sape sape yg lom terjah open house sales aidijuma, ari ni last day ye.
jgn terlajak tarikh, menggigit jari jemari nanti.
lunch hour jap lagi pun saya nak singgah jap. beli kan adik plak. kalau ada rezeki dia.
kalau tak sempat ke concept store nyer, bleh gak shopping kat aidijuma online tau.
ari ni nak share resepi.
yes la. mlm karang kot kot la bleh buat utk tetamu dtg beraya hi hi hi...
ni bahan yg saya ada time nak buat sos bolognese tu tau.
cendawan butang takde.
carrot takde.
tomato puree takde.
daging cincang takde.
tapi time tu (kiranya ni entry kisah throwback ye) nak buat utk anak2 aje.
nak jugak bagi diorang makan spageti bolognese gamak nyer :)
daging burger tu saya hancurkan dan bulat2 kan cenggini.
then goreng separuh masak gitu :)
then, saya tumis 1 biji bwg holland yg dipotong dadu dgn mentega.
naik bau harum nyer, terus saya masukkan soso bolognese prego tu.
masak dan masak dan masak... mendidih skit saya masukkan susu segar sekotak tu.
tambah la perisa dgn sos tomato skit secukup rasa.
and masukkan daging burger bulat tu :)
walaupun kurang bahan, menjadik juga sos bolognese ni :)
alhamdulillah...
ok bye!
11 Comments
lagi mudah rupanya...saya ska buat sos carbonara.
ReplyDeletekalau eliss memang x letak tomato puree dah kalau guna sos prego tu. main belasah jugak lagipun tekak sendiri. Buat dengan sardin pun sedap kalau tak de stok daging cincang tu. tu jiran yang ajar..sedap sangat buh cili padi pulak.
ReplyDeletesedapnya..tq sharing :)
ReplyDeleteAAAAAA..senang nyerrr nak buat! nanti nak try ;)
ReplyDeleteooo letak susu ek .. tak pernah lagi baut letak susu rasanya mcm na ...lebih berlemak ke
ReplyDeletebahan ape lagi nk bolognese tu ...ada lagi ke dear
Rajinnya aida, siap bermeatball lagi....kalau saya, tak cukup bahan terus malas nak buat haha....
ReplyDeleteOk sangat tu....setakat tak de cendawan butang apalah sangat
Salam singgah petang sini...wahh...nampak menyeleakan lah walaupun bahan dia kurang...
ReplyDeleteakak kat rumah memang sentiasa ada stok sos cengini dik...kalau memalam lapo takde benda nak makan campak2 kacau2 dah siap...sedapkan lagi2 ada daging bulat2 comel tu mesti anak2 suka...
ReplyDeletesedapnya
ReplyDeletesaya tak penah sekali pun buat
tekak suami pure melayu
makanan camni dia tak doyan
Bolognese ni saya kurang sikit tapi kalau orang dah sediakan, saya makan ajelah tak banyak cerita! Saya lebih suka olio lagi-lagi kalau cukup sifat penuh berterabur seafood bagai, memang lagilah menghadap tak ingat orang sebelah!
ReplyDeletewah.. sedapnya..
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.