assalamualaikum.

nak berkongsi drama lama yg baru saya tonton di laman youtube.
byk drama yg saya tonton, tapi yg ni ada feel dlm hati.
sedih...
sayu...
kesian lah 😔... terasa sgt sayu...

Review Drama TV3 | Saleha
drama ni ditayangkan sekitar tahun 2012 dulu...

Review Drama TV3 | Saleha

mengisahkan Saleha (Tasha Shila), gadis yg kurang sempurna akalnya.
dari kecil dah di babysit oleh Pak Long & Mak Long kerana ibu ayahnya bekerja.
namun, di satu hari, ibu ayah Saleha terlibat dlm kemalangan dan meninggal dunia.
Saleha menjadi yatim piatu dan teruslah dijaga oleh Pak Long & Mak Long. bersama sepupu perempuannya, Esah.

bila besar, Saleha masih lagi berkelakuan seperti kanak-kanak.
tetap suka bermain dgn kawan-kawan sekampung.
paling disukai, main pondok-pondok dan kawin-kawin 😄.

Review Drama TV3 | Saleha

Review Drama TV3 | Saleha

Review Drama TV3 | Saleha

Review Drama TV3 | Saleha
Pak Long Salehan dan manaf (suami Esah)

nak la dijadikan cerita, Manaf ni sgt ambil berat tentang Saleha. nak berkahwin dgn Saleha.
malangnya, ibu Manaf tidak bersetuju kerana pada dia, Saleha bukan perempuan yg sempurna utk menjadi menantunya.
maka, pada hari perkahwinan, Manaf berkahwin dgn Esah, sepupu Saleha.
sedih lah...
ni semua cadangan Mak Long nyer lah... hu hu hu 😓  😞...

Review Drama TV3 | Saleha
Saleha bertanya Esah, "kenapa abg Manap masuk bilik Esah mlm tadi?"
Esah menjelaskan ,"sebenarnya, Esah dah kawin dgn Manap".

meskipun dah berkahwin dgn Esah, Manaf still ambil berat tentang Saleha.
katanya, Saleha pun tanggungjawab dia... alahai, lelaki idaman wanita seMalaya ni.
sehari ke sehari, sehinggalah Esah mengandung, masih lagi Manaf melebihkan Saleha.
sehingga Mak Long dan Esah menjadi tidak selesa.
at first, Esah ok ok jer. maknya lah yg mengapi-apikan dia!
tambahan plak, mak mertua Esah pun turut suruh Esah berjaga-jaga bila tgk Saleha dan Manaf rapat.
hmmmm kampung kan, mesti ada jer la makcik bawang!
sama ler curah petrol kpd api yg sedang marak menjulang...

Review Drama TV3 | Saleha
Manaf sgt caring terhadap Saleha...
Saleha ni memang kerjanya buat hantaran kawin & bunga telur.
org kampung memang order dgn Saleha.

Saleha ni dimanjakan oleh Pak Longnya.
Pak longnya ambil berat sgt sgt lah tentang anak sedara sorang ni. yatim piatu, kan...
sehinggalah satu hari, Pak Long meninggal dunia, serangan jantung.
sedihlah Saleha...

namun, Mak Longnya mula lah mendera Saleha selepas ketiadaan Pak Long.
dulu dia geram jugak dgn Saleha, tapi arwah Pak Longnya ada mempertahankan Saleha.
now, Esah pun tak lagi baik hati terhadap Saleha.

Review Drama TV3 | Saleha

Review Drama TV3 | Saleha
Saleha kena sebat dgn Mak Longnya, Esah jengah je dari tingkap, tidak membantu...

selepas 9 tahun, Mak Longnya pun dah meninggal dunia.
anak Esah & Manaf, bernama Nadia, rapat dgn makciknya, Saleha.
rakan bermain.
rakan ke kedai sama-sama.

Review Drama TV3 | Saleha

dipendekkan cerita, Manaf nak kahwinkan Saleha dan Meor. happy la Saleha.
lama dah berangan menjadi pengantin.

Review Drama TV3 | Saleha
termenung merenung baju pengantinnya di mlm hari sebelum hari pernikahan...

Review Drama TV3 | Saleha
... terlentok di tepi tingkap 😲.

Review Drama TV3 | Saleha
rupanya Saleha sudah meninggal dunia... innalillah 😔😔😔.

Review Drama TV3 | Saleha
Meor 😞.

Saleha meninggal dunia di hari pernikahannya, sebelum selamat dinikahkan.
bergenang air mata saya waktu ni.
😭😭😭

moral of the story...
kehidupan seorang gadis yg suci hatinya mempunyai impian.
namun, along the way, dek kerana dia tidak sempurna, impiannya berderai di tgh jalan.
apa yg dia simpan dlm hati, org sekeliling tidak berjaya translate kan dgn betul.
duka dlm hati, dilalui bersendirian.
ada yg faham, tapi terhad.
ada yg ingin membantu, tapi dilarang.
at the end, bila dah tiada, perginya ditangisi...
tambah sedih, bila hasratnya, impiannya, kehendaknya tidak dpt dipenuhi.
terkilan...
ralat...

😣 😭😭

moga kita semua amik teladanlah ye dari cerita ni.
mungkin ada serba-sedikit terkena di mana-mana kan.
jgn sesekali kita aniaya org lain.
sesungguhnya, dgn anak yatim, jgn dibuat main. besar tanggungjawab kita.
jgn sesekali berlaku zalim.