Festival Antarabangsa Sungai Melaka 2016

assalamualaikum...

salam dihulur di ptg rabu nan agak-agak mendung di seremban ni.
mcm berjerebu skit... tak seterang hari-hari sebelum. sedikit gerimis.
sedang tadi cari maklumat, lalu la info pasal Festival Antarabangsa Sungai Melaka 2016 di skrin kompute.
wah, menarik nih!

terus la google dpt kan info lanjut.
akan diadakan pada 1 - 18 september 2016 nanti...
as org melaka, wajib la join memeriahkan festival ni kan uolls.
kebetulan, 10-18 september nanti kan cuti skola, jom la dtg melaka.
pasti berbaloi in shaa Allah :)


KUALA LUMPUR: Lebih satu juta pengunjung dari dalam dan luar negara dijangka membanjiri Festival Antarabangsa Sungai Melaka 2016, yang akan berlangsung selama 18 hari bermula 1 September ini.Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron, berkata acara tahunan kali ke-10 itu diadakan susulan usaha kerajaan negeri melakukan promosi berterusan untuk menarik lebih ramai pelancong datang ke Melaka bagi memeriahkan lagi festival berkenaan.Katanya, lebih 40 aktiviti akan diadakan sepanjang festival berkenaan, yang bertapak di Dataran Restoran Melayu, Kampung Morten, Melaka."Sebanyak 10 acara bertaraf antarabangsa juga dianjurkan bagi menambah kemeriahan festival, termasuk perarakan bot berhias, perarakan Melaka Parade, perlumbaan perahu naga dan maraton antarabangsa Sungai Melaka."Kita mendapat sambutan menggalakan setiap tahun sehinggakan Melaka disenaraikan untuk penganjuran acara berkaitan sungai sebagai tempat pelancongan negara."Semua acara yang dianjurkan ini selaras hasrat kerajaan negeri yang mahu Melaka menjadi sebuah pusat pelancongan yang sentiasa meriah dengan pelbagai aktiviti, sentiasa ceria dan mampu menarik perhatian pelancong," katanya pada sidang media di Angkasapuri, di sini, hari ini.
                                                                                                                            sumber : BHonline

kebetulan, time kami makan sate kat SINI ari tu, ijat sibuk la ajak naik cruise.
dulu kala kami naik cruise sepanjang sg melaka tu ijat baby lagi.
maka, harus lah nanti kami sekeluarga ke festival ni :) pasti best!
entry saya yg lain pasal sungai melaka di SINI ekk. boleh la baca kalau free :)

bye.