(8:57 pagi)
assalamualaikum...

salam pagi isnin.
memandangkan minggu ni saya da start kuar masuk mahkamah semula, nak share pasal mahkamah bergerak yg viral last 2 weeks.
frens share di grup wassap.
ada few frens yg kata ~ "satu lagi cara bazirkan duit rakyat!"
hmmmm.... tak komen pe pe la kat situ. maybe tak tau nape bas ni diwujudkan.
pas ni akan ubah la persepsi frens saya itu.
so, kopipes ke sini 👌.

KENYATAAN MEDIA MENGENAI BILIK BICARA MAHKAMAH BERGERAK

Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia (PKPMP) mengambil maklum mengenai gambar bas Bilik Bicara Mahkamah Bergerak yang viral di media sosial beberapa hari ini. Berikut merupakan kenyataan rasmi Pejabat ini mengenai perkara tersebut:

Gambar bas yang viral tersebut merupakan Bilik Bicara Mahkamah Bergerak di Mahkamah Sabah. Bilik Bicara Mahkamah Bergerak tersebut dimulakan di negeri Sabah pada tahun 2011 di Donggongan Penampang dan dirasmikan oleh Ketua Menteri Sabah. Setakat ini Mahkamah Sabah mempunyai tiga buah bas mahkamah bergerak. Inisiatif ini juga diperluaskan ke Mahkamah Sarawak dan Mahkamah Sarawak mempunyai sebuah bas bermula tahun 2016.

bas mahkamah bergerak viral di sabah sarawak

bas mahkamah bergerak viral di sabah sarawak

Bilik Bicara Mahkamah Bergerak ini bersidang di tempat-tempat terpencil dan pedalaman yang tidak terdapat bangunan mahkamah seperti di Telupid, Beluran, Tenom di negeri Sabah. Kes-kes yang dibicarakan adalah kes-kes sivil dan Jenayah di Mahkamah Majistret dan Mahkamah Sesyen. Mahkamah bergerak ini bersidang seminggu sekali atau bergantung kepada hari bicara yang telah ditetapkan oleh Mahkamah. Antara perkhidmatan lain yang disediakan oleh Bilik Bicara Mahkamah Bergerak ini adalah perkhidmatan Pesuruhjaya Sumpah dan bantuan penyediaan permohonan mendapatkan sijil kelahiran. Bas tersebut lengkap dengan kemudahan komputer dan satelit yang memudahkan pengurusan rakyat di kawasan pedalaman.

Tujuan penggunaan bas sebagai Bilik Bicara Mahkamah Bergerak ini adalah kerana terdapat kawasan-kawasan di Sabah dan Sarawak yang tidak mempunyai bangunan Mahkamah. Oleh yang demikian, pihak mahkamah terpaksa meminjam bangunan-bangunan lain seperti Bangunan Majlis Daerah atau Mahkamah Anak Negeri bagi tujuan pendengaran kes Mahkamah. Dengan adanya bas bergerak yang dijadikan Bilik Bicara Mahkamah Bergerak ini, kes Mahkamah dapat dijalankan walaupun tiada bangunan mahkamah dan jauh di pedalaman. Selain itu, penggunaan bas sebagai Bilik Bicara Mahkamah Bergerak ini juga merupakan satu penjimatan bagi badan kehakiman. Ini kerana tiada keperluan untuk membina bangunan mahkamah di daerah-daerah kecil di Sabah dan Sarawak yang boleh menelan belanja berjuta ringgit.

BERTARIKH 5 JANUARI 2017
BAHAGIAN KOMUNIKASI KORPORAT
PEJABAT KETUA PENDAFTAR
MAHKAMAH PERSEKUTUAN MALAYSIA
ISTANA KEHAKIMAN
PUTRAJAYA

yes... utk jimatkan kos. instead of bina mahkamah kecil di setiap tempat di pedalaman, better ada kan bas mahkamah ni.
mahkamh nak bina perlu masa dan kos tinggi. then, agak membazir!
sebab nyer kes pun bukan nyer tiap hari ada.
pandailah pihak mahkamah nak letakkan tarikh bagi mudahkan bas ni sampai ke tempat yg tertentu.

moga ni beri penjelasan kpd semua yg masih ada keraguan...
ok bye !

Photobucket