Monday, December 02, 2019

Ejen Ali The Movie : Misi NEO | Wajib tonton sebab sangat best!

assalamualaikum 😄

happy mode has been activated!
tak nak tangguh bercerita tentang movie Ejen Ali The Movie.
aduhai, sgt sgt la best. saya bagi 10/10.

Ejen Ali The Movie : Misi NEO | Wajib tonton sebab sangat best!
nampak tak betapa happy nyer Izzat.
surprise utk dia yg dah semakin sihat - berkhatan kat on 22.11.2019 lepas.
1st time keluar dari rumah 😄.

Ejen Ali The Movie : Misi NEO | Wajib tonton sebab sangat best!
sabtu, 30.11.2019, 9 mlm 😊

Ejen Ali The Movie : Misi NEO | Wajib tonton sebab sangat best!

Ejen Ali The Movie : Misi NEO | Wajib tonton sebab sangat best!

Ejen Ali The Movie adalah lebih best dari Boboiboy The Movie 2 ari tu.
pendpt peribadi saya lah ni.
double lebih bestdari Boboiboy. terbaik!
ada lawaknya.
ada sayunya.
ada actions nyer...
Ejen Ali ni merupakan sebuah siri animasi Malaysia yg diterbitkan Primeworks Studios dan WAU Animation. dah lama ditayangkan sejak April 2016.
tentang Ali, menjadi perisik sebuah pertubuhan rahsia menentang musuh.
akibat dari satu insiden, Ali telah mengaktifkan sistem IRIS. Ali sorang je yg boleh menggunakan IRIS. sejak tu la dia dilantik dan dilatih menjadi ejen MATA.

kebetulan, saya memang da khatam episod Ejen Ali yg lepas2.
memang ternanti-nanti la movie ni. kebetulan, anak-anak memang peminat Ejen Ali.

Ejen Ali The Movie : Misi NEO | Wajib tonton sebab sangat best!

Ejen Ali The Movie ni bermula dgn konflik. Ali berasa sgt sedih bila wujudnya IRIS NEO. yes la. sebelum ni Ali sorang je ejen menggunakan IRIS.
bila wujud IRIS NEO, semua ejen akan menggunakannya. Ali terasa pe gunanya dia lagi di MATA.
pada satu hari, Ali tiba-tiba rasa sebak. melihatkan ayahnya yg sibuk, takde masa utk dia.
kerinduan Ali kpd ibunya memuncak...
ketika berkemas, Ali terjumpa brg lama kepunyaan ibunya...
kemudian, Ali bersua dgn Niki, rakan lama ibunya. Niki ada maklumat tentang kehilangan ibu Ali.
kerana itu, Ali mendekati Niki...

wow!
jalan cerita yg baik.
mudah utk difahami anak-anak.
betapa seorang anak ingin menghidupkan impian ibunya.
sayu...
sebak!
seriously, air mata saya bergenang tau moment moment Ali bertemu ibunya.

in short, korang yg belum tonton, sempena cuti sekolah yg berbaki lagi sebulan ni, wajib spend masa gi masuk panggung.
support cerita kita.
org kita... animasi Malaysia yg semakin bagus!
and kita mesti bangga tau - terkini, kutipan Ejen Ali The Movie dah pun cecah RM6.4 juta 😎.
saya bangga sebab saya & famili ada sumbangan dlm jumlah tu 💪.

👍

26 comments:

  1. Tahniah izzaf jadi big boy now :) nampak happy sungguh tu dapat tengok Ejen Ali.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sgt happy.
      happy yg tak terungkap.
      setelah beberapa hari dok rumah - berpantang berkhatan, dpt keluar tgk EJen Ali, memang rewarding lah :)

      Delete
  2. Tak sempat lagi nak pergi tengok Ejen Ali. Sekarang kan tengah banyak movie, Frozen lagi. Boboi Boy lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes. byk movie.
      frozen lom dpt tgk lagi ni, shahira.

      Delete
  3. Replies
    1. yes. setanding boboiboy & upin ipin kot ni.
      terbaik!

      Delete
  4. bila la nk g tgk ejen ali ni.. huhuu
    nk tgk jgk

    ReplyDelete
  5. waalaikumussalam..lama dh tak pergi tengok wayang ni

    ReplyDelete
  6. ramai ckp best ejen ali..ankdara tgk frozen tp die p ngan ayah tk tunggu mamanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. aida akan nak tgk juga Frozen tu.
      alang2 dah tgk yg 1st tu kan.
      wajib tgk yg ni jugak.

      Delete
  7. Aunty tak ada orang nak teman tengok.. 😭

    ReplyDelete
    Replies
    1. alololo aunty rara.
      jgn bersedih...
      kalau dekat, boleh Ijat teman aunty :)

      Delete
  8. wahhh dah tonton ye, ramai kata best kan :)

    ReplyDelete
  9. Waaaa tentu best ceritanya ini. Anak saya pun minat.....


    Salam kenalan dari saya, oohsenyum.com.

    Nak tanya awak ini, kalau berminat tak tukar link blog dengan saya (bloglist) insy Allah akan bertambah trafik di blog awak. Kalau awak sudi beritahu ye. Email ke blogohsenyum@gmail.com atau comment kat mana-mana blog saya

    https://www.oohsenyum.com/

    ReplyDelete
  10. memang kena bawak anak-anak tgk weekend ni.

    ReplyDelete
  11. Hujung minggu ni baru nak bawa anak tgk ejen ali

    ReplyDelete
  12. dah tengok, memang best. Semua cerita yang ada saya rasa ada kekuatan tersendiri

    ReplyDelete
    Replies
    1. best kan.
      recommended. ada inti nya. ada pengajaran nya.
      animasi kita dah semakin ke depan.
      1-2 tahun akan dtg, pasti lebih mengancam persaingan diorang :)
      terbaik!

      Delete
  13. jgn kata Izzat..JM yang kadang2 tertengok kat TV pun..kartun Ajen Ali ni..boleh lela tau x buat keje lain dah..inikan pula Izzat..izzat..awak leh geng dgn auntie JM hihih

    ReplyDelete
  14. Tayangan filem animasi ejen Ali ini memang tepat ditayangkan waktu cuti sekolah sbb ramai budak2 bole menontonnya.

    ReplyDelete
  15. Ya sokonglah filem animasi tenpatan kita. Bila dah tengok Frozen jgn pula lupa Ejen Ali ya!

    ReplyDelete
  16. saya belum berkesempatan bawa anak-anak menonton ejen ali ni.. dorang semua dah balik kampung.. huhu

    ReplyDelete
  17. Rawlins pun suka Ejen Ali. Disebabkan taknak spoiler, langsung tak baca memana komen/ review. Sekali bila dah habis dan balik, baru tahu ada end credit scenes. Hahaha. Nampak gaya kena tengok lagi, kali nie bawa anak-anak saudara la kot hahaha

    ReplyDelete
  18. Sana sini orang bercerita tentang Ejen Ali. Husband salah seorang peminat Ejen Ali juga. Wajib tonton !

    ReplyDelete
  19. Kami 1 family pun ada sumbangan dalam tu. hehe
    Betul, cerita ni mudah faham. Bukan budak2 je kusyuk, mak pak dorang pun kusyuk jugak tengok cerita ni. memang terbaik.

    Tahniah Izzat dapat reward selepas bersunat.

    ReplyDelete
  20. tengok review dan feedback rakan2 ramai kata best ejen ali. insyaAllah blh bawa anak2 pi menonton

    ReplyDelete

Blogging...
Blogwalking...
Thank You For Coming :)

Followers AdianiezDotCom | Thank you so much. Please leave a comment, I will follow u back.