weekend da tak gerak mana dah!
if nak jalan pun surely hati separuh, sebab, tak nak kuar sebeno nyer...
alamak, camner ni???
kalau kuar gaks.... alamak aii... camner ni???
da demam da ni!
tambahan plak kali ni bakal menjadi demam paling hangat!!!
demam terakhir...


hah hah hah...
program realiti tv PALING TOP kembali lagi...
yg best Aznil kembali mengacara, yes! i like!

paling nostalgia ialah AF 1 -- sebab saya tgk final AF 1 kat dataran Mahkota Parade dgn hubby!!
masa tu lom kawin lagik!!!
meriah juga AF 2 - AF 3 -- ada zahid, farah, mawi...

start AF 4 - AF 6 -- minat saya merudum...
AF 7 - AF 8 -- langsung tak layan!!!


12 pelajar AF 9 (musim terakhir) sudah pun kita tahu - seperti biasa 6 pelajar lelaki dan 6 lagi pelajar wanita telah terpilih mengikuti 10 minggu cabaran AF 9 ini :

LELAKI : AMIR, ERUL, AZRI, AFIF, RAQIB dan KAY
PEREMPUAN : LENA, AIDA, LAIKA, MIZA, NERA dan EKA



Mereka semua akan menjalani sesi pembelajaran di lokasi baru dan pertama dalam sejarah Akademi Fantasia, di tempat terbuka! Konsert Tirai Akademi Fantasia 9, 2 April 2011, 9 malam di Astro Ria...

Buat kali pertama dan terakhir dalam sejarah AF, Diari AF9 akan dibawakan secara terbuka untuk tontonan umum kerana lokasi diari Akademi Fantasia musim terakhir diadakan di tempat umum dan terbuka.

Lokasi diari AF 9 : Plaza Aeon AU2

Sebuah bangunan kecil 2 tingkat yang hanya berdindingkan kaca telah dibina di dalam kompleks membeli-belah tersebut. "Rumah Kaca" ini menempatkan bilik vokal, bilik tarian, bilik muzik, ruang legar di tingkat bawah dan bilik pengetua serta bilik operasi di tingkat atas.

::::: tenaga pengajar :::::

Semua aktiviti pelajar dapat dilihat oleh pengunjung pusat membeli-belah ini setiap hari termasuk sesi pembelajaran vokal, sesi tarian dan sebagainya. Penginapan untuk 12 pelajar ini pula adalah di lokasi yang dirahsiakan.


diharapkan agar AF 9 dpt tinggalkan kesa yg bagus utk semua penonton...
moga ia betul-betul melahirkan artis yg berbakat...
moga ia benar-benar mengubah industri muzik tanahair kita menjadi lebih baik!!!

sape Pengetua ekkkk???
bikin suspen la.

Photobucket