~ anak-anak lena dlm selimut kat laketown hotel, bukit merah resort.
lepas dpt sebotol susu, masing-masing tertidur hingga ke pagi ~


" Kanak-kanak yang tidur lewat tengah malam didapati 25% lebih berisiko mengalami tekanan jiwa dan berkeinginan membunuh diri daripada mereka yang tidur pada atau sebelum pukul 10 malam. Demikian menurut kajian yang disiarkan dalam majalah Sleep.

Kajian dilakukan pada 17,000 pelajar yang berumur antara 12 dan 17 tahun dan ibubapa mereka di Amerika. Mereka mendapati remaja yang tidur selama 5 jam atau kurang mempunyai 71% risiko tekanan jiwa dan 48% kecenderungan membunuh diri jika di bandingkan dengan mereka yang tidur sekurang-kurangnya 8 jam.

Dr. James Gangwisch, professor di Columbia University College of Physicians and Surgeon di New York menyatakan bahawa kajian tersebut adalah selari dengan theori yang menyatakan bahawa tekanan jiwa berkait rapat dengan kekurangan tidur.

Beliau menambah lagi bahawa tidur dan rehat yang cukup adalah rawatan terbaik dalam menangani tekanan dan stress.

Para penyelidik percaya bahawa tidak cukup tidur memberikan kesan secara lansung terhadap tekanan, ini membawa mereka menghadapi kesukaran mengharungi cabaran harian dan sukar menyesuaikan diri dengan kawan-kawan atau orang dewasa lain, dan mereka juga lebih mudah menjadi murung.

Kajian terbaru ini juga mengesahkan kajian sebelum ini yang mendapati bahwa kesukaran tidur boleh membawa seseorang menjadi gila.

Selama ini para pakar telah mengaitkan masalah tidur dengan masalah mental tetapi ianya dianggap sebagai kesan sampingan sahaja, namun kini para saintis di Harvard percaya kesukaran untuk tidur merupakan penyebab kepada berbagai masalah jiwa.

Kekurangan tidur juga menyebabkan badan anda mengalami kekacauan yang teruk terhadap hormon-hormon badan termasuklah hormon yang diperlukan dalam menangani tekanan. " ~SUMBER : wartashubhi~



betul betul betul !
tak payah la nak cakap kat budak-budak. effect dia pada kita org tua @ dewasa ni pun da jelas kita ketahui. kalau tido tak cukup je, mula la fade up sana fade up sini. muka toya jer kat ofis. marah sana, marah sini... tekanan jiwa la tu. ini kan pulak budak-budak kecik. maka, betul la tindakan saya ~ nak jadikan anak-anak tidur awal, paling lewat diorang boleh berlegar-legar keliling rumah is at 10:20 mlm.

as for adik syuhada no problem sebab most of the time dia akan terlelap sendiri before 10 mlm. problem? kakak nurin... mata dia sgt la tahan. kalau la ibu & ayah masih tonton tv kul 1 tgh mlm, sehingga itu la dia bleh tahan berjaga... takpe takpe... lama kelamaan nanti akan jadi kebiasaan... insya'Allah...


Photobucket