Wednesday, August 28, 2019

Pesan Cikgu Kepada Ibu | Seminggu lagi nak UPSR

assalamualaikum πŸ˜ƒ.
selamat pagi...
saya memang masuk ofis sebelum 7.30 pagi.
lepas anta anak-anak ke sekolah, terus ke ofis. masuk awal, balik ptg nanti pun awal, kan.
before masuk meeting, update blog jap lah... santai-santai.
ni la dia bila kerja hakiki dah merapat, tak sempat nak bersosial πŸ˜„.
mula lah blog tak ber hapdet nanti hu hu hu hu...

ni pun curi masa skit, buat penghilang stress jap. tapi tak dpt la nak spend masa byk...
copy paste je nasihat penting dari Cikgu Mohamad Hakim ni.

πŸ‘‡     πŸ‘‡     πŸ‘‡

UPSR minggu depan sahaja lagi, apa yang kita sebagai ibu bapa perlu lakukan?

1. Bertenang, bertenang dan bertenang. Makan jangan tak makan pulak. Haha. (seriously, memang tak lalu makan, cikgu. tidur pun tak lena!)

2. Beli kelengkapan peperiksaan yang lengkap. Baju sekolah pakai sahaja yang lama, yang sedia ada. Ada keberkatan sendiri pada pakaian itu. (ni wajib disediakan semua baru. nak bagi anak semangat nak masuk dewan exam. bab pakaian tu, saya setuju. keberkatan dan sentimental value nyer tinggi!)

3. Semak alat tulis. Pastikan pensil kayu, pemadam, pengasah, pembaris dan protaktor ada. Pensil kayu wajib 2B. Pemadam, beli yang berkualiti. (ni lebih kurang sama mcm point (2) kan, cikgu? memang saya beli yg baru 😊)

Pesan Cikgu Kepada Ibu | Seminggu lagi nak UPSR


4. Pastikan anak kita tidak stress. Termasuk juga diri kita sebagai ibu bapa. Lepas kelas atau hari minggu, bawa lah anak bershopping dan makan makanan yang sedap-sedap. Berbual santai dengan mereka. Bina bonding sambil berikan mereka motivasi. (mulai hari ni, saya dah nak aman dgn Syuhada. ulangkaji santai-santai kat ruang makan. tak nak dah dok kat meja belajar dlm bilik dia tu... weekend nanti nak bwk dia gi tgk perbarisan hari kemerdekaan...)

5. Kurangkan marah pada mereka. Risau last-last minit ni mereka buat 'ceroi' pulak. Habis usaha mereka selama ini. Cuma pastikan mereka berada pada direction yang betul pun dah cukup. (yes. saya akan lead Syuhada ke arah yg benar... last minute round segala nota pendek yg ada 😏)

6. Tak perlu nak pecut sangat dah. Bagi saya sekarang adalah masa untuk santai-santai sahaja. Kukuhkan juga hafalan formula, sifir dan tunjuk nota-nota yang cikgu di sekolah dan saya kongsikan di FB. (baik, cikgu...)

7. Pesan pada anak-anak supaya jaga hati guru-guru di sekolah. Berbaki beberapa hari sahaja lagi ni, jangan lakukan perkara yang boleh membuatkan cikgu mengamuk dan mengeluarkan kata-kata yang negatif. Kata-kata itu satu doa. (yes. saya berniat nak carikan hadiah buat cikgu-cikgu Syuhada, utk diberikan pada 3.9.2019 nanti. saje nak beli hati cikgu agar memaafkan Syuhada πŸ˜”)

8. Berhubung dan ucapkan lah terima kasih pada guru-guru anak kalian. Semua guru termasuklah guru pra sekolah hingga guru Tahun 6. Lagi bagus jika berterima kasih pada mak cik kantin, mak cik cleaner, pak guard dan semua warga sekolah. Kan lebih baik jika lebih ramai yang mendoakan. (baik, cikgu...)

Pesan Cikgu Kepada Ibu | Seminggu lagi nak UPSR

9. Banyakkan berdoa dan berikan motivasi. Saat-saat akhir begini, memang anak-anak kalian perlukan kalian sebagai ibu bapa. (yes, saya sedar... saya akan merapat dgn Syuhada, sebagai ibu kembali. sebelum ni berbulan-bulan, watak saya mcm cikgu πŸ˜…  πŸ˜„πŸ˜„)

10. Jaga kesihatan dan emosi mereka. (penting ni kan...)

11. Simpan gadget anak-anak. (ni sejak bulan April saya da simpan phone Syuhada. tv pun Syuhada dah jarang-jarang tonton...)

12. Jaga solat dan banyakkan bersedekah. (baik, cikgu. nasihat yg perfect buat saya...)


sebagai ibu yg melalui tahun ke-5 anak exam besar, saya masih tak boleh nak avoid perasaan risau tu.
saya sejenis ibu yg exam-oriented.
sgt stress. Allah saje yg Maha Tahu debak debuk dlm hati saya ni.

hmmmm tahun depan kak Nurin PT3 plak πŸ˜“.
tahun 2021 saje saya berehat skit. boleh holiday sesuka hati.
weekend boleh berjalan cari makan di mana-mana saje.
tidak dibelenggu dgn kelas tambahan anak-anak di sekolah πŸ˜„.

alhamdulillah kerana anak-anak saya, kak Nurin & Syuhada merupakan murid yg ok.
cemerlang di hati saya selamanya... apa yg diorang beri pada saya at the end, pasti buat saya senyum lebar.
sempurna akal. 
sihat emosi. pe pun masalah, diorang ada kesah??!
nak exam pun mcm tak exam πŸ˜†πŸ˜„πŸ˜„ aduhai...
alhamdulillah...

πŸ’—πŸ’—πŸ’—anak-anak dara kuπŸ’—πŸ’—πŸ’—

38 comments:

  1. debaran makin terasa..tk lama dh nk upsr...mmg mak yg neves lebih ..nk2 plak thn ni 1st time ank exam besar..ank pn mmg the only one kan...smoga ank2 kita dpt menjwb soklan dgn tenang nanti dan dipermudahkan..aaminnn

    ReplyDelete
  2. mesti mak yg debarkan anak nak exam. goodluck yeeee

    ReplyDelete
  3. bagusnya cikgu. terima kasihlah cikgu bagi tips...ammi pinjam gaklah untuk anak nak UPKK ni ye.

    ReplyDelete
  4. lama xsinggah blog aida.. busy jugak, nk update kt ofis jelah. semoga anak2 aida cemerlang dunia akhirat. aminnn

    ReplyDelete
  5. moga dipermudahkan semuanya buat anak2 aida..ameen!

    ReplyDelete
  6. bila anak exam kebiasaannya mak yang akan kalut nak ready semua persiapan ..risau tu toksah kata la kan..sebagai ibu kita doakan yang terbaik untuk anak-anak!

    ReplyDelete
  7. Menarik tips ni. Nanti dahlia dah besar boleh yaya pratikkan pulak hehe kadang2 mak yang nervous dari anak tu sendiri haha

    ReplyDelete
  8. Tips yang bagus.. Walaupun anak Sha belum lagi melalui tapi terasa bahangnya.. Melihat anak-anak rakan..

    ReplyDelete
  9. bagus jugak tips yang cikgu bagi sebab kebanyakan parents memang akan push habis anak2 diorang sampai ada yang sakit bila exam.

    ReplyDelete
  10. Setuju sgt dgn point yg pertama tu. Sbgai ibu bapa perlu bertenang supaya anak pun ikut tenang nak 'berperang' dlm dewan exam. Nur doakan semoga syuhada diberi kemudahan utk menjawab soalan upsr k. Goodluck syg :)

    ReplyDelete
  11. Sebagai parent, kena selalu beri masa dkt anak2. Jangan sibok dgn kerja je. Dapat duduk sambil dia belajar pon ok jgk. Bagi semangat. InsyaAllah moga dimudahkan semuanya yang duduki upsr tahun ni ye

    ReplyDelete
  12. Tips yg bagi untuk kite as a parents nie..smoga anak2 yang mnduduki upsr mnggu dpn dpt mnjawab dgn tenang dan smoga beroleh kejayaan dengn cmerlg

    ReplyDelete
  13. Lah kejap nya dah nak UPSR kata nanti exam ni nak dihapuskan hehehe tak adalah ibubapa bimbang lagi. Tapi sekarang ni masa yang paling genting untuk study kena buat terbaik ok adik...

    ReplyDelete
  14. Good luck and all the best! Yakin boleh! πŸ’ͺ🏻😎

    ReplyDelete
  15. Kak Aida, samalah kita. Anak yang nak exam, Mak nya pula yang nervous terlebih. Hehehe.

    Bagus tips ni. Berguna bagi adik² yang tak lama lagi nak menghadapi peperiksaan.

    Semoga dipermudahkan Syuhada dan anak² yang lain menjawab soalan² UPSR AAMIIN3X

    ReplyDelete
  16. Wahhhh sekejap je dah nak upsr ya. Sejak tinggalkan sekolah nie, langsung tak cakna hal2 sekolah. Baik exam mahupun cuti sekolah. Macam mana nak jadi parents nie. Hahaha. Anyway goodluck ya nanti upsr. Semoga dipermudahkan utk menjawab dan diterangkan hatinya.

    ReplyDelete
  17. Bagus guru zaman sekarang kan. Inisiatif berhubung dengan parent tu bagus. Kalau zaman saya, sampai ada ibu bapa lupa atau tak mampu sediakan peralatan tulis. Lepas tu masa musim exam dan ulang kaji ada je la anak-anak kena pi kerja bantu di restoran. bila mereka nak ulangkaji? Alhamdulillah zaman sekarang parent dah lebih alert dengan tarikh penting.

    ReplyDelete
  18. SA pun tengah dalam debaran...bulan depan 30hb kakak dania PT3 dah...risau jer..memang mak- mak mcm kita ni akan rasa macam tu kan...

    ReplyDelete
  19. Lengaknya bagi info..atleast bole buat persiapan awal-awal,untuk anak2..Good Luck ya untuk anak2 tue..selamat menempuh peperiksaan UPSR

    ReplyDelete
  20. bagus tipsnya.... gud luck untuk semua yang bakal menduduki upsr nanti..

    ReplyDelete
  21. Thank you for the tips, I tak pastilah macam mana I nak hadap bila turn I nanti. Masa I sekolah dulu, I memang budak nerd, bila periksa je mesti bangun tengah malam study. Lepas tu sedih kalau tak dapat target yang nak. Harap anak I lebih rileks daripada I lah nanti.

    ReplyDelete
  22. Dah semakin dekat musim peperiksaan..adik sepupu PC pun dah mula risau dia.

    ReplyDelete
  23. Bila anak-anak nak hadapi peperiksaan besar ni memang mak ayah juga yang risau sama. Huhu.. Semoga berjaya buat anak-anak Aida. =)

    ReplyDelete
  24. Zaman kak utk anak2 sekolah dah lps mmg pening nk srh anak2 study terutama time tiba peperiksaan penting kena fokus pd dorang ni

    ReplyDelete
  25. Very good tips..mama pun kena aware ni

    ReplyDelete
  26. hahaha memang bila tiba masa anak ada peperiksaan, mak bapa la yang nervous lebih. padahal yang nak hadap tu anak-anak. tapi apa-apa pun mmg parents kena bertenang dan jangan desak anak sangat.. itu akan buat anak-anak lagi takut dan stress.. thanks for the tips ye..

    ReplyDelete
  27. In shaa Allah, syuhadah pasti dapat buat yang terbaik kak aida..
    Saya ni anak baru tadika pun dah garang ya amat..
    alahai..
    terpaksa.. sebab anak banyak main..
    saya jenis risau dia terlalu banyak leka..
    one day, kalau anak sendiri tempuh exam macam mana la nanti..

    ReplyDelete
  28. Good sharing kak. Semoga anak akak diberi kemudahan untuk menjawab exam nnti.

    ReplyDelete
  29. Dah terdidik dan dibesarkan dengan exam oriented ni memang selalu cuak

    ReplyDelete
  30. akk ipar sy... anak sulung nk upsr. dia.punya nebes klh si kak long. start mggu lps, no tv at all. mmg perintah berkurung trsπŸ˜ŠπŸ˜†

    ReplyDelete
  31. Good Luck adik-adik semua untuk UPSR nanti

    ReplyDelete
  32. Bagus juga entri ni, dapat juga TB cedok sikit tips2 cara nak menyediakan anak-anak sebelum exam besar.. walaupun anak belum besar lagi.. huhu.. baru 3 tahun.. ilmu macam ni boleh membantu TB untuk menyediakan diri berhadapan dengan moment anak yang akan lalui fasa yang sama one day kan.. hehe

    ReplyDelete
  33. anak2 yg nak exam, mak mak pun sama nervous kan? all the best utk anak Aida jugak...

    ReplyDelete
  34. InsyaAllah kejayaan menanti. Aamiin...

    ReplyDelete

Blogging...
Blogwalking...
Thank You For Coming :)

WAJIB MILIKI, KLIK SEKARANG UTK PILIH & BELI | SAYA KONSULTAN NARINAR MALAYSIA


Followers AdianiezDotCom | Thank you so much. Please leave a comment, I will follow u back.