Thursday, November 28, 2019

Izzat Masuk Hospital | "Boleh dah ke kita balik rumah, ibu?"

assalamualaikum.

wow. entri kedua hari ni lah... alhamdulillah.
maksudnya, keje hakiki saya settle dgn jayanya.
if not, takkan dpt tenang menaip entri ni di blog 😉.

berkaitrapat dengan entri terdahulu, Izzat khatan.
has been mentioned that Izzat pernah masuk hospital. ada kuman di skrotum.
Izzat warded 24.8.2019 (Sabtu) jam 11.30 mlm.
skrotum Izzat dah mula membengkak sejak hari Khamis ptg 😳. balik dari sekolah.
tapi masa tu, dia tak inform saya. di luar pengetahuan saya hu hu hu...
yg perasan keadaan tu adalah kakak-kakaknya.
Izzat sememangnya dah dididik utk mandi dan bersihkan diri sendiri. dah darjah 1, kan.
tiap kali dia mandi, sure dia tak bagi saya tgk. dia tutup pintu tandas.

nak dijadikan cerita, ptg Sabtu, Izzat sedang buang air kecik.
saya terjah la. buka pintu tandas, just nak cek dia.
terus mata saya menuju ke bebird Izzat. "e'eh, bebird Ijat bengkak! sakit tak?" teruslah saya bertanya.
dia gelengkan je kepala dia.
cepat-cepat saya cucikan bebird dia. cek skrotum dia tu.

tanpa lengah-lengah, terus saya snap gambar dan wasap kakak saya.
kena la tanya doktor kan...
respon pertama kakak saya, "terus bwk Izzat ke hospital. jgn ke klinik! hospital...".
waktu tu saya dah pun tahu, bukan masalah kecik ni.

Izzat Masuk Hospital | "Boleh dah ke kita balik rumah, ibu?"

selesai solat Isyak, kami sekeluarga terus menuju ke GH Melaka.
knowing keadaan di GH Melaka, tu yg decide ke sana after Isyak. settlekan yg wajib dulu.
berdoa agar semuanya ok ok jer.

lama la jugak di ward emergency GH. dlm jam 11.30 barulah dpt jumpa doktor.
doktor tgk jer keadaan yg bengkak gitu, on the spot terus doktor arahkan masuk ward.
aduhai. start dari saat tu, Izzat dah sedih.
meleleh air mata dia... "kenapa kita tak balik rumah, bu?"... "kenapa kita kena tido hospital, ibu?".
😭😭😭
sebak hati saya.

Izzat Masuk Hospital | "Boleh dah ke kita balik rumah, ibu?"
on the way ke ward kanak-kanak GH Melaka pada jam 12.50 pagi (Ahad).
muka saspen.
muka sedih.

Izzat Masuk Hospital | "Boleh dah ke kita balik rumah, ibu?"
sampai kat ward, Izzat mcm confused!
ngantok, tapi dia tak nak tido... "brape lama kita dok hospital, bu?"
dok bertanya beberapa kali soalan yg sama...

Izzat Masuk Hospital | "Boleh dah ke kita balik rumah, ibu?"

saya just tenangkan dia...
suruh dia baring. saya usap kepala dia. pipi dia. tepuk tepuk belakang dia.
inform dia bebaik. pujuk hati dia.
meleleh-leleh air mata dia. sedu-sedan dia... sedih sgt. sebak hati saya.
first time Izzat warded. so, dia rasa sgt sedih la kan. dia sgt takut dgn hospital!

hari Ahad tu, doktor cek. Izzat dah start makan ubat.
then sebelah ptg, pergi x-ray.
gabra juga la nak tunggu result x-ray. perlu atau tidak operation.
hu hu hu angin pasang, kah?
aduhai... masa tu saya sgt risau. but, depan Izzat saya senyum jer lah.
dalaman Allah je Tahu. luaran konon-konon berlagak positif 😊.

Izzat Masuk Hospital | "Boleh dah ke kita balik rumah, ibu?"

Izzat Masuk Hospital | "Boleh dah ke kita balik rumah, ibu?"

Izzat Masuk Hospital | "Boleh dah ke kita balik rumah, ibu?"

dari pagi Ahad sehinggalah ptg Ahad, dok berulang bertanya, "boleh dah ke kita balik rumah, ibu?".
"belum, sayang..."
after an hour, dia bertanya semula.
sama juga jawapan saya, "belum, sayang..."  😔.

alhamdulillah, lebih kurang jam 6 ptg, doktor inform saya, tiada saraf or saluran darah yg tersumbat, terikat ke, apa ke.
hanya jangkitan kuman. dan boleh dirawat dgn antibiotik je. tak perlu operation.
alhamdulillah...
alhamdulillah...
doktor jangka kan Izzat kena stay hospital 2-3 hari lagi.
tapi tu la, Allah tu Maha Berkuasa.
Maha Mendengar doa Izzat yg nak sgt balik rumah 😄, Isnin pagi dah discharged.
after 3-4 days, Izzat dah ok. perfect.
punca masalah Izzat, menurut doktor, pemakanan, cuaca or aktiviti harian.
tak pasti.
masalah tu boleh berulang. tu yg dinasihatkan agar segera khatan.

now, saya dah lega.
Izzat selamat dikhatankan 😏.
doakan moga Izzat sihat selamanya. in shaa Allah...

5 comments:

  1. Alhamdulillah... anak soleh ni.

    baby sy ada sunat jugak baru ni. design dia jadi lain macam. mungkin nak kena check jugak ni. risau jugak dia kata tak sakit tp kita tgok lain macamkan.

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah suka tengok muka senyum ceria dia. semoga cepat sembuh ye ^_^

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah tiada apa yang serius.
    Ibu-ibu biasalah kalau anak-anak tak sihat memang down jadinya.
    Itulah kalau anak lelaki yang Mrs. A risaukan pasal angin pasang ni.

    ReplyDelete
  4. alahai seriau mama baca alhamdulillah xperlu operate.. izzat strong boy

    ReplyDelete

Blogging...
Blogwalking...
Thank You For Coming :)

Followers AdianiezDotCom | Thank you so much. Please leave a comment, I will follow u back.