assalamualaikum & salam sejahtera 💛

alhamdullillah. hari ini 1 Rejab.

umat Islam digalakkan beribadat sebanyak mungkin dalam bulan Rejab sebagai satu latihan sebelum mereka menghadapi bulan Ramadan kerana pada bulan ini Allah SWT banyak memberikan rahmatNya. ia adalah permulaan bulan mulia dan bagi mempertingkatkan ibadat dan ketaqwaan, terutama melipat-gandakan amal soleh seperti istighfar dan puasa sunat. 

Rasulullah SAW bersabda, “Kembalilah kepada tuhan kamu dengan keampunan daripada dosa-dosa kamu dan hindarilah perbuatan maksiat dalam bulan mulia, iaitu Rejab.

Doa bulan Rejab

1 Rejab 1442 | Bulan taubat dan bulan berdoa

Rejab sebagai bulan penebus dosa serta menambah ganjaran pahala juga mempunyai banyak kelebihan dan bermanfaat. beberapa amalan yang baik dilakukan dalam bulan Rejab.
  • Menyucikan diri daripada dosa dengan bertaubat dan memohon ampun. 
  • Meneguhkan jiwa dan keimanan dengan memperbanyak bacaan al-Quran. 
  • Membersihkan hati yang lalai dan alpa melalui amalan beristighfar dan zikir. 
  • Mendekatkan diri kepada Allah dengan menunaikan solat, puasa dan bersedekah. 
  • Mohon keselamatan dan kesejahteraan dengan berselawat dan berdoa kepada-Nya. 
  • Menginsafkan diri dengan membaca atau mendengar peristiwa Israk dan Mikraj, kisah teladan perjuangan Rasulullah dan sirah Islam lain. 

Dari  Ibnu Abbas r.a., Rasulullah SAW bersabda, “Sesiapa membaca kalimah berikut, pada bulan Rejab, Syaaban dan Ramadhan di antara waktu Zuhur dengan Asar; nescaya disuruh dua malaikat untuk menghapuskan surat kejahatan.

. اَسْتَغْفِرُاللهَ الْعَظِيْمُ الَّدِىْ لآ اِلَهَ اِلاَّ هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّوْمُ وَاَتُوْبُ اِلَيْهِ تَوْبَةَ عَبْدٍ ظَالِمٍ لاَ يَمْلِكُ لِنَفْسِهِ ضَرًّا وَلاَ نَفْعًا وَلاَ مَوْتًا وَلاَ حَيَاةً وَلاَ نُشُوْرًا. 

bermaksud : "Daku memohon ampun kepada Allah yang Maha Agung yang tiada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus! Daku bertaubat kepada-Nya selaku taubatnya seorang hamba yang banyak dosa yang tiada menguasai akan dirinya dan tidak mampu membuat, menolak mudharat dan manfaat serta tidak dapat menguasai kematian, hidup dan kebangkitan."


Imam Syafii rahimahullah berkata, "ada 5 malam dalam setahun, Allah bukakan pintu langit. salah satunya adalah malam 1 Rejab".

sabda Nabi Muhammad s.a.w., "Bulan Rejab bulan Allah, bulan Sya'ban bulan ku dan bulan Ramadhan bulan umatku."

Nabi s.a.w. bersabda, "Bulan Rejab Syahrullah (bulan Allah), diampunkan dosa orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah."

dalam kitab Raudhoh Nawawi ada menyebut, "Malam awal Rejab mustajab doanya."

bulan Rejab dikenali sebagai bulan istighfar. oleh itu, perbanyakkan doa mudah-mudahan Allah ampunkan dosa kita dan makbulkan doa kita . Mohon ampun daripada Allah, banyakkan istigfar. kemuliaan bulan Rejab dengan malam Isra' Mi'raj, bulan Sya'ban dengan malam Nisfunya dan bulan Ramadhan dengan malam Lailatul Qadarnya. sungguh istimewa, kan.

bulan Rejab menabur benih. di bulan Sya'ban pula kita menyiran tanaman. bila Ramadhan menjelma, kita menuai. bulan Rejab mensucikan badan. bulan Sya'ban mensucikan hati. bulan Ramadhan kita mensucikan roh. bulan Rejab bulan taubat. bulan Sya'ban bulan muhibbah. bulan Ramadhan dilimpahi pahala amalan...

beramallah bersungguh-sungguh dengan berjaga sepanjang malam bagi melakukan ibadah solat-solat sunat, beristighfar, bertahmid, berzikir, bertasbih, berselawat dan berdoa. bersahurlah sebagai persediaan puasa pada siangnya dan amal ibadat yang lain. sekiranya tidak dapat diamalkan setiap hari dan malamnya pada bulan Rejab, maka amalkanlah pada hari Isnin, Khamis  dan Jumaat. Jika tidak dapat lakukan kesemuanya, janganlah tinggalkan semuanya.

bertasbih di bulan Rejab

Istighfar tauhid di bulan Rejab

banyakkan selawat ke atas Nabi di bulan Rejab

banyakkan istighfar di bulan Rejab

penghulu istighfar di bulan Rejab

istighfar di bulan Rejab

sumber gambar : shafiqolbu

Nabi s.a.w. bersabda, "Puasa bulan Rejab, wajib baginya diampunkan dosanya yang lalu, dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal (baki) dan terlepas dari dahaga pada hari Kiamat." 

Nabi s.a.w. bersabda, "Siapa berpuasa 3 hari dalam bulan Rejab dan beribadat pada malamnya (berjaga), seperti dia berpuasa 3000 tahun, diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya, 70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Quran di naikkan ke langit), 70 hajat ketika di timbang amalannya di Mizan, 70 hajat ketika berlalu di atas titian Siratul-Mustaqim."

sekadar menjadi penggalak dalam diri bagi mencapai ganjaran yang Allah sediakan. bersamalah kita mengimarahkan bulan Rejab 😌.