assalamualaikum...
pagi ni nak kongsi satu tempat makan yg glamer di seremban.
confirm most of us yg dok sekitar kl, selangor, johor, melaka & negeri sembilan tau dah tempat ni.
bagi saya yg sememangnya kawin dgn org seremban, hmmmm tiap kali balik kg, mesti lalu sini.
pernah dulu, tiap bulan mesti dtg makan sini skali.
then, rezeki plak bekerja di seremban selama setahun lebih...
hmmmm pe pun function kat ofis, sini merupakan tempat feveret kami nak makan2.
yes sedap. saya ni tekak melayu tulen, prefer nasi melayu-melayu jer la. but, tiap kali makan sini, bertambah juga la nasi tu 😋.
TUTUP pada hari selasa ye. sila take note.
ni la menu ohsem di sini...
main menu is nasi arab la ~ utk sorang makan, bertiga, berlima or 10 org.
boleh pilih.
kami memang da jadi kewajipan order habbatus sauda jug (sejuk).
mr.asben's favourite is barbican la 😋
kanak-kanak bertiga ni da booking tempat duduk yg selesa.
diorang happy la 😄 tunggu makanan & main phone... syorgaaa...
kami ari tu pilih set kambing + ayam.
kami sekeluarga memang cukup sedulang ni in shaa Allah.
kambing.
sambal ni memang terbaik. bertambah 2-3 mangkuk.
side order, kami pilih mashwi ikan fillet...
begini 👍 i tell uolls. ikan fillet tu sgt la moist. terbaik!
pelengkap mashwi ikan fillet adalah sos & mayonis ni. memang sedap.
memang bukan sos & mayonis biasa-biasa. mesti resepi rahsia teristimewa ni.
mayonis nyer very light. tak muak!
ni memang saya suka... habbatus sauda pot (panas). mcm lampu aladdin.
😃 makan sini memang begini 👍. dulang kami memang licin selicin-licinnya.
alhamdulillah. syukur atas nikmat Allah.
ayam... kambing... fillet ikan semuanya sedap. kena dgn masakannya.
kat luat ada kerusi meja yg semestinya most of the time hampir full dgn org.
yg kurang minat pun, makan sini, in shaa Allah jatuh hati utk dtg lagi...
in shaa Allah 😍.
7 Comments
menariknya aida...nanti nak ajak apen..haha..
ReplyDeletepernah makan sekali kat sini abg ipar bawa. Memang best nasi arab dia, tapi air habbatus sauda tu tak pernah try lagi.
ReplyDeleteBiasa dengar orang cakap tentang tempat ni, tapi belum ada rezeki sampai lagi :)
ReplyDeletedulu dekat n9 tak pernah lagi jejak situ, hehehe, sedapnya. fav saya nasi arab kambing.
ReplyDeleteRasanya kalau balik kg lalu Senawang lepas tu ikut jalan dalam jumpa Restoren nilah Aida. Sedap ek Aida? Mcm teringin pulak nak try bila bila. Lagi pun lama dah tak makn nasi Arab.
ReplyDeleteNasi Arab ni tak delah banyak lauk sebenarnya, kan Aida ....tapi nasi tu sendiri dah sedap.....
nyummsss..nampak sedap n menarik smua menu tu...
ReplyDeleteNi kat senawang, org kata nasi Arab damsyik yg kat paroi tu lg sedap tp tekak cikna leh terima sdhnye minum air habbatus sauda&teh pudina tu je...;-)
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.