pada yg bekerja ari ni (geng dgn saya), selamat bekerja... mood kerja ada ke? hi hi hi...
pada yg bercuti, most probably akan balik ke umah ari ni, uolls hati2 la ye driving.
moga selamat sampai ke destinasi...
pagi ni... mood keje saya masih lagi lom dtg.
kerja dlm keterpaksaan ~ kasik up satu entry jap. pecah kesunyian blog kecil ni beberapa hari.
ni kisah kejadian di hari raya pertama ~ malam nyer...
lepas da kepenatan main bunga api dan mercun, menjelang nak tido, semua nyer layan movie jap.
tgk la tu sape paling depan :) ijat oh ijat...
di pagi raya kedua tu, alhamdulillah, mr.asben dpt berkumpul 3 beradik.
complete la famili sebelah mak mertua saya di seremban.
tak lepas kan peluang la bergambo :) kenangan utk masa depan.
mak mertua bersama 3 anak nyer, 3 menantu & 11 cucu.
mengabdikan beberapa gambo di tepi pokok la, di tepi tangga la, di tepi jalan la... hi hi :)
pastu, kami semua gerak beraya ke gemas, kampung biras kedua saya.
seronok! happening... berkenalan dgn saudara-mara baru. ni la kali pertama kami ikut abg ipar ke kampung isterinya.
di seremban, kami takde sedara-mara nak ziarah. mak mertua pendtg kat sini.
asal nyer dari johor. in shaa Allah weekend akan dtg kami ke johor plak. kat sana baru la beraya dari rumah ke rumah tanpa henti seharian :)
sedang saya sibuk beraya di gemas, adik saya di melaka da sibuk wassap ~ "bila nak sampai?"
yes la, patut nyer tghari ni saya da kena sampai ke umah mak.
sebab nyer? umah mak kalau raya kedua memang la penuh. adik-beradik emak abah akan dtg berduyun-duyun.
emak abah yg tua. memang sedia maklum ler...
maka, dlm grup wassap, adik da send gambo da kemeriahan kepenuhan umah mak.
nampak tak tu betapa membara nyer nak balik umah emak abah?
abg saya dok tayang kari itik!!!!
ni pemandangan dlm umah emak abah.
ruang tamu tu penuh di setiap ruang, celah pintu masuk pun ada org duduk :)
ni kat luar umah :)
hi hi hi ada lagi ruang yg tak dpt saya paparkan dlm blog ni.
penuh hingga ke dapur!
ni adik-beradik abah yg dtg tghari raya kedua tu.
dari kiri ~ mak lang (ipoh), mak ndak (johor), pak long (tampin) dan abah saya la kanan sekali tu.
diorang dtg pakej dgn cucu cicit :)
mana nyer tak penuh... alhamdulillah.
abah ada 8 beradik, lagi 4 org lagi adik lelaki abah lom menyinggah lagi setakat ari tu...
sakan la beraya...
sampai umah emak ptg tu dlm kul 6.30 ptg!
ya Allah... dari gemas nak ke tampin ~ trafik jem teruk!!! ikut jalan dlm kan.
then, dari tampin tu nak tempuh sesak dgn FAO kat a'famosa tu aduhai...
saya bwk sekali abg ipar beraya umah mak :)
dpt la diorang dinner and solat before balik ke KL.
memang best la beraya. ijat memang happy tahap maksima. non-stop bermain.
alhamdulillah...
ok babai. mau sambung keje ni hah :) hi hi hi...
p/s : frens blogger yg singgah melaka, roger la saya ye.
no phone ada tu hah. jemput dtg umah ekk...
15 Comments
Assalamualaikum..
ReplyDeletesalam Aidilfitri..
salam aidilfitri jugak dari aida :)
DeleteMeriah nyer raya !! ;)
ReplyDeleteyeszaaaa... best!
DeleteSelamat hari raya aida..
ReplyDeleteMeriah sungguh hari raya rumah mak abah Aida..
Dulu masa arwah abah akak ada..
Rumah akak pun penuh saudara mara berkunjung..
Sekarang dah tiada lagi..
Itu lah hebatnya jika ada org tua lagi kan.
Jadi kami pula meneruskan tradisi tersebut..
berkunjung kerumah adik beradik arwah..
aida x boleh la imagine kira nya one day nanti mak abah aida xde :(
Deletepasti sedih, kak...
Wah...meriah betul tu. Ini kalau meriah mcm ni, tak noleh madak banyak jenis. Kena buat sejenis dua menu, tapi masak berkawah2. Kalau bnyk menu, tak terkejar nak hidang. Akk ada kat melaka setiap weekend...hihihi. aloe gajah dgn ayer keroh tak jauh kot kan...hihihi
ReplyDeletesgt la x jauh kak alor gajah & ayer keroh :)
DeleteWaaaa~ bestnha beraya ... Meriah =)
ReplyDeletememang meriah.
Deletesetahun sekali famili bersatu gini :)
meriah nyaa raya akak..selamat hari raya kak.. :)
ReplyDeletesernok dapat berkumpul kedua2 belah keluargakan meriahnya terasa
ReplyDeleteMeriahnya raya aida :) Rumah full house! Best best!
ReplyDeleteSeronok nyer... Meriah & ramai... Membara jer nak sampai cepat kan... Huhuhu...
ReplyDeleteMeriahnya suasana. Suka nengok. Seremban kat mana aida? Umah Abg long kita kat paroi jaya.
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.