Saturday, January 04, 2020

Kalendar 2020 | Cuti panjang sepanjang tahun...

assalamualaikum...
๐Ÿ˜€salam sejahtera.

saturday morning yg best.
tu yg pepagi dah nak kasik up satu entri di blog ni.
jam 8 pagi karang dah nak keluar rumah, sarapan... ada perjumpaan ibu bapa & guru di sekolah Izzat ๐Ÿ˜Œ.
then, mungkin terus nak ke kedai buku.
nak beli buku rujukan PT3 utk kak Nurin. nak start awal ulangkaji. new silibus. new gerak kerja.

Cuti Panjang Tahun 2020

bagi saya & mr.asben, 2 kali cuti panjang jer lah boleh extend.
raya aidilfitri. raya aidiladha.
yg lain, mcm tak brape nak extend cuti. jalan-jalan dekat-dekat jer lah...
considering kak Nurin nak PT3, tu yg terhad nak cuti-cuti malaysia.
julai - oktober 2020 memang fully dedicated utk PT3 la kan.

Jadual Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) 2020
awal-awal saya dah save jadual PT3 which is subjected to change lah kan.
shared by friends dlm fb group KSSM.

๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š 
ye la. anak saya ni sederhana. perlukan usaha yg gigih utk sukses dptkan straight As.
kalau saya tak bagi kesedaran kat dia, hmmmmm takut dia lambat sedar.
galakan dan support dari saya.
beri makanan yg sihat.
jaga amal ibadah dia. amalan saya juga la kan...
beri suasana rumah yg harmoni. beri ketenangan pada dia.
bebelan pun penting juga, agar tak hanyut meskipun sekejap ๐Ÿ˜„๐Ÿ˜„๐Ÿ˜„.
straight As tu adalah matlamat dan sasaran. barulah dia nampak halatuju nun jauh lagi 7 bulan ke depan.

so korang-korang, dah tau tarikh-tarikh penting cuti panjang, boleh la plan nak jjcm ke mana-mana ๐Ÿ˜ƒ.
awal-awal reserve cuti rehat. agar tak kena cantas di saat akhir hi hi hi hi...
holiday ni sgt penting! ia mcm something yg boleh menghilangkan stress yg terbuku di hati.
anak-anak ceria, kita pun gembira, kan.

๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘

16 comments:

  1. Wah bagus dah bersedia awal untuk Nurin. Untunglah Nurin sebab ada orang ingatkan selalu. Good luck.

    ReplyDelete
  2. Cuti panjang masa yang ditunggu-tunggu.
    Saya kena prepare untuk UPSR tahun ini.

    ReplyDelete
  3. Bab cuti panjang Mimi tak kisah sebab lepas cuti bersin smabung cuti rehat pulak. Tapi cuti raya yang best tuh kan

    ReplyDelete
  4. semoga anak akak peroleh kejayaan untuk pT3 nanti. ;)

    ReplyDelete
  5. wahh dh ade jadual cuti panjang boleh planning nih.. :p

    ReplyDelete
  6. Kami ada je cuti memang fokus balik kampung.
    Untuk Nurin..fokus daripada sekarang untuk PT3..rasa macam lama lagi tapi sebenarnya masa berlalu sekejap je.

    ReplyDelete
  7. waalaikumussalam kak adia.. goodluck adik nurin

    ReplyDelete
  8. dec lepas dah submit cuti raya ๐Ÿ˜„๐Ÿ˜„
    yea elok sediakan anak2 awal kan, agar tak kelam kabut nnt

    ReplyDelete
  9. bestnya cuti pjg.. xsabar nk cuti.. haha

    ReplyDelete
  10. Memang perlu fokus dari awal kan. At least dah tau rentak nk cover mana yg perlu lebih semua. Tak lah nk pulun semua akhir2 nanti. Stress jdnya.

    ReplyDelete
  11. selamat merancang cuti 2020 kak. Semoga famili akak bahagia selalu. Goodluck untuk PT3 tau nurin

    ReplyDelete
  12. Agree with you aida. Sy pun this year dahulukan hal UPSR anak. Alhamdulillah sekolah pun dah start buat tuition since yesterday. Jadi both anak-anak & parents becomes more alert & engaged alhamdulillah

    ReplyDelete
  13. dana kalau tengok cuti panjang-panjang selalu mikir kan jem dulu kak hehehe...
    bila anak ada periksa penting kita mak pak pun kene pandai nk kawal time cuti kan, jangan nak seronok jln sana sini happy2 je sampai lupa peperiksaan bsr yang bakal di hadapi.

    Dana suka cara akak, sangat merendah diri, sama-sama nk berusaha untuk Nurin, bukan push dia je..

    ReplyDelete
  14. Saya even cuti panjang tak cuti sangat pun sebab kalendar kerja tak sama dengan cuti sekolah huhu.. Raya pun biasanya paling lama 4 hari then back to work..

    ReplyDelete
  15. tengok cuti tu best dahtapi tak tahulah pulak dapat bercuti ke tidak memandangkan jabatan saya bekerja ni tahun ni akan buat banci penduduk 2020. semoga kak nurin berjaya dalam pt3 nanti inshaAllah

    ReplyDelete
  16. kalau raya cuti panjang ni risau sebab tak boleh bagi alasan taknak balik kampung dekat mak hahaha. Tak suka balik sebab jam teruk nanti. Kalau boleh nak beraya dekat Sabak je

    ReplyDelete

Blogging...
Blogwalking...
Thank You For Coming :)