2 mlm lepas saya bebetul marahkan anak-anak. gi kedai beli brg, diorang elok sgt main kuar masuk kan cd kat muncung radio kereta. tiba-tiba angin saya naik, terus la diorang kena lecture dgn saya sepanjang perjalanan. balik umah je, saya sambung lecture kan diorang. brot bret brot bret saya membebel... aduuuuuuuhai ibu oii... hi hi hi...

mlm tu saya amat penat! tak tahan! sebab ada kes kat seremban siang nyer, seharian berdiri, berjalan... aduuuuuuuuuuuuhai...

so kat ofis semlm belek-belek magazine lama kat ofis.... terjumpa ler artikel pasal anak yg stress. and just wanna share few tips di bawah :

AKTIVITI FIZIKAL
sesekali... or ptg-ptg biar anak-anak main kat luar ~ basikal, main bola, lari-lari dgn anak jiran. sebab udara segar berikan diorang ketenangan. dia main hingga berpeluh ~ sihat, kan? biar dia bersosial...

tiap hari bila tiba umah, nurin & syuhada sure tanya ~ "ibu, boleh main basikal?" ~ tgk gak keadaan saya bagi diorang main. ramai tak budak lain main... sebab kalau diorang sendiri, takut gaks saya nak release. bila tgk ada anak-anak jiran ramai kuar umah play around, baru la diorang bleh kuar... zaman skang ni kena jaga, penculikan berleluasa. gila ibu kalau anak-anak ibu hilang!


MINAT MELUKIS
bagi dia pensil, kertas, alatan mewarna. biar dia buat per dia nak. mewarna sesuka hati sesedap imaginasi dia sendiri. biar dia fokus. dia luahkan apa ada dlm fikiran kat atas kertas tu. dia bleh lupa kemurungan dia, jika ada ler.

nurin & syuhada memang tak abis-abis minat mewarna. pensel warna je ada 3-4 jenis. saya just ajar diorang cara mewarna yg betul.


SENAMAN PERNAFASAN
yg ni baru bagi saya. so, akan saya buat le dgn itu 2 org dara pingitan di rumah. tariiiiiik... lepaaaaass... tariiiiik... lepaaaaaaaaass... huh! hah! huh! hah! sure diorang seronok punyer. ia bleh bagi lebih oksigen kat badan dia. dia pun tenang and relax...

MASA UTK BEREHAT
biar dia buat per dia nak. relax dgn cara dia sendiri... diorang pun nak privasi kan? hi hi...

memandangkan nurin & syuhada memang ada bilik sendiri, hmmmm berkecah betul la bilik itu. sometimes angin satu badan gaks tgk bilik yg bersepah! dia berdua paling gemar main cikgu-cikgu & emak-emak. ada la 3-4 teddy bear dijadikan baby / student :) cute! especially syuhada, suka sgt berlakon jadi cikgu tadika dia.


TUNJUKKAN MINAT SECARA AKTIF
selalu bertanya dia pe dia buat hari ni. suruh dia citer dgn cara dia. from this, anak tahu kita minat nak tau pe dia buat. dia tahu kita amik berat... maka, nanti-nanti dia akan sendiri cerita kat kita... hubungan ibu & anak pun akan rapat...

ni memang tiap hari saya buat. tanya per je diorang buat kat sekolah / tadika. pe cikgu buat. pe kawan buat. byk jugak la pertanyaan saya... just nak tau apa yg diorang lalui saban hari tanpa ibu & ayah... so, diorang pun cerita and cerita and cerita. sometimes, hingga kita pulak tak larat nak dengar ha ha ha...

~sharing is caring~
Photobucket