assalamualaikum.
indahnya jadi ibu ayah adalah apabila anak-anak kita cerdik pintar.
lebih-lebih lagi kalau mengikut arahan.
keindahan tu yg dicari oleh kita sebagai ibu ayah, kan?
lebih indah... lebih bermakna apabila mereka apply arahan kita dlm byk cara, byk gaya, di mana-mana dan pada bila-bila masa 😊
weekend lepas, ayah out stesen.
tinggal la ibu dgn anak-anak bertiga.
lewat ptg, hampir maghrib...
ibu pun kuar kan arahan kpd izzat, "tolong kemas mainan dik, da mlm. jom kita mandi?"
izzat menjawab dgn sungguh comel, "boleh boleh boleh" (pengaruh upin ipin!!!)
ibu ni pun masuk bilik nak susun baju yg da dilipat.
kuar dari bilik, tu la yg terjadi...
hu hu hu hu...
nak marah ke... tak nak marah ke...
izzat boleh toleh kat ibu dan senyum, "ijat mas bu"...
dlm hati si ibu yg kebingungan ni ~ "ye la dik, vacuum la lego tu semua..."
kisah kedua ~ kakak syuhada yg otak bergeliga ni plak...
last night jalan-jalan ke jusco ayer keroh, beli brg2 umah skit.
sedang si ibu ni memilih bateri (lama betul memilih bateri!!!), tertoleh and ternampak...
alahai sayang kakak syuhada...
rajin nyer anak ibu sorang.
siap naikkan seluar ke paras lutut lagi, semata-mata nak mop lantai ye dik.
again, nak marah ke... nak tegur ke...
hmmm bior aje la, snap gambo jer.
hingga la dia settle mop dan sangkut balik mop tu.
"dah abis mop sayang?" ibu bertanya dan tersenyum.
dia menjawab, skit terperanjat, "e'eh, ibu nampak ke?"
hu hu hu anak oh anak...
indah, kan?
boleh buat ibu ni tersengih sorang-sorang bila menaip entry ni 😍
10 Comments
hahaha jenuh mikir si ibu nak marah ke tidak. Last-last urut dada je la mampu kan haha :D
ReplyDeletetu la pasal hanim...
Deletesabo aje la kita ni...
yg kakak tu lawak...amboi...rajinnya mop kt supermarket...hihihi
ReplyDeletekakak syuhada tu memang, dia berkenan mop tu hah.
Deletepastu suruh ibu beli.
aduhai anak...
alahai anak...hehe
ReplyDeletealahai...nak tergelakk rasa kak..
ReplyDeletekan ?
Deleteakak ni ha masa tu konfius.
nak gelak ke...
nak marah ke...
alalaala
ReplyDeleterajinnye anak2 akk tu
heheheh comell je
kalu ayu pon xtau nak marah ke ape
mencuit hati
Hehehe... Ragam anak² yg mencuit hati.
ReplyDeletehehe...budak kan kak
ReplyDeletetime nilah nak enjoy semua moment dengan diroang
nanti bila diorang dah besa, kita rindu moment ni
untung blogger cam kita...hehe
AMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.