(2.30 ptg)
assalamualaikum...
pe kabo semua frens? tq for being here. baca blog kecil ni 😍.
poyo aje tajuk entri ni. mcm bagus aje ha ha ha...
tajuk tu saya tak cipta sendiri, tapi keperluan segmen organize by Farhana Jafri.
saya di tag oleh Shikin Razali yg dikasihi...


what to story? hmmmm sebab blog ni ialah blog yg cerita hal-hal sendiri aje.
apa yg saya suka nak share, saya share. terutama hal anak-anak la. diorang ajer la modal utama saya.
pernah skali tu, di KFC jusco ayer keroh. saya ditegur oleh sorang blogger (now blog dia da x aktif).
"assalamualaikum, maaf. awak ni adianiez, ye?"
dia bertanya dgn lembut. dan membuatkan saya tersenyum lebar. sebab saya tau dah di mesti frens blogger.
then, lepas borak2 skit lebih kurang, saya bertanya, "camne Mas boleh kenal saya?"
jawapan dia, "saya perasan anak2 awak berdua ni."
nampak tak uolls? mak punyer blog tapi anak2 yg glamer 😄.
hingga hari ni, blog kecil ni da berlegar di alam maya selama 7 thn, 9 bulan dan1 minggu.
bermula entri pertama adalah sebab saya da bosan dok ofis main games. takde keje ke?
masa tu masih lagi bekerja di sektor swasta. memang keje tak byk. dokumen mostly done by kerani.
saya just check serba sedikit. selebihnya kerani tau pe nak buat.
masa tu jugak saya byk join forum dlm internet. di situ lah saya jumpa blogger.
sendiri blaja utk create blog. sendiri bertungkus-lumus blaja camne nak cantikkan blog.
itu la yg buat saya busy kat ofis 😄.

masa tu, smartphones tak secanggih sekarang. rasanya masa tu smartphones lom wujud!
phone sony ericson saya camera nyer 2mp jer tau.
saya ada camera jenama apa ntah 5 mp. then susah nyer la nak transfer ke komputer.
nak upload ke blog lagi. masa tu tak reti nak edit gambo. aduhai...
kalau tgk entri saya awal2 dulu memang kelakar ha ha ha ha... susunan gambo ke laut semuanya!

masa tu jugak, blogging ni yg saya ingat semua citer hal sendiri. lifestyle. holiday.
takde pengiklanan sgt mcm skang ni. saya ada few bff blogger time tu. blog nak kena bw pon tak byk.
but mostly diorang semua now da tak aktif as blogger.
but kami masih berkawan di fb. alhamdulillah... dari alam maya ke dunia sebenar...

dipendekkan cerita perjalanan saya sebagai blogger, biasa-biasa aje.
blog saya sbg diari saya, jurnal saya, tempat saya menaip utk meluahkan keboringan...
saya prevent diri utk menaip hal org... hal politik... hal-hal menyentuh sensitiviti org lain.
hal keje pun saya memang malas nak cerita dlm ni. kakitangan kerajaan, kan... biar aje la.
update bila saya rasa nak update.
kalau ada cerita. kalau ada input utk share...

moga blog saya ni wujud utk jgka masa yg panjang. agar boleh menjadi bahan bacaan keluarga di masa akan dtg.
kiranya anak2 saya nanti berminat utk jadi blogger, yes, saya akan support 100%.
saya akan beri tunjuk ajar sepenuhnya.
kerana saya percaya, ilmu yg kita ada, kita kongsi. and bila ia dimanfaatkan oleh org lain, dpt pahala.
dan dipanjangkan kpd org lain, dpt pahala. niat baik. taip dgn baik. in shaa Allah.

Perjalanan Ku Sebagai Seorang Blogger
~ gambar hiasan ~

ok tu jer...

saya nak tag 3 org utk join and kongsi kisah plak ekk.

  1. sya mimie
  2. mummy_ayu
  3. hani fadhlina
join tau. memeriahkan suasana in shaa Allah.
bye !


Photobucket