assalamualaikum...

apa khabar ari ni? moga ceria gembira semua ye...
semlm sempat jugak saya blogwalking few frens' blogs 💛. happy...
and, ptg ni plak saya nak sambung la citer seharian di MAHA sabtu lepas.
kegembiraan tu tak la terhenti setakat jumpa upin ipin & kawan2 diorang je.
lepas kuar dari kampung durian runtuh tu, kami anak-beranak heading to kampung mok cun plak.
dari kampung durian runtuh, da dgr dah suara mok cun erma fatima 😄.
meriah...

MAHA 2016 kampung mok cun
kampung mok cun ni unik... nice.
style kampung2 gitu, memasak dlm dangau tau.
ada 2 kawasan ~ atas bukit dan di bawah nyer...

MAHA 2016 kampung mok cun

MAHA 2016 kampung mok cun

MAHA 2016 kampung mok cun
pembelian makanan dgn kupon.
tukar kan RM kpd kupon ikut la apa yg kita nak beli. 
survey dulu pe nak makan, baru la gi beli kupon...

MAHA 2016 kampung mok cun
time kami dtg tu, kebetulan mok cun sedang buat aktiviti kat pentas.
giling cili... menari... menyanyi...
tu nampak tak tu mok cun di tgh2 pentas?
ni la 1st time saya tgk erma fatima face to face... cantik 👍.

saya memang x sempat nak amik gambo semua gerai yg ada.
time tu kami kepenatan... berjalan turun naik bukit. mr.asben dukung izzat lagi, kan...
memang byk gerai jual pelbagai jenis makanan ~ western, laksa kedah, nasi ayam, air jagung, nasi lemak,....
sediakan aje duit nyer. 

MAHA 2016 kampung mok cun
wajib la kami makan kat gerai mok cun.

MAHA 2016 kampung mok cun
kami semua pilih nak makan set asam pedas daging tetel.
sekali dgn air sirap = RM10.
tghari kan, wajib pekena nasi.

MAHA 2016 kampung mok cun
and kebetulan ada jual pau cendawan viral.
wajib la saya beli 3 biji = RM10.
kata nyer ni original yg viral tu... memang sedap!!! memang bertuah la saya 😃.

waktu tu memang ramai org! tempat makan semua penuh.
dlm kul 1.30 ptg gitu, kami abis makan, masih ramai yg masih mencari tempat duduk.
masa tu jugak, awan gelap berarak... aduhai 😡. masa tu dlm hati saya tak stop berdoa...
"jgn la hujan, jgn la hujan...."
tanpa berlengah-lengah, after makan, kami terus mulakan balik rondaan MAHA.
kali ni nak ke pavillion negeri @ mini malaysia MAHA 2016.
pagi tadi sempat lalu jer kan. so kali ni plan nak ler gi tiap rumah...

MAHA 2016 pavilion negeri

MAHA 2016 pavilion negeri
pavilion negeri sembilan 😊

MAHA 2016 pavilion negeri

MAHA 2016 pavilion negeri
aku budang minang 🙋

konsep negeri sembilan, terbuka... deretan kedai jual barangan dan makanan negeri sembilan.
memang seronok ~ air janda pulang, jagung roscorn, semua jenama negeri sembilan.

MAHA 2016 pavilion negeri


MAHA 2016 pavilion negeri


MAHA 2016 pavilion negeri

MAHA 2016 pavilion negeri

lepas ronda seround kat pavilion negeri sembilan, next tu adalah pavilion negeri melaka.
tak sempat masuk !!!
syuhada sibuk nak ke tandas... sempat la snap main entrance pavilion negeri melaka.

MAHA 2016 pavilion negeri
pavilion negeri melaka 💓

sgt sedih hati saya... selepas keluar aje dari tandas, hujan turun ~ lebat! 😭
Allah je Maha Tahu betapa frust nyer saya masa tu. tapi tu la... perancangan Allah.
kami sempat la berteduh di pavilion negeri perlis.
di pavilion negeri perlis, takde jual2 makanan, more tu barangan dan servis urut kaki.

MAHA 2016 pavilion negeri
sedang berteduh tu sempat la snap gambo pavilion negeri kelantan.
nampak tu, lencun bumi Allah disimbahi hujan...

MAHA 2016 pavilion negeri

MAHA 2016 pavilion negeri
sempat la snap gambo belon giant MAHA 2016 tu.

agak lama jugak la kami berteduh di pavilion negeri perlis.
lebih 30 minit. then, kami sekeluarga berlari-larian dlm hujan lebat masuk ke pavilion negeri sarawak.
agak besar, boleh tgk tgk barang negeri sarawak...

MAHA 2016 pavilion negeri
pavilion negeri terengganu.
amik gambo luar aje...

MAHA 2016 pavilion negeri
ni salah satu pemandangan di dalam pavilion negeri sarawak nan indah...

sekali lagi kami anak-beranak berteduh, dan kali ni di pavilion negeri sarawak.
best skit dlm ni, ada makanan. cuci mata dgn barangan sarawak.
kebetulan masuk sini, izzat pun tido. ok la tu.
elok plak tu, ada persembahan dikir barat kat pentas pavilion negeri sarawak, layan la dikir barat jap.
tak la terasa lama dan buang masa kan 😏.

ni la saya kata dlm entry yg lepas, bila pagi2 kita da lambat start berjalan di MAHA, hujan, akan kerugian masa dan peluang.
dlm 1-2 jam kami stuck dlm hujan di sini, hakikatnya kalau at first planning betul di waktu pagi, ini bukan la suatu masalah.
akibatnya, kami tak dpt la gi pavilion negeri pahang, perak, selangor, terengganu, ...
rugi!!!

life goes on... hujan berhenti... kami ke ladang ternak, jengah jap lembu sado.
next entry ye 😁bye...

Photobucket