Monday, December 02, 2019

Banjir Kilat Di Melaka | Hampir jadi mangsa!!!

assalamualaikum.
good morning 😉.

legaaaaaaa bila pagi ni cuaca amat baik.
suasana nak gi kerja pun baik. tiada apa-apa masalah di perjalanan.
ternampak la beberapa kesan daripada banjir kilat ptg semlm.
Allahu Akbar 😓.
kalau sesape yg friend dgn saya di fb, sure dah tau what had happened.

Banjir Kilat Di Melaka | Hampir jadi mangsa!!!
kereta saya yg tetiba berada di tgh tgh banjir kilat!
air yg deras dari arah kanan sana tu, hujan yg lebat teramat 😖😖😖...
hati ni jadik sgt gabra, kelam-kelibut, tak tentu arah!!!

Banjir Kilat Di Melaka | Hampir jadi mangsa!!!
tu hah air yg mengalir deras ke arah bwh sana...
menakutkan. nasib baik skit kami berada di area yg lebih tinggi.
area depan skit dari sini, less than 100 meter kot 👇

menakotkan 😖😖😖  !!! 

tu yg nak citer camne saya boleh berada di lokasi berbahaya tu...
bff dari KL dtg Melaka semata-mata nak berjumpa. so, takkan nak menolak, kan.
maka, kami berjumpa dlm jam 5 ptg gitu di Papparich, Ayer Keroh.
tempat yg nyaman. makanan sedap. konsep santai. terbaik utk dok lama & borak-borak...

Banjir Kilat Di Melaka | Hampir jadi mangsa!!!

Banjir Kilat Di Melaka | Hampir jadi mangsa!!!
muka konfiden makan-makan dgn happy! 😄

berborak sakan. non-stop!
jam 5:45 ptg gitu, tersedar la yg hujan dah turun, agak lebat.
tapi tau lah kan. kat dlm tu takkan dgr la bunyi bising hujan lebat kat luar.
so kami continue berborak. gelak ketawa. makan-makan.

gitu gini, jam 6:45 gitu gitu, sakan plak ambulan lalu lalang kat jalan utama.
"ne no ne no ne no..." kami berdua jadik hairan lah.
both of us pun memanjangkan leher dan jengah ke luar kedai.
"ya Allah, Lela. Banjir!!! Kereta kita!!!"
kami berdua terus tarik handbag dan berlari keluar kedai.
😲😲😲😲😲😲😲😲😲😲😲😲😲

demi kereta kecil saya tu, saya harungilah banjir kilat separas betis tu.
berhati-hati.
tayar depan kereta saya dah hampir tenggelam dek banjir kilat tu.
menyeramkan!
menakutkan!

sib baik enjin kereta kecil saya tu dpt dihidupkan. saya transfer ke area berdekatan yg lebih selamat.
kelam-kabut masa tu area tu.
kereta bersimpang-siuh. bergerak tanpa tgk kiri kanan.
siap-siap ada bumper terapung tau!!! 😖😖😖

kuyup lah kami berdua masa tu.
bila dah selamatkan kereta, masuk balik Papparich.
memasing sambung  borak dan gelak ketawa tak hengat donia 😄😄😄.
berbelas tahun dok Melaka, ni la first time mengharungi banjir kilat kat sini hu hu hu hu...

serik!!! menjadi pengajaran...
few tempat area Ayer Keroh yg banjir teruk juga meskipun hujan tak lebih 1 jam.
Melaka Mall affected. dekat sgt dgn rumah lama saya!!!
aduhai...
expected semua ni terjadi. pembangunan semakin pesat.
kawasan tadahan hujan dah berubah menjadi rumah kedai, jalan raya, perumahan 😔.
kawasan rumah lama menjadi mangsa banjir kilat.

aduhai...

😒😒😒

namun, saya yakin, YB YB yg mentadbir Melaka mesti ada cara memperbaiki keadaan ni.
saya akan lebih hati-hati lepas ni if nak berjalan time hujan lebat.
alhamdulillah takde masalah besar utk saya semlm.

alhamdulillah...

11 comments:

  1. 1st time dgr melaka banjir...bff cuti2 melaka juga..die update banjir juga tk blk kl..arini die EL...sure cuak bila nmpk kete dh nk naik air tu kn..nasibaik bole start

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah beberapa thn Melaka da start banjir kilat.
      tak kesemua tempat. tapi yg terjejas tu, sgt teruk lah :(
      tapi weekend tu amat teruk. semakin teruk. yg paling teruk.

      Delete
  2. memang mendebarkan betul, nasibla sempat lagi menjenguk kan, kalau tak jawabnya mau nampak bumbung kereta je tuh kak oi

    kat kl ni certain tempat kat tengah bandar memang selalu banjir kilat, pembangunan sana sini sistem parit dan longkang tersumbat itu yang jadi banjir kilat. risau betul kan sekarang ni musim hujan lama

    ReplyDelete
    Replies
    1. serik, dana!
      aida memang terasa serik dah nak gi certain tempat.
      now hujan ke panas ke dah tak boleh nak agak!
      takot jadik lagi gini.... haru!

      Delete
  3. Alhamdulillah allah permudahkan urusan akak. Kampung saya pun kena banjir, nasib baik kawasan rumah saya dekat dengan pantai jadi tak teruk mcm sesetengah kawasan lain. Kesian diorang :(

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah nasib baik selamat.

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah kak semuanya baik-baik saja.. Bahaya juga kalau banjir nie.. naik cepat naik.. Sy ada kwn yg stay ara Melaka.. tak pasti pula tempat dorg banjir atau tidak..

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah selamat. Kereta pun selamat. Syukur Allah gerakkan hati nak lihat luar kan? Tapi seramnya lahai air paras betis. Tinggi tu. Sekarang ni banyak kawasan yang kena banjir kilat. KL pun sama 😩

    ReplyDelete
  7. mujur selamat.. kat area rumah ammi ni pun skrg asal hujan je cepat naik air sbb ada construction.

    ReplyDelete
  8. Allah hu..kalau JM dalam situasi Aida pun akan panik..jelahh...dah nak hampir tenggelan dna nasib baik lagi enjin lom tenggelam kalau tak mmg 'out' dah..syukur semua selamat

    ReplyDelete

Blogging...
Blogwalking...
Thank You For Coming :)

Followers AdianiezDotCom | Thank you so much. Please leave a comment, I will follow u back.