genap la 4 tahun usia viva ijau di atas bulan April 2012... tq so much & i love you! byk da berjasa pada kami sekeluarga... maka, dgn rasminya nak annouce... insya'Allah next year nak up-grade skit viva ijau ni. azam bermula sekarang ~ kumpul & cukupkan bajet...

beli viva ni dulu standard je 850cc, takde aksesori pe pun. masa tu beli secara terkejut sebab mr. husben ulang-alik keje jauh dgn motor! badan mr.husben pun jadi tak sihat. sian dia...

jadikan viva ijau ni as our 2nd car... saya pakai 1, mr.husben pakai 1 masing-masing gi keje naik kereta. byk jasa viva ijau ni. bawa mr.husben ulang-alik melaka~tangkak selama 1 tahun lebih... bawa saya ulang-alik melaka~jb selama 9 bulan.

so, memandangkan 1st car da di up-grade secara keseluruhan 20.11.2011 yg lepas dari kereta nasional ke kereta import, tiba la giliran viva ijau ni plaks :) tapi, next year la ekk. tahun ni bajet dikumpul kena disalurkan ke baby baruyang bakal lahir bulan July nanti.

alhamdullillah viva ijau ni tidak pernah lagi accident kecik or besar. minta-minta Allah jauhkanlah sebarang bencana malapetaka di dalam keluarga kecil kami ni. aminn...






sport rim ~ skang tinggal 3 roda yg ada cap, 1 cap da ilang ntah ke mana!!! so bahagian roday viva saya ni cacat ler skit :( (sila rujuk gambo di bawah)


reverse censor ~ walaupun kta kecik, tapi penting reverse censor ni. baru la konfiden nak reverse... bleh reverse sesuka hati hua hua hua...

spoiler & skirting ~ baru la sporty skit hi hi hi

leather seat ~ maklum la kta viva ni kta khas utk ibu & anak-anak, if tak di leather kan, seat nyer comot! anak-anak cenderung menumpahkan air, so seat nyer tak lawa!

anta gi polish ~ mengembalikan sinar warna hijau yg baru.

tu aje. tu pun rasa nyer capai RM4k tak? aiyah, cukup ke waktu nak kumpul ni... hmmmm... pe pun, impian tu kena ada baru la ia boleh dicapai. tanpa impian, takde hala tuju (chewah!).

~ sekian ~


Photobucket