assalamualaikum...
ramadhan 17 dah ari ni... kejap je kan?
moga kita semua dipanjangkan umur hingga ke akhir ramadhan in shaa Allah.
bakal berjumpa dgn malam Lailatul Qadar...
seterusnya berhari raya dgn gembira. in shaa Allah...
selepas coti seminggu, hah ari ni kembali ke opis. hadoi lah, lemau i tell u!
rasa mcm sungguh M.A.L.A.S mau keje uolls.
tapi apakan daya...
so nak citer la pagi ni, susulan daripada ENTRI NI. maka, buat apa yg dikata...
jumaat mlm sabtu, terlaksana lah proses pembuatan biskut raya ~ cornflakes madu ❤.
dpt lah lebih kurang 250 cups of cornflakes madu yg best!
few years back saya ada buat. siap bagi kpd adik-beradik dan mak mertua adik-beradik tau uolls.
tu jer la setahun saya buat. pastu, nan hado 😄. tahun ni, sukses yahoooooo...
dibantu oleh anak-anak dara ~ nurin & syuhada.
dimeriahkan oleh anak bujang ~ izzat.
1. sila lah cairkan dulu 125 gram buttercup.
2. pastu masuk kan la secawan gula perang & secawan madu. kacau sebati cantik likat.
3. then, gaulkan bersama 550 gram nestle cornflakes.
kejadian nyer di dalam periuk...
4. sila lah bakar skit agar ia merangup dan melekat sesama sendiri.
suhu nyer saya kautim between 150'c - 180'c.
masa saya kautim bebetul 5 - 10 minit.
lain oven, lain kerenah! sempat la dlm tak lebih 20 cups ngireng!!! 😂
weekend akan dtg ni in shaa Allah nak buat lg. 250 cups tu x muai la nak bagi adik-beradik.
then, kita nak makan sendiri lagi, kan...
hajat nak buat biskut kacang peas masih tak berjaya la 😞. tepung kacang peas tak jumpa!
bahan lain semua ada. aduhai...
ok la uolls. nak bertafakur jap kat surau, sementara tunggu azan zuhur.
bye.
18 Comments
Fuhhhh! Biskut favourite nih. Selalu surut sebelum sempat raya.
ReplyDeleteCantik cup tu belang2 macam zebra rupanya :)
feveret jugak ni, farrah.
Deletebaru tahun ni buat :)
akan kena buat lg ni. in shaa Allah.
sendiri makan je mau 100 cups kan hi hi hi...
cup tu belasah aje amik kat famili store. cute kan? :)
Hurm... sedapnya sempat ke sampai hari raya tu?
ReplyDeleteSimple je nak buat cornflakes madu daripada cornflakes biasa cuma rajin dengan tidak aje
tu yg memang kena buat 2nd round.
Deletesendiri mau makan :)
Rasa cam nak buat jugak sikit kuih raya tahun ni.. Tapi kite usha line dulu.. ekekeke
ReplyDeletemudah aje ni, lea.
Deletejom kita pakat buat :)
Dulu selalu buat biskut ni. Tp sekarang dah malas pulak haha...
ReplyDeleteBestnya buat biskut ni sebab senang kan Aida. Sempat ke nak simpan untuk Raya tu?
tu yg memang kena buat 2nd round.
Deletesendiri mau makan :)
takkan la nak bagi tetamu aje kan.
anak2 nak merasa jugak, Nom.
Biskut yg paling mudah ni ..tahun ni CCL pun nak buat biskut cornflakes ni ..nak combine dengan coklat
ReplyDeleteKemalasan saya sedang bersarang dalam badan
ReplyDeletesenang kan nak buat kuih ni , tapi sampai sekarang saya tak pernah buat kuih ni sebab kat umah tak ada oven.. huhu
ReplyDeletekuih paling sng, tp tak terbuat lg ni..huhu
ReplyDeleteresepi yang mudah dan sedap nih
ReplyDeleteIni kalau buat memang tak sempat tunggu raya dah licin.. kalau Sha, Sha suka tambah kacang.. hehehe
ReplyDeleteNyum nyum. Ringkas dan mudah, yang penting sedap.. Kali ni tak buat kuih pun... Kuih tunjuk jer. Hikhik
ReplyDeleteSedap mudah dan cepat nak buat. Cepat habis pun ye :)
ReplyDeletesimple and sedappp.
ReplyDeleteResepi ni mmg jadi tumpuan masa raya haha
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.