assalamualaikum & salam sejahtera 😉
alkisah, ini sebenarnya part 4 dari coretan holiday yang lepas. baru berpeluang untuk sambung menaip di blog dan kongsi kegembiraan yang seterusnya.
baca dulu yang 👇 ye. tq 💜
- part 1 | Impiana KLCC Hotel yang best!
- part 2 | explore Aquaria KLCC
- part 3 | explore Petrosains KLCC pula
memang dalam perancangan utk bawa anak-anak ke Putrajaya. ada hot air balloon. ala-ala cerita fazura tu lah, Hot Air Balloon Cappadocia. menarik dan tertarik. saya sendiri pun tak pernah lihat dan naik hot air balloon ni. ini peluang keemasan la kan.
khemah tempat makan. gerai aneka makanan. |
kami tiba di putrajaya sebelum jam 2 ptg pada 29.3.2014 tu. punyer la excited nak tgk belon panas kan. alhamdulillah dpt parking kereta kat tempat strategik. ya ampun! punya la ramai umat manusia di putrajaya... meriah!
cuaca? sgt panas hu hu hu hu 😖
kami sampai and makan tengah hari dulu. dlm jam 4 ptg gitu after melepak, makan-makan, baru la gerak jalan-jalan di persekitaran Putrajaya. masa tu, langit nampak nyer da berat. cuaca beransur mendung. dlm hati ada frust skit la. berdoa pada Allah agar jgn la diturunkan hujan! hancurlah plan nak tunjukkan anak-anak hot air balloon.
kami terus menuju ke arah Monumen Alaf Baru. kebetulan, persekitaran Monumen Alaf Baru merupakan picnic area, tempat istirahat di tepi tasik. cantik sgt la ni, detik hati ni 😄.
pensil besar kat belakang tu la Monumen Alaf Baru ye. |
on the way tu, layan anak-anak naik kmx bike dulu.
sungguh sedih! sewaktu seronok nurin & syuhada sedang naik kmx bike, hujan turun dgn lebat! tidaaakkk! 😩 dalam hati, masih berharap yg belon panas ada mlm ni dan acara bunga api.
hujan lebat! |
sebab hujan, tak dpt nak bwk anak-anak dara main bola besar ni. |
kami sekeluarga berteduh di bawah pokok. lebih dari 20 minit hujan turun dan kami tersadai di bawah pokok-pokok tu! apabila hujan reda skit, masih ada rintik-rintik hujan, kami segera berjalan ke arah monumen. utk berteduh. dan lepak dgn selesa 😄.
Monumen Alaf Baru ini tingginya 68 m. jalan naiknya berbentuk pelantar tinjau ala beranda yang dibahagikan kepada 4 pecahan yang bersambung iaitu bagi menggambarkan era Malaysia pra kemerdekaan (sebelum tahun 1957), pasca merdeka (1957-1970), Malaysia kini (1971-2020) dan Malaysia akan datang pada tahun 2020 dan ke atas. dilihat dari atas, menara ini seakan-akan membentuk bunga kebangsaan Malaysia iaitu bunga raya yang berwarna emas berkemilauan. di pelantar tertinggi, pengunjung dapat melihat bangunan berhampiran seperti Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Jambatan Seri Wawasan.
tiang. rukun negara. |
then, sepanjang berjalan naik ke puncak monumen ni, setiap cermin tertulis sejarah malaysia.
satu persatu. ikut tahun. sesuatu yg unik dan bermakna!
di antaranya 👇
sgt indah pemandangan dari puncak monumen 😎. anak-anak sgt happy! alhamdulillah...
Izzat sedang sibuk makan coki coki 😄 |
bergambar sakan la kami anak-beranak di dalam hujan yg rintik-rintik tu. ijat berteduh dlm stroller. hingga la hujan berhenti. masa tu da melepas kul 5 ptg.
sgt bagus kalau bawa anak-anak ke Monumen Alaf Baru, Putrajaya. indah. setiap langkah kita tu, kita boleh berborak dgn anak-anak. bercerita tentang sejarah. anak-anak pun akan berminat bila belajar sejarah di tempat yang indah camni. byk cerita ringkas-ringkas je, sebab diorang tak faham pun lagi.
ajak mr.asben naik cruise plak 👍.
kat jeti cruise Putrajaya ramai org! |
naik naik bot antik ni, Dondang Sayang Perahu. malangnya Izzat tak dibenarkan naik. mau letak mana izzat? tak dpt naik la kami sekeluarga 😔 hu hu hu sedih... lain kali lah ye anak-anak.
sekali lagi, bila anak kecil-kecil ni, kita tak bebas utk semua perkara. keselamatan mereka adalah diutamakan. hujan, panas, semua tu pun dugaan yang tidak dpt dielakkan. bagaimana perfect pun planning kita, kuasa Allah mengatasi segalanya.
😌
1 Comments
wah..saya selalu jugak pergi Putrajaya tapi tak pernah lawat monumen ni
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.