memang pening-pening lalat kepala dibuat izzat! siang hari ~ tido dgn lena... start tgh mlm, izzat start buat 'lagu'. aduuuuhai... susu cukup. pampers tip top. perut ok. air-cond ibu on... nangis jugak! bila ibu dukung, lekat rapat dgn ibu ~ lena. aduuuhai sayang, takkan sepanjang mlm bu nak dakap izzat hu hu hu...

tapi tu la hakikat nya ~ izzat berjaga mlm. mr.husben hanya bertugas jaga izzat if the next day tak keje. if keje, aku le sorang berjaga bersengkang mata teman jaga izzat. siang, bila izzat lena, ibu pun join izzat's club ~ tido hingga lebam!

buah hati ibu :)
tidur tiarap memang buat izzat tido lena...


ntah hingga bila izzat nak gini. hopefully dlm masa terdekat berubah le ye sayang. ibu nak keje nanti :-)

kat bwh ni ada tips ~


kalau anak anda menangis, ada beberapa makna. antaranya ialah:

1 - Sebab basah
2 - Sebab lapar
3 - Perlukan perhatian
4 - Rimas akibat terlalu banyak perhatian
5 - Sakit
6 - Penat
7 - Sudah terjaga daripada tidur
8 - Rasa tidak selesa

apakah yang perlu anda buat?
Bertindak segeraAnda perlulah cepat memberikan tindak balas terhadap tangisan anak. Jika anda dapati anak mula hendak menangis, angkat dia dan dukunglah dengan penuh kasih sayang. Bercakaplah padanya dengan suara yang lembut. Sebaiknya, jangan biarkan dia mula menangis kerana bimbang lambat berhenti.
RapatJika anak sudah menangis, bawa bayi rapat ke muka anda sebab jika dia buka matanya, dia akan nampak anda. Hasilnya, dia akan rasa tenang dan seterusnya berhenti menangis kerana tahu anda berada dekat dengannya.
Periksa sekeliling anakPeriksa sama ada anda perlu salinkan lampinnya atau pun tidak? Semasa menukar lampin tersebut, periksa juga kulit bayi anda untuk melihat adakah kulitnya ada ruam lampin ataupun tidak? Ruam lampin lazimnya membuatkan anak rasa tidak selesa terutamanya ketika basah lebih-lebih apabila terkena air kencingnya.
HausLihat jam, sekiranya sudah tiba masa untuk anak minum, berikan dia susu kerana dia mungkin haus.
Periksa suhu badan anakSekiranya anak sejuk, selimutkanlah dia dan jika dia panas, tukarkan pakaiannya kepada yang lebih nipis agar anak lebih selesa.
Bawa anak berjalan-jalanRamai bayi akan berhenti menangis jika dibawa berjalan-jalan atau paling tidak pun mendodoikannya. Cubalah lakukan cara ini. Mudah-mudahan anak anda akan rasa lebih tenang dan berhenti menangis.
Gunakan bunyi-bunyianAnda tentu tahu bahawa pada trimester ketiga kehamilan, bayi boleh sudah boleh mendengar apa-apa sahaja yang berlaku di luar kandungan ibunya. Oleh yang demikian, cubalah memainkan bunyi-bunyian yang anda rasa boleh memenangkan bayi seperti bunyi kipas angin, bunyi mencari frekuensi radio atau sebagainya.
Jangan goncang bayi andaTidak dinafikan bahawa ada di kalangan ibu bapa rasa tertekan setiap kali anak mereka menangis. Akibatnya mereka akan menggoncang-goncang bayi tersebut dengan harapan dia akan berhenti menangis. Ketahuilah bahawa tindakan tersebut sangat bahaya kerana boleh mencederakan. Goncangan yang kuat boleh menyebabkan kerosakan pada otak bayi, kecederaan tulang belakang dan kematian.
Bawa anak ke tempat lainAnda tentu tidak terfikir yang anak anda menangis ialah kerana bosan. Bosan dengan persekitarannya. Oleh itu, bawalah anda bersiar-siar melihat kawasan sekitar yang lebih berwarna-warni dan menyegarkan.
Periksa keadaannyaJika anak anda menangis seperti berada dalam kesakitan, perhatikan pada tubuhnya, mungkin dia digigit semut atau serangga lain. Mungkin juga anak anda menangis kerana kolik. Bayi yang mengalami kolik lazimnya akan menangis dengan kuat untuk satu jangka masa yang panjang, mukanya akan berubah menjadi kemerah-merahan, perutnya kelihatan tegang, menangis sambil menarik-narik kaki, dan mengepalkan tangannya. Jika berhadapan dengan masalah ini, anda perlulah membantu meringankan kesakitan anak dengan mendukung dan mendodoinya secara perlahan-lahan. Pada masa yang sama, usaplah punggung dan perutnya secara lembut. Sekiranya tangisan berterusan, bawalah anak berjumpa doktor kerana mungkin ada masalah lain.
sumber : PA&MA

hmmmm good tips. but sometimes, kalau da sampai mood baby nak nangis, nangis gaks! hi hi...


Photobucket