Ijazah. ni step wajib bagi kehidupan mereka yg stabil.

2. before saya dan mr.asben berumur 50 thn, kami dapat jemputan menunaikan haji 😌. moga jemputan itu kami dpt sewaktu kami masih sihat 100% dgn kecukupan wang yg saya target.

3. pada tarikh saya dan mr.asben pencen wajib, kami dapat free 100% from hutang. semua jenis hutang. mempunyai freedom of life tanpa apa-apa cagaran. 

4. moga saya dan mr.asben dapat menjejakkan kaki, holiday sama-sama, berdua-duaan or bersama anak-anak, ke luar negara, seluruh pelusuk dunia. ni takde la target masa. anytime from now 😌😌😌.

5. yg last ni is apa yg saya nak tapi bukan utk kepuasan diri saya sendiri. ia adalah utk kepuasan anak-anak saya bertiga & abah emak saya. moga abah emak saya panjang umur & sihat dan dapat lihat dgn mata mereka sendiri anak-anak saya grad di peringkat Ijazah. sesungguhnya, bagi abah saya, pelajaran is always no 1 in life. kalau call dia, berckp dgn cucu-cucu, dia akan tanya tentang sekolah dan exam. kalau kami tak dpt nak balik kampung atas sebab cucu-cucunya tuisyen or sekolah, abah akan ok. so, masuk Universiti and lulus adalah hadiah teristimewa utk Atok Uwan 😌😌😌.

Blogger Challenge No 15 | Five things you hope to have in your future
😊😊😊
aminnnn ya Rabbal alamin...

Blogger Challenge No 15 | Five things you hope to have in your future

5 comments:

  1. Aaminnn..semoga Allah kabul segala yg Aida inginkan.

    ReplyDelete
  2. Aaminn.. YRA
    Semoga tercapai apa yang direncanakan.

    ReplyDelete
  3. Semoga Allah makbulkan segala yg akak inginkan

    ReplyDelete
  4. Aamin semoga dipermudahkan urusan akak dan family..

    ReplyDelete
  5. Aamiin.. Aamiin.. Semoga semuanya berjaya dicapai..

    ReplyDelete

Blogging...
Blogwalking...
Thank You For Coming :)

Followers AdianiezDotCom | Thank you so much. Please leave a comment, I will follow u back.