teruskan beribadah dlm bulan sya'ban ye.
moga kita terus sejahtera hingga ke bulan ramadhan nanti in shaa Allah...
sgt suka bila baca ni.
sorang member cikgu, dia share :-
Pengumuman Penutupan Sekolah Pada 24 Jun 2013 (Isnin)
Maklumat ArtikelDitulis Oleh AdministratorKepadaSemua Sekolah Negeri Melaka
Dimaklumkan bahawa semua Sekolah-Sekolah Negeri Melaka diarahkan ditutup esok Isnin 24 Jun 2013 ekoran dari Bacaan IPU 402 di Melaka dan 459 di Bukit Rambai. Pihak sekolah diminta memaklumkan kepada semua guru dan ibubapa murid. Sila letakkan notis bercuti di pintu pagar sekolah masing-masing.
Sekian, terima kasih
sgt seronok. sebab memang saya nak nurin & syuhada cuti dari ke sekolah this week sehingga jerebu pulih.
at least hingga ke tahap selamat.
and tambah seronok, emak abah saya sudi turun melaka dari KL nak jaga anak-anak.
kebetulan mr.asben kursus ke batu pahat minggu ni.
alhamdullillah...
ni gambo yg saya snap dari parking lot ke arah dataran pahlawan. kabus tebal mcm kat genting highland... ni kul 2 petang pada hari rabu minggu lepas ye... |
khamis lepas tiba-tiba izzat demam. teacher dari taska call dlm kul 2.30 ptg.
demam tinggi, teacher nyer risau takut jadi mudarat.
kul 4 ptg saya da tiba di spital pantai, sib baik tak ramai org.
Allahu Akbar... sgt terkejut bila dr lee suruh saya tgk tekak izzat.
disuluhnya, tekak izzat bernanah. ada nanah kecil kecil di serata tonsil izzat !!!
terdiam seketika. dok pandang dr lee...
dpt la antibiotik utk tonsilitis izzat.
dpt juga ubat utk demam tinggi, bukan masuk punggung, titik dlm mulut...
setakat sekarang, izzat da tak demam, batuk da kurang, selsema da hilang :-)
maintain makan ubat antiotik je hingga khamis.
then, abis :-)
anak-anak dara saya yg tergelak-gelak disuruh pakai mask! diorang ingat main-main agak nyer! |
kat melaka giler teruk jerebu!!!
semalam balik seremban, umah MIL, pun da teruk...
dari depan rumah MIL ~ ampangan seremban :-) |
trafik light depan stadium paroi ~ jerebu tahap teruk !!! |
highway plus, nak balik melaka... |
a'famosa resort... da mcm first world hotel genting highland di waktu pagi :-) |
da sampai melaka... melaka bandar teknologi hijau yg berjerebu !!! |
aduuuuuhai...
bila la nak ok kan jerebu ni?
lagi 15 hari nak puasa...
9 Comments
bila jerebu ni...
ReplyDeletekita risaukan anak2 jer lah kan sis...
kita ni leh kuatkan diri lagi...
doa2 lah dapat hujan lebat...
kalo hujan rasanya kurang skit jerebu ni...
huhu tak berapa teknologi hijau sgt ni kak..;)
ReplyDeleteKesiannya izzat. Smoga cepat sembuh.
ReplyDeleteKakak pun berdoa moga adalah hujan turun bagi meredakan sikit jerebu yg melanda ini Aida. Kalau bulan puasa lagi rasanya kalau terus jerebu bazar ramadhan pun kurang org nak berkunjung kan...
ReplyDeletemcmmana la di indonesia tu
ReplyDeleterasp ~ yes betul. kita ni nombor 2. anak2 tu yg diutamakan :-)
ReplyDeletefizah ~ ha ha ha tu la pasal!!! teknologi ijau la sgt :-)
ReplyDeletemoga cepat la abis kes jerebu ni... yes, memang tak laku la bazaar ramadhan kot ha ha ha... makanan penuh habuk jerebu!!!
ReplyDeleteharap hujna cepat turun
ReplyDeletejadi jerebu cepat hilang
AMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.