lama tidak bercerita perihal kakak-kakak.
dua org anak perempuan permata hati ibu ayah...
alhamdulillah... membesar dgn sihat, cerdik dan cantik.
gembira sentiasa...
- sgt rapat mereka berdua. memang la selalu gaduh, tapi standard la tu gaduh adik-beradik...
- kalau berdua, time baik ~ tak berhenti bercakap, bergurau dan ketawa. kadang-kadang hingga kena marah dgn saya :-) over! bergurau sampai lupa dunia dan membahayakan diri!
- ke mana nak pergi, sekarang kedua-dua nya lebih selesa bertudung. koleksi tudung mereka pun da saya tambah. beli pelbagai warna, senang nak match dgn baju.
- kedua-duanya minat membaca :-) alhamdulillah... nurin lebih la minat nya. syuhada kebanyakannya ikut kakaknya.
- nurin ~ minat sains. astro tviq tu jadi pilihan dia most of the time... nurin suka buat benda-benda baru, just ibu dia ni hah kadang-kadang takde masa!!! but dlm hati sgt menyokong and akan cuba curi masa utk nurin...
- both of them masih tidak brape pandai berdikari. kebanyakan masa masih bergantung / bersandar pada ibu. kadang-kadang naik angin juga bila sesuatu yg diharapkan diorang buat tanpa disuruh, diorang tak buat. aduhai anak-anak dara...
- yg paling saya perasan, dua orang anak dara saya ni perlu diberikan perhatian yg byk. if not mereka boleh ikut pengaruh luar yg tak baik. pengaruh rakan sebaya... pengaruh media elektronik... masa kecik ni la saya sedang bertungkus-lumus nak pastikan mereka bakal jadi orang yg berguna.
dan dua anak dara ni memang suka selfie...
sgt byk selfie. and tak satu pun selfie diorang tu saya delete :-)
saya tetap simpan dlm album.
one day, diorang tgk gelagat diorang sure diorang sendiri tersenyum...
tak dilupa la anak teruna sorang ni kan...
ijat pun da pandai nak selfie... sambil tgn konon2 nak tunjuk peace ha ha...
alhamdulillah...
anak-anak sihat, cerdik dan gembira.
sgt bersyukur...
kebahagiaan dunia yg tiada tolok bandingan nya...
alhamdulillah...
1 Comments
Keletah anak2 memang membuat kita bahagian Aida.. kekadang boleh hilang penat bekerja.. kekadang boleh tambah stress gitu ehehehhe :)
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.