pertama sekali, salam nisfu sya'ban dari saya...
teruskan beribadah dlm bulan sya'ban ye.
moga kita terus sejahtera hingga ke bulan ramadhan nanti in shaa Allah...

sgt suka bila baca ni.
sorang member cikgu, dia share :-

Pengumuman Penutupan Sekolah Pada 24 Jun 2013 (Isnin)
Maklumat ArtikelDitulis Oleh AdministratorKepadaSemua Sekolah Negeri Melaka
Dimaklumkan bahawa semua Sekolah-Sekolah Negeri Melaka diarahkan ditutup esok Isnin 24 Jun 2013 ekoran dari Bacaan IPU 402 di Melaka dan 459 di Bukit Rambai. Pihak sekolah diminta memaklumkan kepada semua guru dan ibubapa murid. Sila letakkan notis bercuti di pintu pagar sekolah masing-masing.
Sekian, terima kasih

sgt seronok. sebab memang saya nak nurin & syuhada cuti dari ke sekolah this week sehingga jerebu pulih.
at least hingga ke tahap selamat.

and tambah seronok, emak abah saya sudi turun melaka dari KL nak jaga anak-anak.
kebetulan mr.asben kursus ke  batu pahat minggu ni.
alhamdullillah...

ni gambo yg saya snap dari parking lot ke arah dataran pahlawan.
kabus tebal mcm kat genting highland...
ni kul 2 petang pada hari rabu minggu lepas ye...

khamis lepas tiba-tiba izzat demam. teacher dari taska call dlm kul 2.30 ptg.
demam tinggi, teacher nyer risau takut jadi mudarat.
kul 4 ptg saya da tiba di spital pantai, sib baik tak ramai org.

Allahu Akbar... sgt terkejut bila dr lee suruh saya tgk tekak izzat.
disuluhnya, tekak izzat bernanah. ada nanah kecil kecil di serata tonsil izzat !!!
terdiam seketika. dok pandang dr lee...
dpt la antibiotik utk tonsilitis izzat.
dpt juga ubat utk demam tinggi, bukan masuk punggung, titik dlm mulut...

setakat sekarang, izzat da tak demam, batuk da kurang, selsema da hilang :-)
maintain makan ubat antiotik je hingga khamis.
then, abis :-)

anak-anak dara saya yg tergelak-gelak disuruh pakai mask!
diorang ingat main-main agak nyer!

kat melaka giler teruk jerebu!!!
semalam balik seremban, umah MIL, pun da teruk...

dari depan rumah MIL ~ ampangan seremban :-)

trafik light depan stadium paroi ~ jerebu tahap teruk !!!

highway plus, nak balik melaka...

a'famosa resort...
da mcm first world hotel genting highland di waktu pagi :-)

da sampai melaka...
melaka bandar teknologi hijau yg berjerebu !!!

aduuuuuhai...
bila la nak ok kan jerebu ni?
lagi 15 hari nak puasa...

Photobucket