assalamualaikum...
pe kabo semua frens? tq for being here. baca blog kecil ni 😍.
poyo aje tajuk entri ni. mcm bagus aje ha ha ha...
tajuk tu saya tak cipta sendiri, tapi keperluan segmen organize by Farhana Jafri.
saya di tag oleh Shikin Razali yg dikasihi...
what to story? hmmmm sebab blog ni ialah blog yg cerita hal-hal sendiri aje.
apa yg saya suka nak share, saya share. terutama hal anak-anak la. diorang ajer la modal utama saya.
pernah skali tu, di KFC jusco ayer keroh. saya ditegur oleh sorang blogger (now blog dia da x aktif).hingga hari ni, blog kecil ni da berlegar di alam maya selama 7 thn, 9 bulan dan1 minggu.
"assalamualaikum, maaf. awak ni adianiez, ye?"
dia bertanya dgn lembut. dan membuatkan saya tersenyum lebar. sebab saya tau dah di mesti frens blogger.
then, lepas borak2 skit lebih kurang, saya bertanya, "camne Mas boleh kenal saya?"
jawapan dia, "saya perasan anak2 awak berdua ni."
nampak tak uolls? mak punyer blog tapi anak2 yg glamer 😄.
bermula entri pertama adalah sebab saya da bosan dok ofis main games. takde keje ke?
masa tu masih lagi bekerja di sektor swasta. memang keje tak byk. dokumen mostly done by kerani.
saya just check serba sedikit. selebihnya kerani tau pe nak buat.
masa tu jugak saya byk join forum dlm internet. di situ lah saya jumpa blogger.
sendiri blaja utk create blog. sendiri bertungkus-lumus blaja camne nak cantikkan blog.
itu la yg buat saya busy kat ofis 😄.
masa tu, smartphones tak secanggih sekarang. rasanya masa tu smartphones lom wujud!
phone sony ericson saya camera nyer 2mp jer tau.
saya ada camera jenama apa ntah 5 mp. then susah nyer la nak transfer ke komputer.
nak upload ke blog lagi. masa tu tak reti nak edit gambo. aduhai...
kalau tgk entri saya awal2 dulu memang kelakar ha ha ha ha... susunan gambo ke laut semuanya!
masa tu jugak, blogging ni yg saya ingat semua citer hal sendiri. lifestyle. holiday.
takde pengiklanan sgt mcm skang ni. saya ada few bff blogger time tu. blog nak kena bw pon tak byk.
but mostly diorang semua now da tak aktif as blogger.
but kami masih berkawan di fb. alhamdulillah... dari alam maya ke dunia sebenar...
dipendekkan cerita perjalanan saya sebagai blogger, biasa-biasa aje.
blog saya sbg diari saya, jurnal saya, tempat saya menaip utk meluahkan keboringan...
saya prevent diri utk menaip hal org... hal politik... hal-hal menyentuh sensitiviti org lain.
hal keje pun saya memang malas nak cerita dlm ni. kakitangan kerajaan, kan... biar aje la.
update bila saya rasa nak update.
kalau ada cerita. kalau ada input utk share...
moga blog saya ni wujud utk jgka masa yg panjang. agar boleh menjadi bahan bacaan keluarga di masa akan dtg.
kiranya anak2 saya nanti berminat utk jadi blogger, yes, saya akan support 100%.
saya akan beri tunjuk ajar sepenuhnya.
kerana saya percaya, ilmu yg kita ada, kita kongsi. and bila ia dimanfaatkan oleh org lain, dpt pahala.
dan dipanjangkan kpd org lain, dpt pahala. niat baik. taip dgn baik. in shaa Allah.
~ gambar hiasan ~
ok tu jer...
saya nak tag 3 org utk join and kongsi kisah plak ekk.
join tau. memeriahkan suasana in shaa Allah.
bye !
21 Comments
Wahh, panjangnya penerangan akak.. hihi.. =) anyway best of luck yea kak..
ReplyDeleteTu la. Bila jari jemari dah mula menaip, non-stop! ha ha...
Deleteanak jugak yg dikenali kan hehhee
ReplyDeleteTu la. Tu yg skang selit selit gambo si ibu :-)
DeleteSamalah, saya pun mula nak berblog sebab saja suka suka nak buat macam diary. kalau bosan ke apa boleh baca entry mengarut yang kita tulis sendiri haha.
ReplyDeleteBenar skali!
Deletesinggah sini jap .. dtg dari https://muhammadshahril97.blogspot.my/2017/02/giveaway-slimmtreats-bersama.html ..
ReplyDeleteingtkan belum follow blog adianiez ni, rupanya dh follow ..
aril hope, adianiez followback ..
lets keep in touch .
Tq.
DeleteOkeh orait.
Wahhh tajuk yang menarik...saya kenal aida juga dari blog dan melarat menjadi kawan asben dan seterusnya tempat perkongsian and so on. Hehe. Terima kasih kerana sudi menjadi kawan saya walaupun kita jauh berbeza. Terima kasih sgt2.
ReplyDeleteKalau tak ditag boleh join jugak ke?Hehe..Kepo nau
Alhamdulillah rezeki anak2 tu...
ReplyDeleteblog saya 'muda' lagi. :)
ReplyDeletewah. baguslah GA ni
ReplyDeleteboleh tahu sejarah sesebuah blogger
kiranya aida ni well known lah sampai ada orang tegur
saya kalau terjumpa aida pun, rasa cam anak2 dulu
especially dua anak dara tu =)
menarik baca kisah ni :)
ReplyDeleteBest kan blogging :) Siqah pun blogging sebab personal jugak. Suka share story dan untuk bacaan di masa tua nanti. Heheh
ReplyDeleterasa mcm baru jer berblogging...tapi bila tengok balik gambar anak-anak kita yang saban tahun membesar dalam blog-blog ni la baru tersedar,lama dah kita mencipta memori di sini rupanya :)
ReplyDeletebetulla.... org kenal sbb tgk anak2 kan...kita ni muka berubah2...makin lama makin kembang... tp blog adalah diari maya kita..
ReplyDeletesemoga terus berblog ye awak..
ReplyDeleteAll the best..
Jadi glemer jugak ye awak Aida kerana blog ni hihi....Nampaknya kena belanja kebih budak budak tu, sebab inspirasi semuanya datang daripada mereka hihi
ReplyDeleteSama le Aida, saya punya blog pun tah cerita apa apa aje hihi.... Nak berkongsi pasal ilmiah tak berapa nak rajin baca haha.....
glemer anak2 dari mak ye, takpelah kan yang penting ada juga member blogger yang kenal dan boleh bersilaturrahim dari dunia maya ke dunia nyata..semoga aida terus berblog
ReplyDeleteBetul tu.biasanya orang akan cam anak-anak.
ReplyDeleteJanjiKita
Keep on blogging Kak~ perkongsian yg menarik .. apapun smoga perkongsian kita memberi manfaat kpd org lain .. itu yg bwat sy lebih happy haha
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.