(9:30 pagi)
assalamualaikum...

pagi ni nak kongsi satu tempat makan yg glamer di seremban.
confirm most of us yg dok sekitar kl, selangor, johor, melaka & negeri sembilan tau dah tempat ni.
bagi saya yg sememangnya kawin dgn org seremban, hmmmm tiap kali balik kg, mesti lalu sini.
pernah dulu, tiap bulan mesti dtg makan sini skali.
then, rezeki plak bekerja di seremban selama setahun lebih...
hmmmm pe pun function kat ofis, sini merupakan tempat feveret kami nak makan2.

yes sedap. saya ni tekak melayu tulen, prefer nasi melayu-melayu jer la. but, tiap kali makan sini, bertambah juga la nasi tu 😋.

Nasi Arab Damsyik, Senawang

Nasi Arab Damsyik, Senawang
TUTUP pada hari selasa ye. sila take note.

Nasi Arab Damsyik, Senawang
ni la menu ohsem di sini...
main menu is nasi arab la ~ utk sorang makan, bertiga, berlima or 10 org.
boleh pilih.

Nasi Arab Damsyik, Senawang
kami memang da jadi kewajipan order habbatus sauda jug (sejuk). 
mr.asben's favourite is barbican la 😋

Nasi Arab Damsyik, Senawang

Nasi Arab Damsyik, Senawang

kanak-kanak bertiga ni da booking tempat duduk yg selesa.
diorang happy la 😄 tunggu makanan & main phone... syorgaaa...

Nasi Arab Damsyik, Senawang
kami ari tu pilih set kambing + ayam.
kami sekeluarga memang cukup sedulang ni in shaa Allah.

Nasi Arab Damsyik, Senawangayam yg bersinar warna keemasan nyer...

Nasi Arab Damsyik, Senawang
kambing.

Nasi Arab Damsyik, Senawang

Nasi Arab Damsyik, Senawang
sambal ni memang terbaik. bertambah 2-3 mangkuk.

Nasi Arab Damsyik, Senawang
side order, kami pilih mashwi ikan fillet...
begini 👍 i tell uolls. ikan fillet tu sgt la moist. terbaik!

Nasi Arab Damsyik, Senawang
pelengkap mashwi ikan fillet adalah sos & mayonis ni. memang sedap.
memang bukan sos & mayonis biasa-biasa. mesti resepi rahsia teristimewa ni.
mayonis nyer very light. tak muak!

Nasi Arab Damsyik, Senawang
ni memang saya suka... habbatus sauda pot (panas). mcm lampu aladdin.

Nasi Arab Damsyik, Senawang

😃 makan sini memang begini 👍. dulang kami memang licin selicin-licinnya.
alhamdulillah. syukur atas nikmat Allah.
ayam... kambing... fillet ikan semuanya sedap. kena dgn masakannya.
air habbatus sauda yg manis-manis tambah lagi kepuasan hati kita makan di sini.
memang sesuai lah kalau sesekali nak belanja parents, adik-beradik or ofismet kat sini.
suasana nya sgt best.
boleh dok bersila (mcm kami) kalau nak. ruang di sebelah dlm.
kat luat ada kerusi meja yg semestinya most of the time hampir full dgn org.

yg kurang minat pun, makan sini, in shaa Allah jatuh hati utk dtg lagi...
in shaa Allah 😍.

Photobucket