indahnya jadi ibu ayah adalah apabila anak-anak kita cerdik pintar.
lebih-lebih lagi kalau mengikut arahan.
keindahan tu yg dicari oleh kita sebagai ibu ayah, kan?

lebih indah... lebih bermakna apabila mereka apply arahan kita dlm byk cara, byk gaya, di mana-mana dan pada bila-bila masa :)

weekend lepas, ayah out stesen.
tinggal la ibu dgn anak-anak bertiga.
lewat ptg, hampir maghrib...
ibu pun kuar kan arahan kpd izzat, "tolong kemas mainan dik, da mlm. jom kita mandi?"
izzat menjawab dgn sungguh comel, "boleh boleh boleh" (pengaruh upin ipin!!!)
ibu ni pun masuk bilik nak susun baju yg da dilipat.
kuar dari bilik, tu la yg terjadi...
hu hu hu hu...

nak marah ke... tak nak marah ke...
izzat boleh toleh kat ibu dan senyum, "ijat mas bu"...
dlm hati si ibu yg kebingungan ni ~ "ye la dik, vacuum la lego tu semua..."

kisah kedua ~ kakak syuhada yg otak bergeliga ni plak...
last night jalan-jalan ke jusco ayer keroh, beli brg2 umah skit.
sedang si ibu ni memilih bateri (lama betul memilih bateri!!!), tertoleh and ternampak...

alahai sayang kakak syuhada...
rajin nyer anak ibu sorang.
siap naikkan seluar ke paras lutut lagi, semata-mata nak mop lantai ye dik.

again, nak marah ke... nak tegur ke...
hmmm bior aje la, snap gambo jer.
hingga la dia settle mop dan sangkut balik mop tu.

"dah abis mop sayang?" ibu bertanya dan tersenyum.
dia menjawab, skit terperanjat, "e'eh, ibu nampak ke?"
hu hu hu anak oh anak...

indah, kan?
boleh buat ibu ni tersengih sorang-sorang bila menaip entry ni :)

Photobucket