assalamualaikum 😉

khamis - 5 Disember 2019.
termasuk hari ni, 28 hari lagi anak-anak kita akan menikmati cuti sekolah.
lama lagi tu, 4 minggu lah kan.

Izzat yg berkhatan ari tu pun dah sihat.
weekend ni plan nyer nak gi beli baju sekolah kakak-kakak. tempat biasa - Kampung Jawa.
Nurin - Form 3.
Syuhada - Form 1. semua akan baru la.
mlm td dah pun check baju-baju sekolah Nurin. ada yg perlu beli baru.
lagipun dah 2 thn dia pakai 😊.
Izzat plak, tahun ni hanya belikan baju uniform sekolah 2 helai. dah pun order dan byr kat sekolah.
seluar hitam, baju & seluar sukan masih boleh dipakai, 😄 maybe setahun lagi.
then, nak terus belikan diorang kasut sekolah - sorang 2 pasang, in shaa Allah.
settle bajet ni, mudah nak berbelanja ke arah lain, kan 👌.

👉 terkenangkan salah satu hari cuti yg lepas-lepas - 28.10.2019 (Deepavali).
mr.asben takde time tu. ada program.
tinggal la kami berempat je. releks di hari cuti.
tapi tu la, da 1-2 hari dok rumah, tghari nyer tu, anak-anak bertanya, "kita ni tak pegi mana-mana ke cuti lama ni, bu?".
😃  😃  aduhai anak...
lepas Asar, teruslah saya bwk diorang bertiga ke kedai makan depan rumah.

Aktiviti Cuti Sekolah | Lepak kat rumah aje...

Aktiviti Cuti Sekolah | Lepak kat rumah aje...

Aktiviti Cuti Sekolah | Lepak kat rumah aje...
teruna ibu nan sorang ni - teringat ayah ke tu?

then sepanjang 3 hari cuti Deepavali tu, kami berempat layan main kad UNO.
brape kali round main, bingit rumah. seronok sakan kami-kami.
hmmm pastinya, Izzat ler, nak menang aje 😄😄.
kalau tak menang, hmmm merajuk la pulak ha ha ha ha ha...

Aktiviti Cuti Sekolah | Lepak kat rumah aje...

weekend ni saya nak gi cari Saidina / Monopoly.
yg lama tu dah byk hilangnya. dah tak sempurna set nya.
syok dulu main dgn anak-anak.
berbaki 28 hari ni, dpt la meriahkan rumah main Saidina.

mencari-cari juga la peluang dan ruang ajak mr.asben berjalan.
just lom dpt idea nak ke mana. wajib la berjalan kan.
tak mungkin dok rumah aje...

idea... menjelma la kau wahai idea...
ke mana nak ku bawa anak-anakku...

😎