kalau nak dikira hari, dah pun nak masuk hari ke4 abah & emak pergi.
kami hantar adik-beradik ari tu khamis / 4.8.2011 @ 2:45 pm.
dgn linangan air mata...
sempat pohon ampun & maaf...
moga abah & emak selamat menunaikan umrah di tanah suci di bulan ramadhan yang mulia ni.

sempat gaks pesan agar salam kami dikirimkan kepada Nabi Muhammad s.a.w.
berserta kiriman doa-doa utk mak sampaikan...
agar mak tahu apa yang kami maksudkan, mak suruh kami masing-masing list down hajat di hati & sanubari.

"mak, doa kan ni ye mak..... i love u mak!"


yg best nyer, semalam, tepat jam 2:40 pm, abah call dari Mekah.
happy betul suara abah.


kata nyer, buka puasa sedap alhamdullillah.
cuma kaki la lenguh-lenguh skit, byk berjalan sejak tiba lagi.
waktu tu abah sempat la cakap dgn cucu - syuhada & nurin.
dpt la melepaskan rindu sama-sama...
mak tgh tido kata abah, keletihan...

alhamdullillah... abah & emak selamat sampai di sana.
memang abah da lama berhajat nak buat umrah time ramadhan.
syukur ke hadrat Ilahi kerana memenuhi hajat abah & emak waktu mereka masih sihat ni.
sihat tu, tak ler brape sihat.
abah da few months dok cucuk insulin.
rupa-rupanyer, 1 week before nak berlepas ke tanah suci, emak pun da kena cucuk insulin.
aduhai... sedih dgr.



abah & emak dijadualkan balik next friday 19.8.2011 @ lewat ptg. sekali lagi kami anak-anak dan cucu-cucu akan berduyun-duyun ke KLIA jemput abah & emak. da plan dah nak berbuka istimewa ptg tu berserta sikit doa selamat, insya'Allah...

Ya Allah, Kau selamatkan la emak & abah kami agar terus sihat hingga tamat ibadah umrah mereka. Kau berikanlah mereka berdua sepenuh kekuatan dan kesihatan. Ya Allah, Kau selamatkanlah kesemua perjalanan mereka untuk semua urusan. Kau permudahkanla segala urusan mereka. Sesungguhnya Kau la tempat kami memohon dan Kau la yang Maha Penyayang... Aminnn...




Photobucket