Kita mesti sedar bahawa pendidikan awal kanak-kanak sangat memerlukan persekitaran dan motivasi yang amat signifikan bagi merealisasikan bakat dan kemahiran kreativiti kanak-kanak. Kebanyakan dari ibu bapa memberikan pendidikan secara formal dan jarang bertanya -- APAKAH KEHENDAK DAN CITARASA MEREKA YANG SEBENARNYA ?

???

Ibu bapa yang bijak adalah ibu bapa yang mengenal pasti potensi atau kecenderungan anak-anak. Ia memberi peluang kepada anak-anak menerokai potensi semula jadi dalam diri sekaligus mencungkil bakat yang terpendam.

TAHUKAH ANDA bahawa dunia kanak-kanak penuh dengan fantasi dan imaginasi?


Mereka juga begitu sensitif dengan persekitaran. Ketika inilah kanak-kanak giat menjalani proses pembelajaran kemahiran diri. Sudah pasti ibu bapa tidak sabar untuk memperkenalkan anak-anak dengan pelbagai aktiviti seperti melukis, menari atau belajar muzik... iaitu aktiviti-aktiviti kreatif yang merangsangkan mindanya.

Apa sahaja aktiviti yang dipilih perlu mempunyai matlamat yang merangsang minda dan melatih dia menjadi seorang yang KREATIF.

... SENI LUKIS DAN MEWARNA ...

Lukisan Nurin di sekolah. Saya tampal di dinding biliknya.
Ada yang tak abis warna pun... hi hi!
Ada juga yang warna ikut suka.
Bila tak sesuai, ambil eraser and nak padam... "mana bleh, kakak"
Bawah sekali tu - rama-rama, untuk mid-year exam.

Kanak-kanak perlu berfikir dan mengikut kreativitinya. Ini mampu meransang mindanya. Aktiviti seumpama ini memberi tumpuan kepada PENGGUNAAN PANCAINDERA seperti deria rasa, lihat, sentuh, dengar dan bau. Melalui pengalaman kinestetik yang diperoleh, kanak-kanak akan memperoleh pengalaman dan pembelajaran yang MENYERONOKKAN.

MELUKIS DAN MEWARNA adalah aktiviti yang menggembirakan kanak-kanak. Mereka dapat meluahkan apa yang diinginkan. Kanak-kanak akan berasa puas dengan luahan semulajadi mereka.

Sesungguhnya, melalui melukis dan mewarna, kanak-kanak dapat meningkatkan daya sensitiviti pancaindera. Ibu bapa haruslah menyediakan peralatan khas... kertas lukisan, warna dan krayon, berus...


Kanak-kanak lelaki kebanyakannya, mungkin kurang gemar mewarna. Apa kata kita biarkan mereka melukis? Apa sahaja yang terlintas di fikiran mereka menggunakan warna. Lahirkan satu cerita dalam bentuk lukisan.

Kanak-kanak perempuan memang gembira apabila sessi mewarna. Mereka akan asyik mewarna. Terutama gambarajah yang kompleks dan memerlukan warna yang pelbagai.


Tak kira di mana, jadikan aktiviti melukis sebagai salah satu aktiviti asas di dalam merangsang minda anak-anak kita di usia yang muda.
-Pa&Ma-