Tuesday, December 17, 2019

Hobi Kak Nurin | Membaca, Anime dan phone

assalamualaikum.

sebelum keluar ofis, masa balik pun dah sampai, update blog jap 😅.
takde la nak rushing balik sgt.
anak-anak dgn emak abah kat rumah, so tak brape risau...

mlm ni dah plan dah nak masak pe. ringkas.
musim hujan ni, sesejuk gini, kekadang selera takde sgt.
ikan cencaru panggang dgn kicap cili padi.
sambal ikan bilis. ulam timun. telur dadar.
nasi panas-panas 😋.

HOBI KAK NURIN | Membaca, Anime dan phone
di sebalik buku tu - kak Nurin, anakanda sulung saya.
bulan Februari 2020 nanti, in shaa Allah genap 15 thn. PT3.

gambar lama tu. saya ni sejenis suka amik gambar anak-anak sepanjang masa.
simpanan sendiri.
tadi klik klik gambar dlm gallery, gambar ni beri idea utk update blog.

kak Nurin memang minat membaca novel.
dia boleh duduk diam berjam-jam melayan novel.
di asrama, bertukar-tukar novel dgn kawan-kawan.
hadiah kecemerlangan kak Nurin utk UPKK 2016 & UPSR 2017 adalah dia boleh beli novel pada bila-bila masa, selamanya, selagi mana dia berminat nak beli.
maka, kalau dia minta nak beli novel, pasti akan saya makbulkan.
tertakluk la juga kpd jenis-jenis novel yg dia nak beli. apa kisahnya. jenis karya apa.
saya menjaga juga la bahan bacaan dia. tak semua saya izinkan.

now, da tambah satu lagi yg dia suka baca - anime.
dia baca di phone. ralitlah dia dgn phone membaca anime 😄.
anak-anak saya memang dilarang sign in facebook, instagram, etc.
saya tak rasa diorang sesuai dgn semua medium sosial sebegitu.
maka, if dgn phone, diorang hanyalah main games, ber whatsapp. kak Nurin, tambah satu lagi, baca anime online.

ntah bila dia start minat baca anime ni, ntah la.
ni menurun dah mr.asben jugak lah. naruto. dragon ball. memang mr.asben peminat tegar la.
dulu kala ada channel Animax Astro, kerap la mr.asben tonton.

HOBI KAK NURIN | Membaca, Anime dan phone

saya sgt selesa bila lihat kak Nurin berkepit dgn phone.
selesa kerana saya tak risau apa yg dia sedang 'nikmati' bersama phone dia.
saya percaya dgn dia. senang hati.
setakat hari ni lah, dia masih tak betray kepercayaan saya.

tu la kan. gajet ni ada baik, ada buruknya.
ia bergantung kpd kebijaksanaan pengguna.
kita, bak kata Aliff Satar dlm pesanan di Sinar.FM, sebagai parents kena pantau masa anak.
jgn leka dgn gajet.
tahu apa yg diorang layari dgn gajet diorang. amik pedulu. amik tahu.

👌👌👌

so, ada lagi separuh bulan utk kak Nurin releks kat rumah.
membaca... anime... novel... phone.
2.1.2020 jer terus dah kena tumpukan kat buku = PT3.
nowadays, exam anak-anak ni tak tentu in terms of dasar kerajaan.
diorang kena bersedia jer dgn apa kehendak kementerian.
so, bila ilmu penuh di dada, sebarang perubahan or kehendak baru, tak la buat diorang terkejut.

Hobi Kak Nurin | Membaca, Anime dan phone
😊😊😊

orait. time to check out ofis.
pen off sini ye.
bye.

18 comments:

  1. Hehehe anak2 kakya pon suka baca buku2 gini gak .. selalu gak la beli kalau diaorang minta ..

    ReplyDelete
  2. all the best this coming PT3 kakak

    ReplyDelete
  3. Sekarang ni senang je nak baca buku online. Banyak e-novel.

    ReplyDelete
  4. waaa.. kami mempunyai minat yg sama.. hahaha selalu baca manga anime di phone.. cuma x pernah cerita di blog lgi minat sy yg 1 ini hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah. ye ke?
      nanti boleh kongsi la, nurul.
      adik Nurin boleh folo kak nurul :)

      Delete
  5. "ikan cencaru panggang dgn kicap cili padi.
    sambal ikan bilis. ulam timun. telur dadar.
    nasi panas-panas".. OHMYYYY SEDAPNYA! hahahaha.

    wahhh nurin suka baca novel ya? okay kita geng! hikhikk. goodluck PT3 tahun depan! tak faham maths, boleh rujuk iteww hehehe

    ReplyDelete
  6. anak-anak kak ana dulu pun suka sangat baca buku2 anime ni :)

    ReplyDelete
  7. dulu zaman sekolah ada juga baca novel anime, kawan punya haha

    ReplyDelete
  8. membaca tu memang sentiasa bagus, cuma kalau anak-anak kene pantau jugakla apa yang mereka nak baca kan kak...
    dana yang dh tua pun minat anime, terutama conan dan one piece...

    ReplyDelete
  9. Wah.. Kalau Sha dapat hadiah tu.. Seronok ya amat.. hehehe.. Bila-bila je boleh beli buku.. Memang ohsem..

    ReplyDelete
  10. Bagus kakak ada hobi minat membaca ni Aida...... secara tak langsung sure dia minat belajar jugakkan....Tahniah kakak aunty tumpang bangga dengan kecemerlangan kakak...Moga terus cemerlang!

    ReplyDelete
  11. walau apapun hobinya asalkan memberikan manfaat harus di sokong

    ReplyDelete
  12. Sama hobi ngan untie...membaca. yesss

    ReplyDelete
  13. mbaca stu hobi yang patut diterapkan kpda smua..byk dpt ilmu..hihi sha sjk khwin dngn husband yg suka mbaca..trus terjebak haha

    ReplyDelete
  14. Wow.. Minat anime ye kak nurin

    ReplyDelete
  15. Bagus suka dan rajin membaca. At least kurang menghadap gadget kan

    ReplyDelete

Blogging...
Blogwalking...
Thank You For Coming :)