salam hari isnin semua :-)
memang hari ni mostly kita lemah nyer la nak gi keje, kan?
tambahan plak izzat mlm td tak selesa tido sebab batuk!
memang kelam kabut la malam tadi saya dok bangun-bangun tgk izzat...
pening kepala pagi ni hu hu hu...



nak citer pasal zakat...
bulan lepas, 15.2.2013, kat ofis ada taklimat pasal zakat.
memang bersyukur sgt pengurusan buat taklimat ni.
memang byk beri kesedaran...

ada 3 jenis zakat yg saya take note on that day yg memang saya kena kira-kira :
  1. zakat pendapatan
  2. zakat simpanan
  3. zakat emas

antara mesej dari pemberi taklimat (ustaz dari Pusat Zakat Melaka) :-

  • zakat tu sama berat dgn solat. dlm al-Quran memang byk sebutkan perkataan zakat & solat secara bersesama... wajib!!!
  • hanya 2.5% je dari pendapatan kita wajib dizakatkan. if tidak, haram!!! tak halal tau pendapatan kita. ni perkara yg paling saya terkejut time ustaz tu inform. alamak??! zakat fitrah time aidilfitri tu lain... kita bersedekah tu lain. zakat ni lain and zakat ni paling penting. wajib!!!
  • berzakat kerana Allah. bukan sebab tak nak bayar income tax...
  • kalau kita buat loan dan masuk ke dalam akaun utk tujuan peribadi / saving. wajib byr zakat simpanan sekiranya loan tu kita buat secara islamic. if loan konvensional, tak wajib dizakatkan...
  • wang simpanan, if tidak lagi menjadi milik sempurna kita, tak wajib zakat lagi. sebagai contoh, masuk ke simpanan tetap dgn tempoh matang 3 tahun. selama 3 tahun tu nilai simpanan tetap tu tak wajib dizakatkan.

ada 2 cara camne kita nak kira zakat pendapatan :-
  1. gaji hakiki + elaun. then darab dgn 2.5%.
  2. gaji hakiki + elaun. then, penolakan perbelanjaan yg dibenarkan seperti di bawah ni hah...

~ diri saya ~
bleh tolak 3 jer la iaitu utk diri sendiri, kwsp & tabung  haji/takaful tu.
pemberian ibu bapa tu saya tak declare sebab tak beri dlm nilai yg tetap.

then, after declare everything, just klik 'kira Zakat' kat bawah tu.
akan dpt brape nilai zakat yg wajib dibayar...

mode of settlement, bleh terus ke pusat zakat negeri masing-masing...
samada nak byr lump sum or tolak bulan-bulan for that year...
next, bila kita nak declare for income tax, bleh letak amaun zakat kita, dpt la pelepasan.

kata le utk tahun 2012, kita bakal kena bayar income tax sebanyak RM1400.
but, kita da bayar zakat pendapatan sebanyak RM1000.
so, kita just kena bayar income tax sebanyak RM400.
and if kita bayar zakat pendapatan lebih dari RM1400, kita da tak payah byr income tax.
gitu la secara kasar yg bleh saya explain...
lebih lanjut, refer kat pusat zakat dan LHDN.

pendapatan bagi negeri Melaka.

untuk negeri Melaka.

yang kedua, jangan tak tahu ~ ada zakat simpanan tau!!!

baki TERENDAH untuk setiap simpanan...
kata la kita ada simpanan ASB...
dalam tahun 2012 kita ada masukkan duit, ada keluarkan duit... byk la transaksi dlm setahun tu.
kita just ambil nilai baki yang paling rendah di antara byk nilai baki yang ada.
then, letak le kat kotak nilai di atas...

begitula if kita ada byk akaun simpanan...
jumlah semua tu if lebih nisab, baru wajib dizakatkan...
tapi perlu ingat, kena deduct dulu faedah ye before nak calculate...

ketiga ~ zakat emas... ni sebagai perempuan kita kena take note la ye...

  1. emas yg kita pakai. walaupun sekali pakai, kira pakai la tu kan. sebab kita ni kan tukar-tukar pakai emas ikut function. semua emas yg kita da termasuk la yang baby girl kita pakai, anak-anak dara kita pakai. jgn lupa!!! if lebih dari 200g, da wajib byr zakat...
  2. emas yg tak pakai, contohnya jongkong emas. ataupun orang lelaki dpt hadiah klip tali leher emas, pen emas, dll... semua tu pun kena timbang. if lebih dari 85g, wajib byr zakat dah...   





itu aje perkongsian utk ari ni...
orang melaka ~ jengah sini utk maklumat lanjut dan dpt kan kalkulator utk kira zakat uolls :-)


"sikit kita beri, in shaa Allah lebih byk kita dapat..."

Photobucket